Selepas menyusu, biasanya ibu akan diajar cara-cara untuk sendawakan anak supaya mengelak si kecil muntah susu.
Namun sebenarnya, ada banyak lagi yang menjadi sebab bayi muntah seperti yang dikongsikan oleh pasangan suami isteri ini apabila bayi mereka kerap muntah yang disangkakan pada mulanya tidak seriu, tapi rupanya mengalami penyakit yang kronik.
Pada 6 Jun yang lalu, doktor mengesahkan bayi pasangan Anuar Husin, 32 dan Kamarul Ain Khosim, 29 menghidap Embryyonal Tumor With Multilayered Rossettes grade 4. Namun, semasa lahir dia adalah seorang bayi yang normal.
Namun dia kini disahkan mendapat penyakit itu setelah umurnya berusia empat bulan.
Sebab bayi muntah rupanya kerana penyakit kronik
Pada mulanya, bayi Atikah kerap muntah-muntah yang mengalir laju seperti air paip selepas menyusu ketika usianya tiga bulan setengah.
Malah, hampir setiap kali menyusu si kecil ini tidak sendawa tetapi dia hanya muntah dengan laju yang turut disertai dengan kahak.
Namun disebabkan terlalu risau melihat keadaaan anaknya berterusan begini, suami isteri ini membawa si kecil mereka ke klinik dan doktor memaklumkan ia hanya virus biasa yang berlaku disebabkan kuman tambahan daripada abangnya yang ketika itu batuk dan kerap mencium pipi adiknya.
Lantas jawapan itu melegakan hati mereka, namun ia tidak berhenti setakat itu sahaja kerana bayi Atikah masih lagi muntah.
Lebih memeranjatkan, selepas muntah mata Atikah kelihatan juling lantas membawa semula anaknya sekali lagi ke klinik disebabkan muntahnya lebih dari 10 kali.
Ini kronologi tahap kesihatan Atikah
7 Oktober : Pada hari tersebut, mereka membawa anaknya checkup untuk empat bulan, pada masa itu juga anak mereka muntah dan dilihat jururawat bertugas. Kemudiannya memaklumkan pada doktor untuk dirujuk ke hospital berdekatan.
Kemudian, bayi Atikah melalui prosedur CT Scan bagi mengenal pasti penyakitnya. Lalu doktor mengesahkan ada ketumbuhan di otak anaknya yang semakin membesar dan menyekat saluran air di kepala.
8 Oktober: Atikah menjalani pembedahan kecemasan pada malam tersebut supaya dapat memasukkan shunt untuk keluarkan air dalam kepala supaya senang untuk melakukan pembedahan buang ketumbuhan.
15 Oktober: Ketumbahan hampir 80% berjaya dibuang dan sampel ketumbuhan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur. Selepas dua hari pembedahan, air dan darah keluar menerusi jahitan sehingga menyebabkan Atikah demam panas sawan.
Kemudian sekali lagi pada 23 Oktober, doktor melakukan jahitan semula di kawasan tempat bedah bagi mengelak darah dan air keluar.
Lebih menyedihkan, selepas tiga minggu sampel pembedahan dihantar ke HKL, doktor mengesahkan bayi Atikah menghidap kanser otak tahap empat. Kanser itu berada dalam otak dan telah merebak ke saraf tunjang.
Disebabkan ada kanse, maka kes anak mereka dirujuk ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur dan menjalani rawatan kemoterapi yang terpaksa dilakukan selama empat hari berturut- turut selama 24 jam tanpa henti.
5 Disember : Atikah sekali lagi perlu menjalani kemoterapi tetapi ditangguhkan kerana terdapat lubang di kepalanya.
Anak kecil itu perlu menjalani pembedahan kali keempat terlebih dahulu sebelum sambung kemoterapi.
Redha dengan nasib yang menimpa keluarga mereka
Menurut ibu Atikah, sejak dua bulan lalu dia hanya tidur-tidur ayam sahaja namun dia pasrah dengan ketentuan yang telah diberikan oleh Yang Maha Esa.
Dia yang sebelum ini berniaga kuih terpaksa melupakan rutin tersebut bagi memberi perhatian sepenuhya kepada anak bongsunya itu dan tiga lagi anakya yang masing-masing berumur 9,7 dan 3 tahun.
Kini, keluarga kecil ini hanya bergantung kepada gaji suaminya sahaja yang bekerja sebagai polis bantuan di Bandar Utama.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan anda ke akaun ibunya seperti di bawah.
Nama ibu : Kamarul Ain binti khosim
No Acc : 114384154862
Bank : Maybank
Nombor telefon untuk dihubungi : 0192493498 (whatsapp sahaja) 017-3523474 (telefon sahaja)
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Mariati Kamarulzaman
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: