Ramai Suami Mahu Seks Anal Walaupun Tahu Ia HARAM, Apa Patut Anda Buat?

Ramai isteri terbukti tidak menggemari seks gaya ini namun tidak tahu cara untuk menolaknya bila diajak oleh pasangan. Ini antara cara anda boleh lakukan...

Hubungan seks adalah salah satu cara untuk merapatkan hubungan suami isteri. Dari hubungan intim ini, kalian boleh menyemarakkan rasa cinta pada pasangan, malah lebih mengenali mereka. 

Kebiasaannya, pasangan suami isteri akan melakukan hubungan seks normal iaitu dengan penetrasi dari vagina. Tapi bagaimana dengan seks anal atau seks luar tabii?

Ramai isteri terpaksa melakukan seks anal!

Menurut sebuah analisis yang telah dilakukan dalam jurnal perubatan Open, hampir 130 subjek kajian mengaku mereka “terpaksa” melakukan seks anal sepanjang perkahwinan mereka. 

Malah, pandangan tentang seks anal bagi pihak perempuan dan lelaki juga berbeza. Sesetengah kaum lelaki mengatakan seks anal lebih menyenangkan dari seks biasa.

Maka sebab itu, ramai para isteri yang dipaksa melakukan seks anal, hanya melakukannya kerana ingin menyenangkan hati pasangan mereka.

Hukum seks anal dalam Islam

Bagi pasangan suami isteri yang beragama Islam, hubungan seks anal, atau mendatangi isteri dari belakang (dari duburnya) adalah haram

Hal itu sendiri telah diterangkan melalui Abu Daud dan An Nasa’i yang telah meriwayatkan dari Rasulullah SAW bahwasanya beliau bersabda:

“Terlaknatlah siapa saja yang mendatangi perempuan di duburnya“

At Tirmidzy dan An Nasa’i juga meriyawatkan dari Ibnu Abbas r.a dari Rasulullah SAW bersabda,

“Allah tidak akan melihat kepada seseorang yang mendatangi laki-laki atau perempuan di duburnya.” 

Mendatangi isteri di dubur adalah bentuk liwat (sodomi) yang diharamkan kepada laki-laki dan perempuan semuanya. Malah, ini antara alasan munasabah kenapa seks luar tabii diharamkan:

Bagaimana ingin tolak seks anal jika pasangan ajak?

Oleh sebab pornografi menjadi satu-satunya bentuk “pendidikan seks” yang terbuka di Malaysia, maka anggapan pasangan suami isteri mungkin tidak realistik

Sebab itu ramai yang hanya “ingin mencuba” berbanding memikirkan sepenuhnya risiko melakukan hubungan intim dengan gaya ini. 

Apa yang pasti, ramai wanita tidak menikmati hubungan ini, namun risau untuk menolak ajakannya apabila dipaksa pasangan.

Berikut antara apa yang anda boleh lakukan untuk menolak ajakan hubungan seks luar tabii ini dari pasangan anda:

  1. Bersikap jujur namun tegas – katakan saja tidak dan anda tidak mahu mencubanya
  2. Cuba bersikap nakal dan mengalihkan perhatian ke vagina
  3. Katakan yang zakar suami terlalu besar – pujian ini akan membuatkan suami anda mengalih arah
  4. Tolak ajakan dengan memberi tawaran blowjob
  5. Katakan yang anda ada masalah sembelit, buasir atau masalah pencernaan. Seks anal adalah satu mimpi ngeri
  6. Bawa berbincang dengan pasangan
  7. Panjangkan isu ini ke Pejabat Agama. Jika keterlaluan, isteri berhak menuntut cerai

Adakah seks anal menyakitkan?

Amaran: Informasi ini disertakan untuk pembaca bukan Muslim yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang seks anal (atau seks luar tabii)

Menurut pakar, hubungan seks luar tabii ini boleh jadi menyakitkan jika individu tersebut tidak merelakskan badan mereka dengan betul. 

Ia juga boleh menyebabkan luka yang berkaitan dengan otot “kuncup” pada dubur wanita. Apa yang merisaukan ialah seks luar tabii ini mampu menyebarkan jangkitan STD!

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber rujukan: Artikel ini ditulis oleh Dr. Anay Bhalerao dan mendapat kebenaran theAsianparent Malaysia untuk diterjemah

Baca juga:

Seks Oral Kepada Suami Atau Isteri, Boleh atau Tidak?

Penulis

Ayu Idris