TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Budak Mabuk & Pengsan Lepas Terminum Setengah Botol Hand Sanitizer, Sila Elak Kejadian Ini Parents!

4 min bacaan
Budak Mabuk & Pengsan Lepas Terminum Setengah Botol Hand Sanitizer, Sila Elak Kejadian Ini Parents!

Walaupun sanitizer ini selamat digunakan di luar badan namun ia boleh menyebabkan anak mabuk jika termakannya walaupun sedikit seperti kejadian ini.

Hand sanitizer adalah penyelesaian untuk mengganti sabun pencuci tangan yang lebih praktikal. Dengan pengunaan produk ini, anda tidak perlu lagi mencuci tangan berulang kali. 

Namun begitu, adakah hand sanitizer adalah produk yang sangat selamat untuk kanak-kanak?

Ini kerana, seorang kanak-kanak yang berumur 3 tahun didiagnosis dengan keracunan alkohol selepas didapati minum hand sanitizer ini.

Disebabkan itu, kes ini telah membuatkan ibu bapa berasa bimbang untuk memakai hand sanitizer pada anak mereka.

Walaubagaimanapun, ibu bapa diingatkan supaya tidak membiarkan anak memakai sendiri produk ini ataupun membiarkan mereka bermain dengannya meskipun ia dianggap benda yang selamat.

Hand Sanitizer adalah produk selamat tapi boleh jadi lain kalau salah guna

hand sanitizer adalah

Seorang kanak-kanak dan adiknya bermain dengan pembersihan tangan iaitu yang mengandungi 70 % etanol di mana dia dilaporkan minum hand sanitiser hampir separuh botol.

Kemudian, kanak-kanak berkenaan didapati pening, lesu, pucat dan jalan terhuyung- hayang lalu dikejarkan ke ICU hospital di mana doktor mendapati dia terkena Acute Ethanol Toxicity.

Berdasarkan Jurnal Perubatan Australia, kanak-kanak berusia tiga tahun itu mempamerkan tahap alkohol yang didapati di dalam darahnya sebanyak 260 mg yang jauh lebih tinggi dari kandungan paras mabuk seseorang di New Zealand.

Malah, kanak-kanak ini juga mengalami hipotensi yang berkaitan dengan paras natrium dan klorin yang tinggi dalam darahnya.

Namun, selepas beberapa jam diberikan cecair dan ubat, keadaan budak ini semakin bertambah baik dan dibenarkan pulang ke rumah selepas 24 jam dari kejadian itu.

Jilat atau termakan hand sanitizer adalah BERBAHAYA

hand sanitizer adalah

Menurut Pusat Racun New York, kanak-kanak yang menjilat atau termakan produk pembasmian kuman berisiko untuk mengalami keracunan alkohol.

Ini adalah kerana bahan aktif utama dalam produk ini biasanya etanol yang dicampur bersama air, wangian dan gliserin.

Ini kerana, untuk membunuh kuman dan bakteria, pembersih tangan perlu sekurang-kurangnya 60% kandungan alkohol.

Oleh itu, kebanyakan sanitari tangan berasaskan alkohol di pasaran mempunyai 90% kandungan alkohol.

Sebab itu, walaupun kanak-kanak hanya termakan sedikit sahaja cecair ini namun ia mungkin boleh menyebabkan pelbagai risiko.

Sementara bagi bayi pula mungkin boleh mengundang maut.

Apa yang perlu dilakukan untuk membersih tangan anak?

produk pembersih tangan

Alkohol yang tinggi dalam produk pembersih tangan boleh menyebabkan kanak- kanak rasa terbakar mulut jika terminum atau termakan bahan tersebut.

Ini kerana mereka masih berumur kanak-kanak yang belum tahu risiko dan bahayanya jika tertelan sesuatu yang bukan dari makanan.

Walaubagaimanapun, anda mungkin terlepas pandang jika anak bermain dengan produk ini jadi ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengekang masalah tersebut seperti berikut:

  • Jangan memaksa anak muntah
  • Bertenang. Anak akan berasa takut jika dipaksa atau dimarahi oleh ibu bapanya.
  • Sekiranya mempunyai nombor telefon doktor atau hospital, segera hubungi mereka.
  • Segera bawa anak ke hospital dan bawa botol pembersih tangan itu sekali untuk ditunjukkan kepada doktor. Bertujuan untuk menentukan berapa banyak yang ditelan oleh anak.

Cara mencegah kanak-kanak dari bermain atau makan hand sanitizer

Satu sanitizer tangan melakukan kerja yang berkesan untuk membunuh kuman tapi ia memiliki bahan kimia beracun yang lain malah menimbulkan risiko kepada anak-anak kita.

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Berikut adalah beberapa cara yang boleh halang anak dari minum pembersih tangan ini.

  • Simpan hand sanitiser di tempat yang tersorok tanpa pengetahuan anak. 
  • Masukkan hand sanitizer ke dalam botol yang lebih kecil supaya dapat mengelak anak terminum dalam jumlah yang banyak sekiranya berlaku.
  • Ajar anak bahawa pembersih tangan hanyalah untuk kegunaan luar di bahagian tangan dan tidak boleh dimakan atau diminum.
  • Mengajar anak yang lebih tua supaya tidak bermain dengan bahan kimia di dalam rumah.
  • Jangan sesekali memakai hand sanitizer pada bayi
  • Sebelum memegang bayi pakai dahulu hand sanitizer, tapi biarkan ia kering dahulu selama satu minit sebelum menyentuh si kecil.
  • Mengawasi anak semasa mencuci tangan dengan pembersih atau sabun bagi mengelak kejadian serupa.

Kesimpulannya, jauhkan bahan kimia berbahaya pada kanak-kanak di dalam rumah dan simpan di tempat yang selamat.

Budak Mabuk & Pengsan Lepas Terminum Setengah Botol Hand Sanitizer, Sila Elak Kejadian Ini Parents!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber : The Indusparent 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comkajian-hand-sanitizer-ternyata-berbahaya-bagi-kesihatan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Budak Mabuk & Pengsan Lepas Terminum Setengah Botol Hand Sanitizer, Sila Elak Kejadian Ini Parents!
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham