Hati cukup tersentuh apabila sepasang suami isteri warga Itali telah sehidup semati setelah 60 tahun mereka bersama.
Wabak penyakit misteri, Coronavirus seakan-akan makin mengganas sehingga meragut banyak nyawa dalam masa yang singkat.
Pasangan sehidup semati
Difahamkan pasangan berkenaan telah berkongsi hidup hampir 60 tahun dan meninggal dunia selang dua jam sahaja.
Severa Belotti, 82 dan Luigi Carrara, 86 telah berkurung di dalam rumah selama lapan hari kerana mereka mengalami demam yang agak teruk.
Menurut anak lelaki pasangan ini, Luca Carrara mengatakan mereka melakukan kuarantin tanpa mendapatkan bantuan kesihatan dan suhu badan mencecah 39 darjah celsius.
Dalam keadaan yang cukup menyedihkan, bapa Luca bekerja sebagai tukang batu dan dibawa ke hospital Bergami pada hari Sabtu. Ibunya pula seorang suri rumah dimasukkan ke hospital yang sama pada hari Ahad.
”Saya tidak dapat berjumpa dengan ibu ayah sebelum meninggal dunia. Mereka pergi sendiri tanpa adanya perkataan selamat tinggal atau dakapan dari orang tersayang,” kata Carrara.
Tambahnya lagi, ibu ayahnya meninggal dunia pada hari Selasa pada 9.15 pagi dan 11 pagi, iaitu selang dua jam sahaja.
”Hati saya remuk, perasaan cukup sedih kerana virus ini sangat berbahaya sehingga tiada yang boleh mendekati mangsa,”ujarnya.
Tiada doktor terdekat
Luca, yang bekerja untuk syarikat utiliti air Uniacque di Bergamo, kini turut dikuarantin bersama isteri dan dua orang anaknya.
Dia berkata ibu ayahnya terperangkap di dalam rumah untuk tempoh yang panjang kerana ‘tidak ada doktor yang berdekatan’ sehingga mereka telah sehidup semati.
Carrara telah menghubungi perkhidmatan kecemasan pada ‘112’ tetapi tidak ada yang datang untuk menyelamatkan mereka.
”Saya tidak menyalahkan pihak hospital kerana faham memahami mereka turut berhadapan dengan tugasan yang sukar. Saya berterima kasih kerana mereka telah mencuba untuk menyelamatkan kedua-dua ibu bapa saya,” kata Carrara.
Kongsinya lagi, suasana hospital Papa Juan XXIII di Bergamo, di mana ibu bapanya meninggal begitu tegang.
”Di hospital keadaan sangat teruk seolah-olah tidak dapat mengawal keadaan kerana jumlah pesakit yang begitu ramai,” ujarnya.
Beliau menambah bahawa kakitangan tidak tahu di mana untuk meletakkan pesakit dan doktor memilih pesakit untuk diselamatkan sehingga terpaksa meninggalkan warga emas meninggal dunia.
”Tetapi apa yang boleh mereka lakukan? tiada rawatan atau ubat untuk menyembuhkan penyakit ini,” tambahnya.
Disebabkan oleh Carrara tidak dapat mengucapkan selamat tinggal dengan baik, dia telah menggunakan media sosial untuk mengucapkan kata-kata perpiasahan.
”Helo, Ibu dan Ayah, virus jahat ini telah membawa anda pada hari yang sama, adakah anda akan terus bergaduh di sana?,” tulisnya di Facebook.
”Sudah tentu, tetapi anda berdua akan berakhir dengan sebuah pelukan hangat.”
Dalam menyedarkan keluarga lain mengenai impak wabak Coronavirus ini, dia mengatakan bahawa ayahnya seorang lelaki tua yang berusia 86 tahun dan tidak menghidap sebarang penyakit sebelum ini.
”Ramai yang beranggapan bahawa warga emas memang sepatutnya berada di rumah dengan mengatakan mangsa mungkin diserang penyakit tua. Namun jika ia berlaku kepada ibu ayah mereka, pasti ia perkara yang sukar untuk diterima,” ujarnya.
”Saya sendiri tidak dapat melihat mereka lagi, mayat telah dibawa ke tanah perkuburan dan tidak tahu ia akan mengambil masa berapa hari kerana terlalu banyak mangsa yang mati,” kata Carrara.
Diarahkan kuarantin dalam rumah
Tambahnya, dengan keadaan semasa perlu kuarantin di dalam rumah telah menambahkan lagi kesedihan yang dialaminya.
”Saya, anak-anak dan isteri terpaksa kuarantin. Ia adalah kesedihan dua kali ganda kerana tidak boleh keluar untuk menyelesaikan urusan semadikan mayat mereka” ujarnya.
Menurut Carrara lagi, saya tidak dapat berjumpa dengan kakak kerana dia yang menyimpan semua dokumen milik keluarga.
”Tiada siapa yang melawat saya. Bayangkan dalam satu hari sahaja saya telah kehilangan ibu ayah. Namun seperti yang dikatakan oleh ayah, sentiasa hadapi hari esok dan lupakan yang semalam,” kata Carrara.
Difahamkan terdapat beberapa aduan yang diarahkan kepada pihak berkuasa Itali mengenai kelemahan pengurusan kuarantin dalam menghadapi wabak Covid-19 ini.
Hal ini kerana mengikut laporan dari seorang pelakon, dia terpaksa tinggal di dalam rumah bersama kakaknya yang telah dijangkiti Coronavirus sehingga melebihi 36 jam.
Luca Franzese, yang merupakan ahli ‘sciarmante’, dalam rancangan televisyen telah berkongsi beberapa video bagi perkhidmatan pengebumian untuk mengambil mayat kakanya, Teresa Franzese, 47.
Setakat ini, sebanyak 12,462 kes Covid-19 dicatatkan di Itali iaitu negara yang paling banyak di luar tanah besar China. Manakala, lebih 827 mangsa telah meninggal dunia.
Sumber: Dailymail
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
https://my.theasianparent.commencegah-penyakit