Apabila berbicara mengenai topik dalam kelambu, rata-rata pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga berasa amat malu sehingga sanggup memendam keinginan batinnya ketika di ranjang. Namun tahukah anda bahawa sex ganas dikatakan mampu menguatkan lagi hubungan suami isteri?
Bagi pasangan yang baru sahaja berkahwin, anda mungkin meminati gaya bercinta yang penuh romantis atau slow and steady. Lama-kelamaan keinginan ini menjadi semakin meningkat, malah anda mungkin perlukan aksi lebih hebat ketika bersama!
Baca juga: Gaya Seks Menentukan Berapa Banyak Kalori Hilang, Ajak Pasangan Cuba Malam Ini!
Apa itu sex ganas
Pasangan yang sudah berkahwin pasti biasa dengan aksi-aksi nakal di ranjang. Ada yang gemar cara romantik. Namun, ada juga yang gemar cara ganas!
Lebih-lebih lagi lelaki.
Tapi sebelum kita bincangkan kenapa ada sesetengah pasangan lebih menggemari seks ganas ala-ala filem Fifty Shades of Grey, ayuh selami apakah itu sex ganas terlebih dulu.
Hubungan intim dalam bentuk ganas atau BDSM (bondage, dominance, sadism and masochism) adalah sejenis aksi di ranjang yang melibatkan satu amalan dinamik.
Para pelaku seks ganas atau BDSM akan menggemari elemen disiplin, dominan, submisif dan perkara lain yang meningkatkan keupayaan diri mereka.
Oleh sebab itu, kadang-kadang, ia tak dapat diterima oleh semua pihak.
Mengapa ada pasangan yang suka sex ganas berbanding romantik?
Bagi masochist (orang yang gemar kesakitan dan keganasan dalam hubungan di ranjang), perbuatan seperti memukul dan menampar hingga lebam dikatakan boleh bikin mereka turn on.
Soalan ini mungkin boleh dijawab dari sudut sains. Badan manusia mempunyai reseptor kesakitan yang dipanggil nociception.
Nociception bertanggungjawab untuk memberi respon dan menghantar isyarat ke otak jika rangsangan kesakitan dirasai badan.
Terdapat 3 rangsangan kesakitan, iaitu:
- rangsangan kesakitan kimia (untuk melecur)
- rangsangan mekanikal (untuk kemalangan dan luka)
- rangsangan thermal (untuk kesakitan akibat sejuk dan panas)
Ketiga-tiga rangsangan ini boleh mengaktifkan nociception, dan menghantar signal ke otak.
Contohnya – anda terpegang cawan yang panas. Rangsangan thermal mengaktifkan nociception dan menghantar signal ke otak untuk mengalihkan tangan anda.
Ha, faham kan? Jadi, adakah ia sama dengan kesakitan yang dirasai ketika mencuba posisi seks ganas?
Fungsi kesakitan dan rangsangan yang menyeronokkan
Ya, sama!
Malah, kesakitan yang dirasai badan juga mampu merangsang pengeluaran hormon dalam badan.
Antara hormon yang mudah terangsang kerana kesakitan adalah endorfin, serotonin, melatonin, epinephrin dan norepinephrine.
Jadi, apabila anda merasai kesakitan, hormon ini akan bebas dan bertindak menjadi ubat tahan sakit. Lalu anda akan melawan kesakitan atau melarikan diri.
Dalam konteks hubungan sex ganas, hormon serotonin dan adrenalin akan lebih aktif apabila menerima kesakitan. Hormon ini yang menyebabkan anda turn on secara seksual sebenarnya!
Maksudnya di sini, jika rangsangan kesakitan diaktifkan dengan betul, hormon akan dilepaskan dan otak anda dapat tangkap rasa puas jadi anda seronok disakiti atau menyakiti!
Mengimbangi keinginan pasangan dan keinginan sendiri
Dalam melayari hubungan rumah tangga, anda dan pasangan harus bijak mengimbangi keinginan seksual masing-masing dalam mencuba pelbagai cara seks ganas.
Mungkin hari ini kalian boleh cuba role-play atau sesuatu yang lebih kinky kerana suami lebih menggemarinya (biasalah lelaki lebih nakal).
Esok lusa kalian boleh cuba cara romantik ala-ala pasangan yang baru berkahwin pula, betul tak?
Yang pasti, hubungan intim ini bukan berpaksikan sebelah pihak saja. Kedua-dua pihak harus bijak memuaskan antara satu sama lain.
Kalau tak rangsangan seksual, rangsangan secara oral juga boleh! Hehe
Maka sekarang selepas penerangan kami ini, harapnya anda fahamlah mengapa ada sesetengah pasangan lebih menggemari hubungan seks ganas berbanding secara romantik!
Sama-sama kita belajar, ya?
Sumber: Your Tango
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: 5 Posisi Seks Untuk Mendapatkan Anak Kembar Dengan Mudah & Terbukti Berkesan