Tadika Akan Dibuka, Ibu Ayah Dah Ready Untuk Hantar Anak Ke Sekolah?

Pasti ramai ibu bapa yang dalam dilema mengenai keselamatan dan kesihatan anak apabila sekolah dibuka. Debaran mungkin dirasai terutama yang anak di tadika.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Susulan pengumuman kerajaan mengenai pembukaan sekolah secara berperingkat bermula 24 Jun ini, pasti ramai ibu bapa yang dalam dilema mengenai keselamatan dan kesihatan anak.

Tidak kurang juga ibu bapa yang mempunyai anak di tadika. Maklum saja, hampir tiga bulan rata-rata anak yang tinggal di rumah tidak sakit, malah lawatan wajib ke klinik setiap bulan seperti sebelum ini juga tiada kerana mereka sentiasa sihat di rumah.

Yang menjadi persoalan ketika ini, sejauh mana selamat untuk menghantar anak ke tadika? 

Sekolah dibuka: Selamatkah hantar anak?

Kredit foto: astro awani

Dilaporkan, Taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) termasuk Tabika Kemas di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Tabika Perpaduan di bawah Kementerian Perpaduan serta semua prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan dan swasta dibenarkan beroperasi bermula 1 Julai ini.

Kebenaran itu membabitkan kira-kira 24,410 institusi pendidikan berkaitan yang berdaftar di seluruh negara.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keputusan itu dibuat selepas kerajaan meneliti dan bersetuju dengan prosedur operasi standard (SOP) yang dibentangkan secara menyeluruh.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

SOP meliputi segenap aspek

Kredit foto: gpbestari

SOP itu lengkap meliputi segenap aspek termasuk sebelum kemasukan pelajar, sewaktu mereka belajar di kelas dan tabika dan begitu juga ketika mereka pulang, cara mereka bermain dalam tabika serta waktu makan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perincian SOP itu akan dibentangkan oleh Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat.

Mungkin ada yang membantah pembukaan ini, tetapi tidak kurang juga yang rasa sedikit ‘lega’ terutama ibu bapa yang bekerja. 

Mereka tiada pilihan, apa yang boleh dilakukan adalah mendidik anak untuk mengamalkan norma baharu di sekolah.

Mungkin susah bunyinya, tapi jika ia menjadi amalan yang diterapkan sejak dari rumah, tidak mustahil anak-anak boleh lakukan dengan baik di sekolah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang penting, jangan pandang rendah kebolehan anak untuk ikut segala peraturan yang ditetapkan. Boleh jadi mereka lebih berdisiplin dari orang dewasa!

Praktis norma baharu dari awal

#1. Ajar mereka untuk sentiasa menjaga kebersihan diri

Seperti biasa, anak sudah diajar untuk sentiasa mencuci tangan, pesan pada mereka, perkara itu perlu dibuat lebih lagi sekarang ini. 

Ajar mereka jangan sentuh bahagian muka, mata atau hidung selagi belum membasuh tangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Bekalkan dengan hand sanitizer

Mungkin ada yang takut anak akan termakan, tetapi ia boleh dipraktikkan dari awal. Ada anak kini seawal usia empat tahun sudah tahu apa itu hand sanitizer dan mereka tahu ia bahaya untuk di makan.

Jadi terangkan pada anak anda, mengapa ia perlu.

#3. Sediakan topeng muka 

Di pasaran terdapat pelbagai saiz topeng muka, pastikan beli lebih untuk kegunaan anak. Tidak salah untuk simpan stok lebih awal sebelum sekolah dibuka.

#4. Ajar anak anda mengenai penjarakan sosial

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia mungkin sukar untuk mereka fahami, kenapa tidak boleh bersentuhan dengan rakan lain di sekolah. Gunakan bahasa yang mudah supaya mereka faham kini tidak lagi boleh bersalaman dan berpelukan seperti biasa. 

Anak kecil memang takut dengan perkataan ‘bad germs’, kuman dan sebagainya. Jadi jika anda terangkan dalam bahasa mudah difahami, mereka mungkin boleh praktikkan lebih baik dari orang dewasa. 

Bagaimana negara lain laksana SOP di sekolah bagi cegah Covid-19?

Kredit foto: gpbestari

#1. Taiwan

Taiwan tidak menutup sekolah kerana wabak Covid-19 namun telah melaksanakan beberapa prosedur seperti setiap murid perlu diperiksa suhu badan dan menggunakan plastik pelindung di atas meja.

#2. Jepun

Sekolah dibuka pada 25 Mei lalu. Murid dipecahkan kepada tiga kumpulan yang akan menghadiri kelas bagi masa yang berbeza. Selain itu setiap meja diletakkan jarak 1 meter.

#3. Korea Selatan

Murid sekolah akan diperiksa suhu badan setiap hari dan tempat duduk dijarakkan 1 meter antara satu sama lain. Selain itu pelindung plastik juga digunakan di setiap meja yang mana sekolah di negara itu dibuka pada 20 Mei lalu.

#4. Denmark

Denmark adalah negara Eropah pertama membuka semula sekolah akibat Covid-19 pada 15 April lalu. Semua tempat duduk murid diletakkan pada jarak 2 meter antara satu sama lain.

#5. Norway

Sekolah rendah di Norway dibuka pada 20 April lalu dengan mensyaratkan setiap kelas tidak lebih daripada 15 murid.     

Sumber: Astro Awani,gpbestari

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga:

https://my.theasianparent.comtanda-tanda-penyakit

 

Penulis

Lala Annuar