AWAS Dara Tiruan Laku Dijual Dalam Online, Jadi Pilihan Ramai Wanita Yang Bakal Berkahwin

Selaput dara tiruan yang dijual dalam beberapa laman e-dagang terkenal menjadi pilihan wanita bagi menutup kesalahan silam mereka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kemudahan untuk mendapatkan pelbagai barangan atau pembelian secara atas talian telah  membantu orang ramai memperoleh sesuatu melalui hujung jari sahaja. Kini ia menyediakan pelbagai keperluan sehingga ada yang menjual selaput dara tiruan kepada mereka memerlukan.

Percaya ataupun tidak, inilah realiti yang terjadi pada hari ini. Barangan seperti ini dijual secara berleluasa dengan harga bermula RM149 tanpa sebarang kawalan. Sesiapa sahaja boleh mendapatkannya dengan begitu mudah.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Jualan selaput dara tiruan dalam laman e-dagang
  • Penggunaan selaput dara tiruan mendatangkan risiko bahaya lain
  • Kesan penggunaan selaput dara tiruan terhadap kesihatan diri

Jualan selaput dara tiruan dalam laman e-dagang

Menurut laporan Kosmo, produk yang mendapat permintaan tinggi ketika ini di laman perniagaan e-dagang adalah selaput dara tiruan khas untuk golongan wanita yang bakal mendirikan rumah tangga.

Melalui tinjauan yang telah dibuat di beberapa laman e-dagang terkenal, ternyata jualan produk dara tiruan itu mempunyai permintaan dan produk itu sememangnya wujud.

Harga produk adalah berbeza mengikut jenama, ia dikatakan sekitar RM130 hingga RM200.

Difahamkan produk tersebut dipakai sewaktu malam pertama bagi pengantin baru. Rata-ratanya memilih dara tiruan ini adalah untuk menyembunyikan masalah kehilangan dara disebabkan oleh kesilapan lalu ataupun sebab-sebab tertentu.

Rata-rata orang ramai terkejut dengan penjualan produk tersebut. Malah ada yang meminta supaya pihak terbabit melakukan pemantauan terhadap pengedaran produk sedemikian ke dalam negara kita.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Produk seperti ini amat bahaya. Maknanya orang boleh sembunyikan kisah-kisah hitam mereka sebelum berkahwin.”

”Ia juga menggalakkan orang wanita melakukan dosa sebelum berkahwin. Mereka juga tidak lagi berasa risau tentang malam pertama dengan pasangan.” tulis seorang pengguna media sosial.

Penggunaan selaput dara tiruan mendatangkan risiko bahaya lain

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selaput dara tiruan adalah selaput dara palsu yang dicipta untuk kelihatan perawan semula. Ia biasanya diperbuat daripada bahan gelatin mengandungi darah tiruan supaya ketika wanita melakukan hubungan seksual, cecair merah akan pecah dan mengalir seperti darah.

Selaput dara tiruan ini dimasukkan ke dalam bahagian vagina wanita 15-20 minit sebelum melakukan hubungan seksual agar terlihat hubungan seksual ini adalah kali yang pertama kerana ia mengeluarkan darah.

Pengeluaran selaput dara tiruan ini telah menjadi kontroversi. Ramai menganggap bahawa selaput dara ini akan pecah ketika melakukan hubungan seksual.

Sedangkan menurut sains perubatan, tidak semua wanita mempunyai selaput dara utuh dan tidak semua selaput dara berdarah ketika kali pertama melakukan hubungan seks.

Kesan penggunaan dara tiruan terhadap kesihatan diri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Disebabkan oleh selaput dara tiruan ini belum diakui oleh mana-mana badan kesihatan, maka asal-usul pembuatan dan bahannya juga belum diketahui secara jelas. Bagi penjual produk ini, mereka mengatakan bahawa bahan yang digunakan adalah selulosa larut air (sejenis serat), albumin (sejenis protein) dan pewarna merah makanan.

Namun kebenarannya masih belum dapat dipastikan. Secara umumnya, segala penggunaan produk yang berkaitan vagina seharusnya diberikan perhatian dan lebih waspada. Hal ini kerana ia memiliki potensi besar untuk menyebabkan alergi, iritasi dan keradangan.

Jika bahan-bahan yang digunakan tercemar oleh bakteria berbahaya, kemungkinan untuk terjadinya jangkitan adalah sangat besar.

Bukan itu sahaja iritasi dan keradangan boleh terjadi kerana kawasan vagina wanita seperti bibir kemaluan atau leher rahim terdedah kepada kuman.

Kesimpulannya, jika anda sudah kehilangan dara disebabkan oleh perbuatan masa lalu, adalah lebih baik untuk jujur dengan pasangan dan segeralah bertaubat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Elakkan diri daripada menggunakan sebarang jenis produk seperti ini kerana tahap keselamatannya masih belum diyakini, malah mungkin mendedahkan diri anda dengan pelbagai masalah lain pada kemudian hari.

Yakinlah bahawa akan ada lelaki yang benar-benar ikhlas menerima anda seadanya. Tiada manusia yang sempurna, jika tersalah langkah segeralah kembali ke jalan yang benar.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Punggung Jatuh Atau Jalan Mengengkang Tanda Wanita Sudah Tiada Dara?

Baca juga: Antara Anak Dara Atau Janda, Mana Sesuai Dijadikan Isteri?- Ini Jawapan Menurut Islam

Baca juga: Kunci Perkahwinan Bahagia Ada Pada Suami, Ini Nasihat Berguna Dari Ustaz Don Daniyal

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan