X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Sains jelaskan mengapa lelaki suka bermanja dan jadi 'baby' bila sakit

4 min bacaan
Sains jelaskan mengapa lelaki suka bermanja dan jadi 'baby' bila sakit

Pasti ramai para isteri setuju bila kita kata yang lelaki manja ketika sakit. Mereka ala-ala baby besar ketika ini. Mengapa ia terjadi? Sains ada menjelaskan.

Lelaki manja ketika sakit – rasanya, ada ramai para isteri yang bersetuju dengan perkara ini.

Bila lelaki jatuh sakit, mereka secara bertukar menjadi lelaki yang sensitif, suka mengadu, bermanja – ala-ala “baby”. Baby tua? 😛

Yang menariknya, hal ini sangat biasa dilihat sehinggakan di negara Barat, mereka menggelarkan penyakit selesema yang dihidapi oleh orang lelaki sebagai “man flu“.

Lelaki manja ketika sakit dan bila terkena man flu

Ia adalah situasi di mana seorang lelaki terkena demam selesema dan akan memperbesarkan rasa tidak sihat mereka.

Malah, ada satu kajian yang telah dibuat untuk melihat mengapa lelaki manja ketika sakit. Mereka tidak akan melakukan satu kerja pun dan hanya terbaring dan mahu dijaga seeloknya.

Sehinggakan apabila kita menjaga mereka ketika tidak sihat, ia saling tak tumpah seperti menjaga seorang anak kecil.

Sains jelaskan mengapa lelaki suka bermanja dan jadi baby bila sakit

Seorang saintis dari Kanada, Kyle Sue, dari Memorial University of Newfoundland berkata kajian tentang man flu adalah sesuatu yang peribadi.

Saya penat asyik dituduh sebagai suka membesar-besarkan rasa sakit. Saya pun mencari bukti yang ada untuk menunjukkan yang kaum lelaki memang mengalami simptom lebih teruk berbanding wanita apabila sakit.

1. Lelaki manja ketika sakit kerana tindak balas imun mereka adalah lebih lemah

Dalam laporan kajiannya yang disiarkan dalam BMJ, ia menulis orang lelaki bukanlah memperbesarkan rasa sakit mereka.

Tetapi, mereka sememangnya mempunyai tindak balas imun yang lebih lemah terhadap virus respiratori yang menyebabkan mereka sakit dan demam selesema.

Untuk membuktikan perkara ini, Sue mendapati satu kajian lagi yang membuktikan lelaki memang mempunyai risiko tinggi untuk dimasukkan ke dalam hospital apabila mereka jatuh sakit.

Malah, kadar kematian kerana influenza juga adalah lebih tinggi untuk lelaki berbanding wanita.

lelaki manja ketika sakit isteri jaga

Kredit: Twitter.com

2. Lelaki manja ketika sakit kerana badan mereka kurang responsif kepada vaksin berbanding wanita

Lagi satu sebab mengapa lelaki manja ketika sakit adalah disebabkan badan mereka sebenarnya mudah lemah apabila sakit jika dibandingkan dengan kaum wanita.

Kyle Sue turut menemui satu laporan kajian yang menunjukkan bagaimana wanita lebih responsif kepada vaksinasi berbanding orang lelaki.

Malah, dalam kes penyakit respiratori yang serius, mereka lebih mudah terdedah kepada komplikasi dan mempunyai kadar kematian yang tinggi!

Tambah Sue lagi, sikap suka bermanja lelaki ketika sakit juga disumbangkan oleh para doktor yang sering mengambil ringan simptom penyakit yang dialami oleh orang lelaki.

Umpama, tidak cukup kasih sayang – alkisahnya…

lelaki manja ketika sakit - penerangan sains

Kredit: Imgur.com

3. Lelaki manja ketika sakit kerana ia sebahagian daripada cara survival mereka

Tidak cukup dengan bukti sains daripada segi perubatan, Kyle Sue turut mengorek rahsia di sebalik kemanjaan lelaki ketika mereka tidak sihat.

Dia menerangkan ada banyak kajian yang membuktikan lelaki suka memperbesarkan rasa sakit mereka dan hanya duduk berehat (sambil bermanja) kerana ia adalah satu cara mereka untuk survive daripada pemangsa.

Ia menggalakkan penyimpanan tenaga dan mengurangkan risiko daripada terdedah kepada pemangsa (zaman dulu).

Dengan nada sarkastik, Kyle berkata:

Antara cara penyimpanan tenaga yang paling klasik adalah berbaring di katil, berehat di sofa, meminta bantuan isteri untuk menguruskan diri, dan ini semua membantu mereka mengelakkan diri daripada “pemangsa”.

Hmmm..siapa agaknya pemangsa yang dimaksudkan ketika zaman moden begini? Adakah ia merujuk kepada para isteri?

lelaki manja ketika sakit sains

Kredit: Twitter.com

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

Lelaki memang suka bermanja apabila tidak sihat

Dengan melihat fakta di atas, bolehlah kita fahami mengapa sebenarnya encik suami kita sangat ala-ala baby apabila mereka sakit.

Sistem badan mereka sememangnya berfungsi dengan cara berbeza, tidak seperti orang perempuan.

Maka ibu sekalian, marilah bertabah dan terus melayan mereka dengan penuh manja apabila mereka tidak sihat.

Moga-moga cepat hilang selesema, kebah demam, dan boleh membantu kita semula dalam segala urusan rumah tangga dan anak-anak.

Kalau kita mahu encik abang kita segera sembuh, kita juga boleh ikut saranan saintis ini, Kyle Sue.

“Mungkin, inilah masanya untuk kita mencipta sebuah ruang yang lengkap dengan TV besar dan kerusi sofa empuk yang boleh dibaringkan yang boleh menjadi tempat khas untuk kaum lelaki menjalani proses pemulihan dalam keadaan selamat dan selesa.”

😉

 

 

 

 

Sumber: BMJ.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Suami Take Note Ya! Ini 5 Perkara Yang Si Isteri Inginkan Daripada Anda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Sains jelaskan mengapa lelaki suka bermanja dan jadi 'baby' bila sakit
Kongsikan:
  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham