TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Jika tak mahu anak ada masalah penglihatan, galakkan mereka bermain di luar

3 min bacaan
Jika tak mahu anak ada masalah penglihatan, galakkan mereka bermain di luar

Kanak-kanak kini lebih banyak menghabiskan masa berjam-jam bermain telefon pintar, komputer dan tablet. Pakar percaya jika kanak-kanak lebih aktif bermain di luar, ini boleh mengurangkan anak itu menghadapi masalah penglihatan!

Ramai kanak-kanak hari ini mula memakai cermin mata pada usia yang awal. Ini menyebabkan pakar semakin bimbang dengan peningkatan masalah penglihatan kanak-kanak di seluruh dunia.

Masalah paling biasa yang dihadapi kanak-kanak hari ini adalah miopia atau lebih dikenali sebagai rabun jauh.

Menurut Chris Hammond, profesor oftalmologi di King’s College London dan pakar pakar bedah mata di hospital St Thomas. 

“Masalah ini sudahpun mencapai tahap yang teruk di Asia Timur, Singapura, Taiwan, dan Korea Selatan, di mana hampir 90% anak berusia 18 tahun sudah rabun jauh.“

Apakah yang sebabkan peningkatan masalah penglihatan kanak-kanak ini?

masalah penglihatan kanak-kanak

Annegret Dahlmann-Noor, pakar oftalmologi di Moorfields Eye Hospital di London berpendapat masalah penglihatan kanak-kanak ini disebabkan oleh kekurangan pendedahan kepada cahaya semulajadi.

“Kanak-kanak hari ini menghabiskan banyak masa dengan belajar, menggunakan komputer, bermain telefon pintar ataupun tablet. Mereka jarang keluar rumah untuk bermain atau melihat pemandangan hijau serta menikmati udara yang segar.

Selain mata yang jarang berehat, ini juga menyebabkan kanak-kanak kurang terdedah kepada cahaya matahari.“

Prof Hammond juga berpendapat kanak-kanak lebih berisiko jika mereka terdedah kepada pendidikan yang intensif dari usia yang muda. Ataupun mereka yang ketagih dengan tablet atau komputer dan jarang keluar rumah.

Cara terbaik untuk menangani masalah penglihatan kanak-kanak

Perlukah ibu bapa mengawal penggunaan tablet dan telefon pintar anak? Cakap saja senang, bukan? Tapi sebagai ibu bapa kita pun tahu mereka tidak akan menyerahkan tablet mereka dengan begitu senang.

Jadi apa pula jalan penyelesaian yang seterusnya? Menurut pakar, cara yang lebih baik ialah dengan menggalakkan kanak-kanak untuk keluar bermain, dari membiarkan mereka terperangkap di rumah.

“Aktiviti bersukan dan beriadah boleh membantu penglihatan kanak-kanak,” kata Prof Hammond.

“Kalau boleh cuba luangkan masa sebanyak 2 jam sehari, sepanjang minggu dan juga pada hujung minggu untuk beriadah bersama keluarga.“

masalah penglihatan kanak-kanak

Ibu bapa tidak perlu pergi terlalu jauh pun. Jika anda kesuntukkan masa, taman perumahan berdekatan sudahpun memadai.

Yang paling penting, anak dapat menikmati pemandangan luar yang hijau, merehatkan mata mereka dan mendapatkan udara segar.

Prof Hammond memberi contoh kajian yang telah dilakukan di Sydney, Australia di mana hanya 3% kanak-kanak didapati rabun jauh pada usia 6 tahun, berbanding dengan 30% kanak-kanak pada usia yang sama di Singapura.

Gaya hidup kanak-kanak Australia selalu digalakkan untuk bermain di luar dan terdedah kepada cahaya matahari adalah sebab utama untuk perbezaan yang besar ini.

Apabila anak lebih aktif bermain di luar, ini secara tidak langsung akan mengurangkan peluang mereka selalu bermain tablet dan menjaga kesihatan mata mereka.

Tapi bukan itu saja, diet anak penting juga!

Jika tak mahu anak ada masalah penglihatan, galakkan mereka bermain di luar

Dr Dahlmann-Noor berkata diet juga memainkan peranan penting dalam memastikan kesihatan mata sekeluarga.

“Makanan yang sihat sangat penting untuk mengelak masalah penglihatan kanak-kanak. Nutrien seperti asid lemak omega-3, vitamin A, C dan E semuanya baik untuk mata.

Jadi pastikan anak diberi ikan berminyak, alpukat dan sayur-sayuran berdaun hijau sebanyak mungkin.

“Vitamin tambahan kanak-kanak yang khas untuk perkembangan otak, juga sebenarnya baik untuk mata.“

Dr Dahlmann juga menyarankan ibu bapa membawa anak mereka untuk pemeriksaan mata tahunan.

Bagaimana untuk mengetahui anak rabun jauh?

Tanda-tanda anak anda mungkin rabun jauh termasuk:

  • mengalami kesukaran untuk membaca papan putih/papan hitam
  • selalu duduk dekat dengan televisyen
  • selalu mengadu sakit kepala atau mata yang letih
  • kerap menggosok mata

Apabila seseorang rabun jauh, bentuk mata mereka sudahpun berubah menjadi lebih panjang. Apabila pancaran cahaya sampai di hadapan retina, di belakang mata, objek yang jauh akan kelihatan kabur, tapi objek rapat kelihatan jelas.

 

 

 

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak

 

Sumber: BBC

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga: 

5 Ciri-Ciri Yang Menunjukkan Anak Anda Akan Jadi Tinggi Bila Besar Nanti

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Jika tak mahu anak ada masalah penglihatan, galakkan mereka bermain di luar
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham