X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Jangan 'Over' Marah Anak, Risau Dia Terikut-Ikut Gaya & Cara Kita Ketika Marah

3 min bacaan
Jangan 'Over' Marah Anak, Risau Dia Terikut-Ikut Gaya & Cara Kita Ketika Marah

Kalau anak buat perangai siapa saja yang mampu bertahan untuk tak marah anak. Tapi pastikan berpada-pada. Jaga emosi anda juga ya parents!

Memang tak salah untuk marah anak, tapi berpada-padalah. Jangan terlalu beria dan over hingga anda lupa diri. Risau nanti anak terikut-ikut cara kita marah dan mereka praktikkannya.

Kita tak lihat cermin ketika marah, jadi memang tak nampak pun bagaimana kita marah. Cuba kalau ketika marah tu kita tengok cermin, ada kemungkinan kita pun tak sanggup nak tengok diri sendiri marah.

Marah anak biar berpada-pada

Marah anak

Menurut, Pengasas Positif Parent Circle, Mohd Fhais Salim, kita ni tak boleh beriya sangat masa nak marah anak-anak. Jangan ‘over’, risau anak akan terikut-ikut dengan gaya dan cara kita ketika marah.

Katanya, kalau kita pukul anak, tak mustahil pun jika anak pukul orang lain. Sebaiknya, adalah lebih baik kita control sikit cara kita nak lepaskan kemarahan.

Anak mudah tiru perbuatan berbanding kata-kata

Marah anak

Terkesima lihat cara anak marah!

Sebijik! Raut wajah dia, gerak tubuh dia dan kata-kata yang keluar dari mulut dia.

“Hah! Buat lagi buat lagi”

Terkesima saya lihat cara si kakak marah si adik, sebiji sama macam saya marah dia dulu.

Bak kata pakar komunikasi, nada suara dan bahasa tubuh kita 93% peratus lebih mudah di tiru oleh anak-anak berbanding dari kata-kata. Jadi tak pelik la, apa yang kita cakap jarang anak nak ikut tapi apa yang kita buat senang senang je dia ikut.

Rupanya sebelum kita nak betulkan anak, cara berkomunikasi kita tu perlu di perbetulkan dulu.

Cara terbaik hilangkan marah adalah dengan pelukan

Marah anak

Kuasa pelukan ni kalau nak tahu bukan sahaja boleh redakan emosi malah ada kuasa ‘menyembuh’ atau healing power. Cuba step di bawah jika anda rasa marah pada anak. 

Berikut step dikongsikan Mohd Fhais untuk ibu bapa di luar sana sebelum anda bertukar dalam mode ‘singa’! Jangan sampai anak rasa ibu ayah membencinya yang akan mendatangkan risiko buruk di kemudian hari kelak terutama bila umurnya semakin dewasa.

  1. Sebelum nak marah terus peluk anak, gosok belakang dada dia, usap umbun umbun kepala dia, tak sampai 5 minit rasa marah kita tu akan beransur hilang dengan sendiri. Cubalah.
  2. Bukan rasa marah kita je reda, malah rasa takut anak pun akan berkurang. Daripada rasa takut kena marah, terus jadi bertambah sayang pada kita.
  3. Setiap sentuhan kita pada anak walaupun 5 minit dah cukup untuk tingkatkan hormon ‘gembira’ dalam tubuh. Dari nak bergaduh terus dua-dua jadi gembira.
  4. Pelukan juga boleh bina ‘rapport’ kita dengan anak. Rapport ni maksudnya hubungan, dari hati berhubung ke hati anak. Ada rapport ni, baru setiap teguran kita mudah anak nak serap.
  5. Self esteem anak juga akan meningkat dengan kuasa pelukan dari kita tau. Ye la, bila selalu kena peluk dengan ibu ayah ‘keyakinan diri’ anak pun jadi meningkat sama.
  6. Ada masalah stres atau anxiety? Hah, peluk la anak-anak kita setiap hari, comfirm 2 masalah tu akan berkurangan.
  7. Pelukan juga adalah simbol paling besar untuk ‘Love & Support’. Kadang-kadang anak tak tahu yang kita sayang pada mereka, pelukan ni sahaja boleh bagitahu mereka.
  8. Peluk memeluk ni pun cara mudah kita nak buat Self Care, Self Love dan Self Healing.
  9. Jika marah buat hati anak makin jauh, pelukan pula buat hati anak makin mahu dekat dengan kita.
  10. Makin dekat hati makin tambah sayang, makin tambah sayang maka makin kurang la nak rasa memarahnya. Didik anak dengan penuh kasih sayang baru la hati dia dan hati kita bersatu saling membahagiakan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Luahan Bapa: Marah Anak Harus Berpada, Jangan Sampai Menyesal Seumur Hidup

Baca juga: Selalu Terjerit Bila Marah Anak? Cuba 7 Cara Ini Untuk Lebih Relaks

Baca juga: Anak Kurang Ajar & Kuat Memberontak Kerana Salah Bimbingan Ibu Bapa Ya!

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Jangan 'Over' Marah Anak, Risau Dia Terikut-Ikut Gaya & Cara Kita Ketika Marah
Kongsikan:
  • Bersetubuh Semasa Puasa, Suami Wajib Bayar Kaffarah & Isteri Hanya Perlu Ganti Puasa

    Bersetubuh Semasa Puasa, Suami Wajib Bayar Kaffarah & Isteri Hanya Perlu Ganti Puasa

  • Penyakit Ain Punca Orang Tua Larang Muatnaik Gambar Bayi Baru Lahir, Ini Sebab-Sebabnya

    Penyakit Ain Punca Orang Tua Larang Muatnaik Gambar Bayi Baru Lahir, Ini Sebab-Sebabnya

  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

  • Bersetubuh Semasa Puasa, Suami Wajib Bayar Kaffarah & Isteri Hanya Perlu Ganti Puasa

    Bersetubuh Semasa Puasa, Suami Wajib Bayar Kaffarah & Isteri Hanya Perlu Ganti Puasa

  • Penyakit Ain Punca Orang Tua Larang Muatnaik Gambar Bayi Baru Lahir, Ini Sebab-Sebabnya

    Penyakit Ain Punca Orang Tua Larang Muatnaik Gambar Bayi Baru Lahir, Ini Sebab-Sebabnya

  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.