Lepas Ada Anak, Ibu LEBIH Cepat Jatuh Sakit, Tapi Tetap Lagi Kuat Dari Suami - Kajian

Perasan tak anda lebih cepat jatuh sakit dan selalu demam lepas ada anak? Ha... ada sebab sebenarnya! Tapi, wanita lebih kuat dari lelaki walaupun demam!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi wanita yang telah berkahwin dan memiliki anak, perasan tak, anda lebih cepat jatuh sakit dan selalu demam berbanding ketika bujang dulu?

Hal ini ternyata dibuktikan sendiri oleh sains! Sains mendapati, anda lebih cepat jatuh sakit dan selalu demam lepas ada anak kerana virus dan bakteria yang dibawa anak tertular ke anda, ketika anda menjaga mereka.

Kajian ini disiarkan dalam Daily Mail, dan dilakukan pada hampir 2,000 orang dewasa. Hasil kajian menunjukkan para ibu akan mengalami selsema sebanyak 54 kali sejak ada anak!

Malah, ibu juga akan menderita sakit tekak dan hidung beringus sebanyak 108 kali dalam setahun. Ini tidak termasuk sakit perut!

Ibu Akan Selalu Demam Dan Jatuh Sakit Lepas Ada Anak

Kajian ini dilakukan oleh syarikat pembuat suplemen bernama Healthspan. Hampir 68% wanita yang menjadi subjek kajian cenderung jatuh sakit lepas ada anak

Bahkan, kebanyakan dari mereka hanya memiliki hampir 13 hari dalam sebulan di mana mereka betul-betul sihat. 

Selain itu, para ibu juga akan lebih cenderung dijangkiti kutu sekurang-kurangnya sekali setahun, akibat dijangkiti anak dari sekolah. 

Kesimpulannya, seorang ibu akan selalu demam dan akan jatuh sakit hampir 324 kali selama membesarkan anak-anak. 

Ibu Selalu Demam Lepas Ada Anak, Tapi Lebih Kuat Berbanding Ayah

Akan tetapi, jeng jeng jeng… Ini yang paling best – Daya tahan tubuh wanita jauh lebih kuat berbanding lelaki. Sebab itu walaupun selalu demam dan jatuh sakit, ibu masih dapat menguruskan rumah dan anak-anak.

Tubuh wanita seolah-olah diprogram untuk hanya menderita gejala-gejala yang tidak terlalu parah. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

36% ibu mengaku mereka masih menguruskan rumah dan anak-anak walaupun ketika sakit. Sedangkan, pasangan mereka akan berehat di kamar tidur sepanjang mereka demam. 

72% wanita juga percaya mereka cenderung lebih baik dalam menghadapi demam atau sakit berbanding pasangan mereka.

Kenapa Ibu Selalu Demam, Tapi Antibodi Lebih Kuat Berbanding Ayah?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dr. Meg Arrol, seorang pakar psikologi mendedahkan kenapa ia berlaku. 

“Hal ini biasanya terjadi kerana dorongan semula jadi untuk ibu memastikan kesihan anak. Selalunya, lelaki akan menjaga kesihatan sendiri untuk kekal sihat demi mencari wang buat keluarga. Tapi peranan wanita pula berbeza. Mereka ditugaskan untuk menjaga keluarga. Sebab itu mereka lebih selalu demam dan jatuh sakit.”

Pada tahun 2015, sebuah kajian yang dilakukan Universiti Kesihatan Johns Hopkins Bloomberg membuktikan bagaimana sel-sel wanita dan lelaki menghadapi virus atau bakteria dengan berbeza.

Mereka melakukan kajian makmal dengan menambah hormon pada sel hidung subjek kajian (lelaki dan perempuan) sebelum diberi sentuhan virus influenza.

Dalam sel hidung wanita, hormon estrogen dilihat telah meningkatkan antibodi wanita lalu mengelak jangkitan virus itu. Ia amat berbeza pada sel hidung lelaki!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kajian ini juga membuktikan 2/3 manusia akan cenderung jatuh sakit saat kita mengambil cuti kerja. Nampaknya, stress juga memberi kesan buruk pada sistem kekebalan tubuh!

Buat para ibu, kami di theAsianparent Malaysia “tabik spring” pada anda kerana anda tidak pernah culas untuk menjaga kesihatan anak-anak dan keluarga. 

Walaupun pelbagai tekanan dan cabaran dihadapi, anda tidak pernah berganjak atau mementingkan diri sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apapun, jangan lupa untuk menjaga kesihatan diri, agar anda lebih berdaya untuk melakukan yang terbaik buat keluarga tercinta.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Ehem, jangan lupa tag suami anda ya!

Artikel ini asalnya ditulis oleh Fitriyani dan mendapat kebenaran theAsianparent Indonesia untuk diterjemah

selalu demam, kerap demam setiap bulan, penyebab demam pada orang dewasa, kerap demam dan sakit badan, kerap demam malam, demam sakit badan, anak demam on off, punca kerap demam selsema, demam berulang pada orang dewasa

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

https://my.theasianparent.comisteri-selalu-marah/

Penulis

Ayu Idris