Gigih Kendong Anak Ke Kelas, Kini Ibu Ini Berjaya Genggam Segulung Ijazah

Demi segulung ijazah, ibu ini gigih bawa anak-anak ke kelas. Begitu pengorbanan seorang ibu untuk menimba ilmu, apa alasan anda?

Dengan menaiki jip, beca roda tiga, teksi, dan pelbagai kenderaan lain sambil menggalas beg besar penuh dengan lampin, air, makanan ringan, buku dan jurnal untuk ke kelas. Rakan sekelas saya memanggil saya “Mama Joyce, saya adalah seorang ibu dan kini telah berjaya mendapat segulung ijazah. 

Saya sering membawa anak-anak saya setiap kali saya pergi ke kelas. Kadang-kadang saya bawa seorang saja, kadang-kadang dua sekaligus. Nasib baik, profesor dan rakan sekelas saya sangat memahami.

Ada masanya saya akan meminta rakan atau saudara untuk menjaga anak-anak. Tetapi apabila benar-benar tiada orang yang boleh menjaga mereka, jadi saya tidak ada pilihan selain membawa mereka ke kelas.

Cabaran demi segulung ijazah

Cukup sukar kerana anda tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian, anda perlu memikirkan banyak benda dan sangat memenatkan. Kelas saya bermula pada jam 5:00 petang. Itu juga masanya suami saya habis kerja.

Dari tempat kerja, dia (suami) akan terus ke Universiti untuk menjemput anak-anak kami. Kadang kala, kelas berakhir sebelum dia tiba. Terlalu banyak pengalaman yang kami lalui, ada yang menyeronokkan, lucu, tertekan dan bersyukur. 

Saya masih ingat hari saya dijadualkan untuk melapor diri ke kelas. Bayi kedua saya baru berusia tujuh bulan ketika itu dan dia masih menyusu badan, malah langsung tak mahu susu botol.

Saya telah mencuba pelbagai jenama puting botol susu tetapi dia tetap tidak mahu. Cawan dan sippy cup juga telah saya namun masih gagal. Dia masih belum cukup kuat untuk makan makanan pejal pada masa itu.

Saya meminta adik ipar saya untuk ikut kami ke Universiti. Hanya dia satu-satunya yang ada pada masa itu. Dia terpaksa membawa bayi di luar kelaskl semasa saya melapor diri.

Semasa saya membuat perbentangan dalam slaid terakhir laporan saya, saya mendengar tangisan bayi yang sangat kuat sampai didengari di seluruh bangunan. Ternyata dia sangat lapar ketika itu. 

Sukar tetapi saya berjaya kerana pertolongan orang lain

Terima kasih kepada profesor saya yang sangat baik, dia memberitahu saya untuk mengambil bayi terlebih dahulu untuk menyusui. Kami meneruskan perbincangan ketika dia tenang dan akhirnya tertidur.

Ada juga masanya saya lupa membawa pakaian ganti dan lampin. Dan ketika suami saya datang untuk menjemput mereka, bayi saya telah membuang air besar. 

Saya tidak tahu bagaimana suami saya lakukan, puas saya pusing satu kampus untuk mencari lampin bayi namun malangnya tak dijumpai. Dan sebaik kembali kepada mereka, saya lihat bayi saya sudah menyalin baju dan dia memakai tshirt yang besar. 

Nasib baik, suami saya membawa t-shirt ekstra dalam poketnya, bayi saya tampak sangat gembira namun suami saya sangat tertekan. Haha!

Mengapa saya membawa anak-anak saya ke kelas?

Saya membawa mereka ke kelas kerana kami tidak mempunyai pembantu, malah saya juga bekerja dari rumah. Oleh itu, saya percaya bahawa saya dapat melakukan segalanya pada masa yang sama, belajar, bekerja dan menjaga anak.

Mereka berkelakuan baik saja semasa di dalam kelas,  rakan sekelas saya yang lain juga gembira setiap kali saya membawa anak-anak bersama saya. Walaupun ketika saya mengandung bayi kedua, saya tetap belajar dan bekerja.

Ketika semester terakhir, saya dijangkiti COVID-19, walau bagaimanapun saya masih terus mengikuti kelas dalam talian.

Sukar untuk menjadi ibu dalam masa yang sama menjadi pelajar Universiti namun dengan rahmat daripada Tuhan, kami mampu melakukannya.

Bukan itu sahaja perniagaan kami juga terjejas disebabkan pandemik, sehingga saya terpaksa menambahkan lebih banyak perniagaan sampingan untuk kami bertahan.

Saya bersyukur kerana rakan sekelas, profesor, rakan dan saudara saya juga menyokong saya dalam perniagaan secara dalam talian.

Mei 2021 yang lalu, saya diberitahu tentang arahan untuk peperiksaan komprehensif . Kami dengan cepat mengatur bilik stok kecil kami, mengecatnya dan melengkapkannya dengan meja dan kerusi untuk dijadikan bilik peperiksaan saya dalam dua hari.

Walaupun terdapat banyak cabaran (sambungan internet yang tidak stabil, alat tidak berfungsi dan rendah, anak-anak mengetuk mengetuk di bilik tidur semasa saya mengambil peperiksaan, dan banyak lagi), dengan belas kasihan dan pertolongan Tuhan saya dapat melakukannya.

Akhirnya, saya mendapat ijazah Master yang saya idamkan. Saya tidak akan melupakan hari upacara graduasi secara virtual di mana seorang atlet pelajar berkongsi pengalamannya bagaimana dia menduduki tahun terakhirnya di unversiti dengan penuh cabaran ketika pandemik. 

Dengan menggunakan basikalnya untuk bekerja sebagai perkhidmatan penghantaran makanan. Membawa basikal berat bersama dengan makanan yang akan dia sampaikan, air matanya mengalir ketika dia bercerita di hadapan kamera tentang kesusahan yang ditanggungnya.

Saya fikir bahawa apa yang saya lalui tidaklah seteruk mana. Bukan hanya saya yang mengalami kesukaran. Hampir semua orang benar-benar berjuang untuk mengharungi tahun persekolahan di tengah wabak tersebut. 

Saya tidak tahu mengapa air mata saya mengalir tanpa henti ketika mendengar kata-kata itu. Mungkin kerana saya menyedari bahawa kesusahan saya tidak sama dengan kesusahan yang dialami orang lain.

Saya mempunyai masa yang sukar untuk mencapai impian saya sendiri. Tetapi di sekitar saya ramai yang sanggup menderita demi orang lain.

Mungkin di antara sebilangan besar wanita yang saya temui sebelum ini sangat mengagumi saya dan saya melihat bahawa mereka dapat menggabungkan keibuan, pendidikan, pekerjaan dan mencapai impian mereka.

Jadi mungkin saya berani dan saya percaya saya juga boleh. Impian saya yang gagal saya capai setelah 18 tahun. Saya bermimpi untuk lulus dari universiti ketika saya menamatkan sekolah menengah, tetapi saya tidak diberi peluang untuk mewujudkannya dengan segera.

Walaupun perjalanannya sangat panjang, namun pada akhirnya perjalanan itu berbaloi.
Banyak yang perlu dipelajari. Perwatakan dan iman kita diperkukuhkan. Keperibadian kita berbentuk. Fikiran kita terbangun.

Perspektif kita telah berubah. Kejayaan seseorang tidak diukur dengan kertas diploma, kegagalan, atau upacara graduasi.

Kejayaan dapat dilihat dalam perjuangan harian dengan cabaran hidup. Untuk menolong orang lain, memberi inspirasi kepada orang lain, mengangkat orang lain, memberi arahan kepada orang lain, untuk melayani orang lain, itulah kejayaan sebenarnya.

Sumber: Artikel ini telah diterjemahkan dari theAsianparent Filipina

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sanggup Digelar Wanita Terburuk Dunia, Demi Membesarkan Anak-Anak