Perlukah Masukkan Anak Ke Sekolah KAFA? Ibu Ini Cerita Anak Pandai Urus Baligh Ustaz KAFA Ajar

Perlukah menghantar anak ke sekolah KAFA? Ibu cerita anak pandai urus baligh sendiri selepas belajar daripada ustaz di sekolah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pentingkah menghantar anak ke Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA)? Dari pagi hingga tengah hari, anak-anak mengikuti sekolah kebangsaan, selepas itu sambung pula di sekolah KAFA. Tidak letihkah anak-anak?

Situasi itu antara dilema dalam kalangan ibu ayah, sama ada mahu memasukkan anak ke sekolah agama petang atau sebaliknya. Selain kasihan melihat anak keletihan, ada juga yang menyifatkan Pendidikan Agama Islam di sekolah kebangsaan sudah mencukupi. Jadi tidak perlu menghantar anak mengikuti KAFA di sesi petang.

Menerusi perkongsian seorang ibu, Nurul Akma Abd Halim pada hantaran Facebooknya berpendapat, terdapat banyak kebaikan apabila menghantar anak mengikuti kelas berkenaan.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Anak tahu urus baligh selepas hantar sekolah KAFA
  • Ustaz banyak beri tunjuk ajar
  • Silibus KAFA tidak menyusahkan murid

Anak tahu urus baligh selepas hantar sekolah KAFA

Dalam perkongsiannya, Nurul Akma menceritakan, anak lelakinya baligh ketika berusia awal 12 tahun dan disebabkan dia menghantar anak ke sekolah KAFA, urusan baligh tersebut boleh dilakukan sendiri.

“Lelaki baligh kita tak berapa nak sedar. Kalau sedar pun, mungkin lambat sikit tak macam perempuan sebab nampak (haid).  

“Sebab anak saya pergi KAFA, dia pandai urus balighnya sendiri. Tahu apa perlu buat iaitu bersihkan pakaiannya dan mandi wajib beserta niat semua lengkap.

“Sebelum saya tahu anak saya sudah baligh, saya saja-saja tanya sebab saya suka buka topik hal agama dan pengurusan diri dengan anak-anak kalau berkelapangan dan topik hari itu pasal baligh,” demikian perkongsian ibu tersebut.

Ustaz sekolah KAFA banyak beri tunjuk ajar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nurul Akma memberitahu, pada mulanya anak lelaki ibu tersebut malu hendak mengaku sudah baligh.

“Yelah, dia mungkin malu. Bila saya cakap perkara itu normal tak perlu malu dengan ibu bapa sendiri, syukur dia bagi tahu dia sudah baligh dan alami mimpi, alhamdulillah.

“Kemudian saya tanya, apa yang dia buat seterusnya. Dia bagitahu ustaz sudah ajar, perlu bersihkan pakaian dan mandi hadas niat semua.

“Allahu, saya sangat-sangat bersyukur dia sudah sedia tahu dan ready ke alam baligh. Bayangkan kalau saya tak hantar anak saya dan topik baligh itu tak ada dalam perbincangan kami.

“Adakah anak saya pandai uruskan semua ini. Bukan setakat ini sahaja, banyak lagi ilmu-ilmu yang saya banyak belajar daripada mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Alhamdulillah, ke KAFA bukan suruh pandai untuk jadi pengajar. Cukup dapat ilmu fardu ain untuk diri sendiri sebagai seorang muslim,” kata wanita tersebut.

Silibus KAFA tidak menyusahkan murid

Dalam masa sama, ibu itu berpendapat, silibus bagi sekolah KAFA tidak berat malah, buku teks juga nipis manakala, anak hanya bawa beg kecil dan ringan sahaja.

“Tapi kasihan anak-anak takut mereka penat. Budak-budak tahu ke penat? Selagi boleh main, boleh melompat.. itulah anak-anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Jangan risaukan ‘bateri’ anak. Kalau pemakanan mereka betul, memang tahan lama ‘bateri’ mereka, tak mudah penat atau mengantuk.

“Tak payah nak kasihan (manjakan) anak sebaliknya, kasihankan diri kita sebagai ibu bapa jika kita meninggal kelak. Anak kita jahil ilmu agama.

“Saya tak banyak ilmu agama, maka saya nak anak-anak saya bukan sahaja dapat ilmu dunia tapi juga ilmu akhirat yang mungkin saya sendiri tak boleh bagi.

“Tapi kalau anda mampu mengajar sendiri subjek tajwid, tauhid, akidah, sirah, ibadah, al-Quran dan Arab, alhamdulillah anda ibu ayah hebat,” demikian perkongsian ibu tersebut.

Apa yang dikongsikan oleh Nurul Akma adalah pendapat peribadinya berdasarkan pengalaman dilalui bersama anak-anak. Jadi bagaimanana pula pendapat ibu ayah?

Daripada kisah dikongsikan ibu tersebut, mungkin boleh membantu ibu ayah yang masih dilema untuk menghantar anak ke sekolah KAFA.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Terharu Kawan Anak Setiap Hari Tolong Angkat Beg Sekolah, Bagus Didikan Parents Dia!

Baca juga: Aktiviti Cuti Sekolah Untuk Anak-Anak Tahun 2021, Rugi Kalau Tengok TV Saja, Jom Semak!

Baca juga: Ibu Dah Meninggal, Kini Ayah Yang Uruskan Anak Sampai Tersalah Beli Saiz Baju Sekolah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan