Mengenai Pecah Dara & Selaput Dara Wanita - Lelaki, Anda WAJIB Baca Ini!

Informasi salah tentang selaput dara ini seringkali membuatkan seorang wanita rasa kurang yakin dengan diri sendiri. Sebenarnya ini adalah hanya mitos yang dicipta untuk menakut-nakutkan wanita terutamanya oleh kaum lelaki

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Salah satu mitos yang masih lagi dipercayai ramai ialah, semua wanita yang belum berkahwin atau tidak pernah melakukan hubungan kelamin masih belum pecah dara. Ini sebenarnya salah sama sekali!

Wanita yang telah pecah dara tidak semestinya bermakna mereka telah melakukan hubungan kelamin. Ada sesetengah wanita dilahirkan tanpa selaput dara, malah ada pula selaput dara mereka koyak kerana aktiviti harian.

Informasi salah tentang selaput dara ini seringkali membuatkan seorang wanita rasa kurang yakin dengan diri sendiri. Sebenarnya ini adalah hanya mitos yang dicipta untuk menakut-nakutkan wanita terutamanya oleh kaum lelaki! 

Tidak kira sama ada anda lelaki mahupun wanita, anda perlu belajar dan mempertingkatkan pengetahuan tentang anggota badan wanita. Malah, untuk pengetahuan anda, tidak semestinya wanita yang tidak keluar darah pada malam pertama mereka bermakna mereka tidak mempunyai dara. 

Lelaki juga perlu mengambil tahu tentang ini dan ubah pemikiran anda. Tidak semua wanita akan berdarah sewaktu pertama kali melakukan hubungan seksual. Ada sebab-sebab tertentu mengapa ini terjadi dan menuduh mereka telah melakukan hubungan seksual sebelum ini adalah salah sama sekali!

Apa Itu Selaput Dara dan Mengapa Wanita Yang Dikatakan Pecah Dara Dipandang Serong?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selaput dara adalah lapisan sel nipis yang menyelaputi saluran pembukaan vagina. Ia juga adalah sisa tisu yang terbentuk semasa perkembangan embrio. 

Ia biasanya hadir dalam bentuk cincin atau sabit di sekitar tepi bukaan vagina. Namun ramai yang masih tidak sedar bahawa selaput dara sebenarnya tidak mempunyai fungsi sama ada untuk tujuan perubatan mahupun fisiologi. 

Bagi sesetengah wanita, tisu ini tiada langsung pada mereka. Bagi wanita yang lain pula, ada membran yang melindungi pembukaan vagina mereka dan ini akan menganggu hubungan kelamin mahupun pemakaian tampon. Namun kes ini sangat jarang berlaku dan boleh dibuang melalui pembedahan.

Fakta Perlu Tahu Tentang Selaput Dara

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1) Selaput dara tidak semestinya pecah semasa kali pertama melakukan hubungan seks.

2) Selaput dara hanya tutup separuh sahaja pembukaan vagina.

3) Selaput dara tidak akan terkoyak atau pecah, tapi ia hanya teralih sedikit kerana teksturnya mudah lentur seperti lapisan getah. Dara wanita itu akan kembali ke tempat asal jika sudah lama tidak melakukan hubungan intim atau aktiviti lasak.

4) Darah yang keluar pertama kali semasa melakukan hubungan intim bukan disebabkan dara. Tapi, ia berdarah jika seks dilakukan terlalu kasar yang boleh meregangkan selaput dara wanita.

5) Ya, ada wanita yang dilahirkan tanpa selaput dara.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa itu Pecah Dara?

Seseorang wanita itu dikatakan kononnya sudah tidak mempunyai dara apabila dia tidak mengalami pendarahan selepas mengadakan hubungan kelaminnya yang pertama. 

Anda silap ya! Dara akan pecah atau terkoyak bukan hanya disebabkan melakukan hubungan seksual sahaja. Ia boleh pecah atau terkoyak andai wanita tersebut kerap melakukan aktiviti lasak seperti berlari, berbasikal, berkuda dan sebagainya.

Jadi, sangat tidak wajar jika meletakkan kesucian wanita itu berdasarkan selaput dara semata-mata kerana pecah dara tidak hanya membabitkan hubungan seksual semata-mata.

Punca Menyebabkan Pecah Dara

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada sesetengah wanita yang hilang selaput dara ketika melakukan aktiviti lasak seperti gimnastik, karate, taekwando dan sebagainya. Oleh itu, usah mudah terperdaya jika ada suara-suara sumbang mengatakan bahawa anda pecah dara kerana hubungan seksual sahaja. Ini salah sekali!

Malah selaput dara jugak tidak akan koyak atau pecah, ia hanya akan merenggang atau teralih sedikit kerana teksturnya secara semula jadi mudah lentur seperti lapisan getah. Untuk pengetahuan anda juga, pendarahan hanya berlaku ketika hubungan seksual sekiranya seks tersebut dilakukan secara kasar dan laju. Ini kerana apabila anda rasa cemas atau takut, saluran vagina menjadi sempit dan apabila dipaksa, darah akan keluar.

Tanda Pecah Dara

Bagaimana cara mengetahui dara sudah pecah? Antara tanda-tanda dara seseorang wanita itu telah pecah termasuklah:

  • Kecederaan pada dinding faraj
  • Kurang bersedia dan tidak relaks sebelum penetrasi
  • Cervicitis
  • Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)

Cara Pecah Dara

Ada yang mungkin belum tahu bagaimana pecah dara boleh berlaku.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila pertama kali mengadakan hubungan seks bersama pasangan, perempuan yang lahir dengan anatomi faraj normal akan mengalami dara pecah akibat tusukan atau dayungan zakar.

Ketika ini juga, mungkin akan berlaku pendarahan pada faraj semasa dan selepas berhubungan. Namun, keadaan ini juga berbeza bergantung pada wanita bahkan ada yang langsung tidak berdarah.

Bagaimapun, ia berbeza bagi setiap wanita kerana setiap wanita memiliki bentuk serta saiz selaput dara yang berbeza dan ini boleh jadi penentu sama ada darah yang keluar itu adalah sedikit, sederhana atau banyak.

Normalnya, darah yang keluar selepas hubungan seksual hanya sedikit seperti tompokan-tompokan kecil sahaja. Jika ia terlalu banyak pula, maka itu mungkin petanda faraj wanita ada mengalami luka akibat penetrasi zakar yang terlalu kuat, pantas dan ganas!

Keluar Darah Selepas Pecah Dara?

Adalah normal untuk wanita mengalami pendarahan selepas melakukan hubungan seks buat pertama kali. 

Seperti yang dinyatakan di atas tadi, ia bagaimanapun berbeza bagi setiap wanita. Bahkan, ada juga wanita yang tidak akan mengalami pendarahan walaupun selepas melakukan seks buat kali pertama.

Darah yang keluar selalunya berwarna merah pekat dan ia disebabkan oleh selaput dara yang terkoyak. Jika pendarahan berterusan, darah tersebut akan bertukar menjadi merah gelap dan kemudiannya berhenti dalam masa beberapa hari.

Kepercayaan Karut Mengenai Perbezaan Ada Dara dan Tiada Dara

Sehingga kini, terdapat banyak kepercayaan karut kononnya bagi menentukan seseorang wanita itu masih dara atau tidak. Antaranya adalah:

#1. Leher lebih anjal

Kononnya, wanita yang masih dara mempunyai leher yang lebih anjal dan bebas kedutan. Semua orang mempunyai garis halus pada kulit masing-masing. Ia tidak dapat menentukan sama ada seorang perempuan pecah dara atau belum.

#2. Dahi licin

Kelicinan dahi seseorang tidak ada kaitan dengan dara ya. Selalunya, wanita yang mempunyai dahi licin mempunyai kulit yang sihat secara semula jadi atau mengamalkan rutin skincare yang mantap setiap hari.

#3. Hidung merah

Gadis yang tidak suci dikatakan mempunyai hidung yang ‘kurang merah’. Agak mengarut ya bunyinya! 

Apa pun, semoga perkongsian ini membuka mata lebih ramai lelaki mahupun suami di luar sana untuk tidak meluru menuduh isteri tiada dara, semata-mata kerana selaput daranya tiada darah atau tidak “pecah” ketika kali pertama melakukan seks. 

Untuk wanita, sila bertenang dan jangan terlalu risau. Normal jika anda tidak mengalami sebarang pendarahan selepas pertama kali melakukan hubungan seks. Malah, faraj berdarah juga bukanlah tanda wanita mempunyai dara ataupun tidak.

Kadangkala, kawasan dalam vagina boleh terluka disebabkan seks yang kasar. Bukan itu sahaja, pendarahan faraj yang abnormal juga boleh berlaku disebabkan penyakit!

Ingat, tidak ada sesiapapun yang boleh menentukan sama ada wanita masih dara atau tidak hanya berdasarkan hubungan seks. Bahkan menurut pakar, hampir separuh wanita akan mengalami pendarahan ketika melakukan seks buat pertama kali, namun separuh lagi tidak akan mengalami sebarang pendarahan. Kedua-duanya adalah normal.

Semoga bermanfaat!

 

Sumber

Health Navigator (n.d). Does a broken hymen mean someone is not a virgin? www.healthnavigator.org.nz/health-a-z/h/hymens-and-virginity/

Teen Vogue (March 9, 2022). What is a Hymen? 9 Facts about Hymens and the Concept of Virginity. www.teenvogue.com/story/facts-about-hymen-and-virginity

Planned Parenthood (n.d). Virginity. www.plannedparenthood.org/learn/teens/sex/virginity
 
Health & Discovery (Feb 20,2020). The Hymen’s Tale: Myths and facts about the hymen. health.osu.edu/health/sexual-health/myths-and-facts-about-hymen

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Seluar Dalam Cepat Rosak Akibat Keputihan Dari Vagina? Ini Yang Anda Perlu Tahu!

Baca juga:Vagina Keluar Darah Selepas Seks Semasa Hamil, Adakah Ibu Alami Keguguran?

Baca juga: Vagina Kering Ketika Seks? Ini Tanda Isteri Perlukan Lebih Rangsangan & Waktu Foreplay!

Penulis

Anis Hanini