TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Sebak, Ibu Tunggal Ini Sanggup Digelar 'Wanita Terburuk Dunia' Demi Menyara Anak-Anak

4 min bacaan
Sebak, Ibu Tunggal Ini Sanggup Digelar 'Wanita Terburuk Dunia' Demi Menyara Anak-Anak

Mary Ann telah dinobatkan sebagai 'Wanita Terburuk Dunia'. Demi keluarga tersayang, dia tidak kisah dilabelkan sebegitu rupa. Itulah pengorbanan dia demi menyara anak-anak.

Kasih ibu memang tiada tandingannya, setiap ibu-ibu di dunia ini sentiasa inginkan yang terbaik buat anak-anak. Lebih mengharukan, daripada pengorbanan seorang ibu tidak sekali pun mengharapkan balasan melainkan kasih sayang yang tiada pengakhirannya. 

Sedih dan memilukan apabila membaca perkongsian di Facebook tidak lama dulu mengenai pengorbanan seorang ibu yang rela dinobatkan sebagai ‘Wanita Terburuk Dunia’ demi membesarkan anak-anak. 

Mary Ann Bevan

Sebak, Ibu Tunggal Ini Sanggup Digelar Wanita Terburuk Dunia Demi Menyara Anak-Anak

Foto: Jasson King Fans Official

Pada zaman dahulu lain benar mereka menilai kecantikan berbanding sekarang. Mereka menganggap kecantikan itu sesuatu yang fizikal sahaja, berbanding sekarang masyarakat melihat kecantikan itu sesuatu yang subjektif. 

Jadi, malang untuk wanita-wanita yang lahir pada zaman dahulu seperti Mary Ann Bevan ini. Dia dilahirkan pada tahun 1874 di London. Waktu itu persepsi masyarakat pada kecantikan adalah stereotaip. Cantik di luaran maka cantiklah segalanya. 

Mary Ann sewaktu muda dulu bekerja sebagai jururawat. Asalnya seorang wanita yang cukup cantik, wajahnya terletak. Hidung mancung, mata bundar, malah berwajah runcing seperti yang diidam-idamkan kebanyakan gadis sekarang. 

Namun nasib Mary Ann kurang baik. Selepas dia berkahwin dengan suaminya pada usia 29 tahun, dia diserang penyakit tumor yang mana membuat hidupnya berubah serta merta. 

Tetapi lebih malang pada tahun 1914, suaminya meninggal dunia dan meninggalkan dia menjadi ibu tunggal kepada empat orang anak. 

Lebih menyedihkan ketika usianya menjengah 32 tahun, dia menghidapi satu lagi penyakit iaitu Akromegali. Ia adalah satu penyakit yang mengakibatkan pertumbuhan tidak normal di bahagian muka dan badan. 

Ditambah pula dengan penyakit tumor yang dihidapinya, mengakibatkan sakit kepala yang teruk sehingga penglihatannya terganggu. Disebabkan dua penyakit ini, Mary Ann bertukar fizikalnya yang mana orang menganggapnya hodoh. 

pengorbanan seorang ibu

Foto: Jasson King Fans Official

Namun semua itu tidak mematahkan semangat Mary Ann. Dia malah bekerja lebih kuat demi untuk menyara empat orang anaknya. 

Tapi bukan mudah untuk dia sebagai ibu tunggal menyara empat orang anak dalam kegawatan ekonomi waktu itu. Lantas Mary Ann mengambil keputusan untuk memasuki satu pertandingan yang bernama ‘Wanita Yang Paling Tidak Dipandang’ dan memenangi pertandingan itu.

Mary Ann telah dinobatkan sebagai ‘Wanita Terburuk Dunia’. Demi keluarga tersayang, dia tidak kisah dilabelkan sebegitu rupa.

Malah nasibnya menjadi lebih baik apabila dia dipanggil bekerja oleh Sam Gumpertz dan membuat penampilan di ‘Coney Island Dreamland Show’ yang merupakan satu persembahan aneh dan misteri. Dia menghabiskan sisa-sisa hidupnya di sana. 

Mary Ann juga tampil di pameran dunia untuk ‘Ringling Brothers Circus’ sehinggalah dia meninggal dunia pada tahun 1933. 

Pengorbanan seorang ibu

pengorbanan ibu
#1. Sakit di saat melahirkan

Kita kadang-kadang sering terlupa untuk bersyukur dengan perkara- perkara yang terjadi dalam hidup seperti peluang untuk merasai kehidupan dan bernafas pada hari-hari yang seterusnya.

Malah anda tidak pernah tahu bagaimana rasanya membawa ‘satu nyawa’ selama 9 bulan atau apa yang dilalui ibu di saat melahirkan anda.

#2. Selalu mendorong anda untuk menjadi yang terbaik

Selain itu, ibu juga sentiasa mendorong anda untuk memecahkan halangan dan menjadi luar biasa. Malah mereka mempercayai anda dengan sepenuh hati dan mereka tahu anda mampu mencapai sesuatu perkara yang lebih
besar dan mencabar.

Malah, ibu juga tidak pernah gagal untuk membuat anda merasa seperti seorang yang istimewa di dalam hatinya.

#3. Penat menyediakan makanan kegemaran anda

Tidak apa yang dapat menggembirakan hati seorang anak apabila terhidang makanan kegemaran mereka di atas meja makan dan dimasak sendiri oleh ibunya.

Sebelum memasak, ibu kena keluar membeli barang di kedai dan pulang saja ke rumah terus ibu masak untuk kita.

Walaupun semasa itu ibu mungkin keletihan namun dia masih berjaya melakukannya setiap hari tanpa mengeluh.

Malah ibu juga tanpa merungut mencuci pinggan, menyediakan pakaian buat keluarga dan melakukan hal yang lain.

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Pendek kata ibu memang superwoman di hati kita.

#4. Tolong carikan barang yang anda tidak jumpai di rumah

Selalu tak terjadi pada anda semasa nak cari barang kerap tak jumpa, tapi bila ibu yang carikan pasti ada.

Pada dasarnya ibu tahu di mana terletaknya semua barang-barang tersebut di rumah dan tanpa teragak-agak untuk meminta bantuan orang lain.

Jadi, luangkan masa yang ada ini untuk mengucapkan terima kasih kepada ibu anda untuk setiap perkara yang selalu dia lakukan.

#5. Selalu toleransi dengan hidup anak

Semasa kecil ibu bersabar dengan tantrum anaknya. Bila dewasa ibu sabar dengan setiap perangai anak-anaknya yang berbeza-beza.

Ini semuanya kerana ibu betul-betul mengasihi anak-anaknya dan menyayangi mereka dengan sepenuh kasih dan sayang.

Meskipun kadang-kadang ibu kecewa dengan kita namun mereka tidak pernah menunjukkan itu dan selalu memberi semangat agar anaknya menjadi insan yang berguna di masa hadapan.

Sumber: Jasson King Fans Official, Pensel Merah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 20 Gambar Seorang Ibu Bertarung Nyawa Di Bilik Bersalin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Sebak, Ibu Tunggal Ini Sanggup Digelar 'Wanita Terburuk Dunia' Demi Menyara Anak-Anak
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham