Lepas Bersalin Takut Nak 'Bersama' Suami? Ini 5 Posisi Seks Yang Anda Boleh Cuba!

Selepas saja bersalin, antara perkara yang ramai ibu takut mengadakan seks selepas bersalin. Suami sudah pasti hanya menunggu saja, tetapi isteri?

Selepas saja bersalin, antara perkara yang ramai ibu takut adalah mengadakan hubungan seks bersama suami. Suami sudah pasti hanya menunggu saja, tetapi seks selepas bersalin memang antara menjadi ketakutan ibu.

Mana tidaknya, belum pun habis trauma melahirkan, sudah ada ‘tanggungjawab’ lain yang perlu difikirkan. Paling banyak tentulah takut luka akan terkoyakkan?

Rata-rata ibu bersalin akan hanya berani melakukan seks setelah tiga bulan bersalin. Tetapi ada juga yang berani melakukannya seawal sebulan selepas bersalin.

Fikirkan saja sudah mengilu, apatah lagi perlu melaluinya. Sakit selepas bersalin pun belum habis, perlu hadapi ‘sakit’ lain pula.

Seks selepas bersalin, jika betul caranya anda akan rasa nikmat

Mesti ramai pasangan yang tertanya-tanya bilakah waktu sesuai untuk mengadakan seks selepas bersalin? Ini antara perkara yang selalu menjadi persoalan di kalangan pasangan.

Menurut artikel yang dikongsikan portal eh.com, boleh kata pasangan suami isteri yang baru bergelar ibu bapa akan dibelenggu dengan persoalan bilakah waktu terbaik untuk melakukan hubungan intim sebaik melahirkan.

Rasa takut itu membuatkan ramai yang berjumpa doktor dan menantikan jawapan dari mereka adakah ia selamat untuk kembali melakukan hubungan intim kerana bimbang sakit dan sebagainya.

Seks tidak sepatutnya rasa sakit

Tidak kira sama anda sebagai wanita melahirkan secara normal atau C-section, pastinya alat sulit anda akan berubah. Mungkin ya ada rasa kurang selesa, tetapi seks tidak sepatutnya berasa sakit.

Hubungan seks yang tidak selesa dapat membawa ke iritasi vagina serta rahim, yang mana dapat menunjukkan simptom UTI, yang mana perkara terakhir yang wanita bergelar ibu mahukan.

Mungkin posisi seks kesukaan anda sebelum ini tidak akan merasa sama seperti sebelum melahirkan dan mungkin satu posisi yang anda tidak pernah cuba sebelum ini boleh jadi pilihan anda pula selepas ini.

Cuba 5 posisi ini, mana tahu anda tak takut lagi!

Letakkan dalam minda yang mana sesetengah wanita melihat seks selepas melahirkan adalah lebih menyeronokkan. Mungkin anda patut cuba posisi seks ini pula selepas melahirkan. Mana tahu ia yang terbaik buat anda dan pasangan. Try and error!

#1. Isteri berada di atas

Kredit foto: BadGirlBible

Posisi ini membolehkan wanita yang mengemudi perjalanan seks kalian kerana dengan cara ini wanita dapat mengawal kelajuan serta memastikan keselesaan diri.

Bagi wanita yang melalui proses melahirkan dengan C-section, posisi ini juga dapat membantu anda melindungi parut jahitan dari tertekan. Cuba menghadap suami atau membelakanginya untuk rasai keterujaan itu.

Posisi ini membuatkan wanita boleh mengawal rentak tusukan zakar ke dalam farajnya, jadi tidaklah terlalu fobia kan?

#2. Spooning

Menurut pakar terapi seks, Katy Zvolerin, Spooning adalah pilihan terbaik untuk wanita yang mahukan perjalanan seks yang perlahan dan mudah pada awalnya dan ramai wanita yang mengatakan posisi ini adalah yang paling selesa untuk mereka sesudah melahirkan.

Dengan posisi mengiring juga dapat menampung tekanan dari bahagian bawah belakang badan serta membantu mengelakkan dari terkena pada luka akibat C-section.

Ini mungkin posisi seks terbaik anda yang tidak pernah anda cuba sebelum ini kan? 

#3. Missionary

Jangan menafikan keselesaan posisi missionary. Jika anda melakukannya secara perlahan, anda akan dapat lihat di bahagian mana yang anda akan rasa yang terbaik dan tidak.

Meletakkan sebuah bantal di bahagian bawah belakang badan atau di bahagian punggung akan buatkan posisi ini jauh lebih selesa dek kerana kecondongan pinggul yang berlaku mungkin menarik parut bahagian C-section atau meletakkan tekanan pada bahagian bawah punggung.

#4. Di atas kerusi

Kadangkala mengadakan hubungan intim selain dari di atas katil dapat memberikan posisi yang menjamin keselesaan terutama sekali pabila pasangan duduk bersandar di kerusi dan anda sebagai isteri berada di atasnya, sekali lagi anda dapat mengawal perjalanan hubungan seks kalian.

Ia adalah amat penting untuk anda sentiasa meletakkan di minda yang mana perubahan pada hormon selepas bersalin boleh menyebabkan kekeringan faraj, jadi pelincir berasaskan air juga dapat membantu melancarkan sesi intim pasangan.

#5. Pasangan berdiri/melutut

Jika anda berbaring di bahagian sisi tepi katil, suami dapat berdiri dan memegang kaki anda ke atas. Dengan posisi ini ia membantu mengelakkan tekanan pada bahagian bawah belakang badan anda.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: eh.com

Baca juga:

Posisi Seks Wanita Hamil Boleh Cuba Yang Selamat Dan Selesa – Kembalikan Asmara Anda!

 

Penulis

Lala Annuar