Tahniah! Scha Alyahya Hamil Anak Kedua, Sedang Fasa Benci Handphone!

Selepas enam tahun, selebriti cilik Lara Alana bakal menjadi kakak tidak lama lagi apabila ibunya, Scha Alyahya kini dilaporkan sedang hamil empat bulan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas enam tahun selebriti cilik, Lara Alana bakal menjadi kakak tidak lama lagi apabila ibunya, Scha Alyahya kini dilaporkan sedang hamil empat bulan! Tahniah kepada keluarga kecil yang sering mendapat perhatian peminat ini.

Berita itu disampaikan Awal Ashaari yang mengumumkan dia dan isterinya bakal menimang cahaya mata kedua.

Khabar gembira itu dikongsikan pengacara popular itu di laman Instagramnya dengan berkongsi video anak pertama mereka memegang alat alat ujian kehamilan milik Scha Alyahya.

Scha Alyahya, Awal Ashari bakal timang anak kedua

Kredit foto: Instagram Awal Ashaari

Pada posting itu, awal juga memohon peminat mendoakan kesihatan isteri dan bayinya supaya sihat dalam kandungan dan Scha dapat menjalani kehamilan dengan sempurna.

Awal juga memberitahu isterinya kini sudah memasuki bulan keempat. Jadi Scha dijangka bakal melahirkan cahaya mata keduanya pada Januari nanti!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Fasa benci handphone

Sempat juga diselitkan jenaka bahawa isterinya kini dalam fasa benci handphone mungkin kerana pembawakan bayi. 

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Tidak ada hadiah yang lebih bermakna dihari lahir saya selain daripada berkongsi kegembiraan ini dengan semua. We are expecting our second baby, and Inshallah going to our forth month now. Doakan Mommy dan baby sihat dalam kandungan dan dapat menjalani kehamilan dengan sempurna. Syukur ya Allah diatas rezeki ini dan Doakan Yang terbaik buat kami sekeluarga.P/s: Scha mintak maaf sebab dia dalam fasa benci handphone sekarang ni. Saya pun kengkadang dia benci jugak hahahaha 

Anak sulung pasangan ini yang tidak kurang peminatnya iaitu Lara Alana dilahirkan pada 2014.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Scha pernah jalani pembedahan buang endometriosis 2 kali

Pada Januari lalu, pelakon jelita ini  menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim yang dikenali Endometriosis.

Kali pertama Scha menjalani pembedahan sama pada 2013 iaitu sebelum disahkan hamil anak sulung, Lara Alana.

Menurut laporan Harian Metro, pada Januari lalu Scha berharap pembedahan kali keduanya itu membuatkan keinginan untuk menimang cahaya mata kedua dipermudahkan.

Menurut Scha, disebabkan ketumbuhan itu menyukarkan dirinya untuk hamil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi menerusi pembedahan kali kedua pada Januari lalu beliau berharap proses untuk hamil kali kedua.

Nampaknya doa Scha dimakbulkan! Tahniah sekali lagi kepada pasangan ini!

Apa itu endometriosis?

Endometriosis adalah lapisan dalaman rahim yang dikenali sebagai endometrium tumbuh di luar rahim seperti di kawasan ovari, pundi kencing, usus dan pelvis.

Selaput endometrium yang tumbuh di luar rahim juga dipanggil implan dan dalam kes tertentu ia boleh tumbuh pada kulit, paru-paru dan otak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memandangkan implan ini terbentuk di luar rahim, ia mengalami kesukaran keluar daripada badan sewaktu haid dan menyebabkan kesakitan. Lama-kelamaan, darah akan berkumpul menyebabkan perekatan yang menyukarkan kehamilan.

Menurut Penasihat Pusat Endometriosis Boston di Massachusetts, Amerika Syarikat, Dr Pamela Stratton, sistem imun wanita dengan endometriosis tidak mampu mengeluarkan implan terbabit sehingga ia membesar dan mengganggu hormon reproduktif.

Kadar ketidaksuburan wanita juga terjejas antara 30 hingga 50 peratus menyebabkan penghidapnya sukar hamil dengan cara biasa.

Endometriosis juga dikenal pasti sebagai satu daripada tiga punca ketidaksuburan dalam kalangan wanita.

Bagaimana hamil dengan endometriosis?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Laparoskopi

Doktor akan merujuk anda kepada pakar kesuburan yang akan menjalankan laparoskopi dan dye (lap and dye), supaya satu penilaian dapat dibuat mengenai sebarang kerosakan kepada tiub falopian dan ovari anda.

Anda juga mungkin ditawarkan imbasan ultrasound untuk memeriksa organ pelvis, yang boleh dijalankan menggunakan prob ultrasound yang dimasukkan ke dalam faraj.

Jika endometriosis anda agak ringan, doktor mungkin mencadangkan tiada rawatan selama enam hingga 12 bulan untuk melihat samada anda akan hamil tanpa sebarang intervensi.

Doktor anda akan berbincang dengan anda mengenai jenis rawatan yang boleh dijalankan sebelum laparoskopi diagnostic dilakukan kerana salah satu pilihan ialah pakar bedah mengeluarkan ketumbuhan dan tisu yang tidak normal ini semasa prosedur laparoskopi dilakukan.

#2. Pengepaman tiub (tubal flushing)

Pengepaman tiub (tubal flushing) ialah alternatif lain bagi merawat tiub falopian tersumbat sekiranya anda tidak mahu menjalani pembedahan. Prosedur ini juga mempunyai kadar kejayaan yang tinggi.

Sesetengah pasangan akhirnya memilih untuk menjalani penghamilan dibantu. Pasangan kadang kala memilih kaedah ini kerana tidak mahu menjalani teknik pembedahan, atau apabila pembedahan dan intervensi lain tidak berjaya membuat mereka hamil, atau apabila penyakit itu ringan dan penghamilan masih belum berlaku secara semula jadi selepas mencuba selama kira-kira setahun.

#3. IUI - Inseminasi intrauterin (intrauterine insemination) 

Satu kaedah penghamilan yang dibantu. Semasa IUI dijalankan, doktor akan meletakkan sperma yang telah dicuci dan dipersiapkan ke dalam uterus (rahim) anda semasa anda mengovulasi.

Bagi wanita yang endometriosis mereka ringan, mereka mungkin akan disarankan menjalani IUI untuk tempoh sehingga enam kitaran.

#4. IVF 

Jika IUI tidak berjaya atau tidak sesuai (contohnya di mana terdapat juga masalah ketidaksuburan lelaki), atau apabila pembedahan tidak memberi perbezaan apa-apa.

IVF akan disarankan. Purata kadar kejayaan melalui IVF ialah kira-kira 25 peratus, tetapi ianya lebih rendah bagi wanita yang menghidap endometriosis tetapi tiada kajian jelas mengapa ini berlaku.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Astro Awani, Harian Metro, Baby Center

Baca juga:

Penulis

Lala Annuar