Jangkitan kuman GBS semasa mengandung boleh menyebabkan masalah serius seperti jangkitan pada bayi semasa kelahiran termasuk jangkitan otak dan paru-paru.
Apa Itu Group B Streptococcus
Group B Streptococcus (GBS) adalah sejenis bakteria yang biasanya terdapat dalam saluran pencernaan atau alat kelamin wanita secara normal, tanpa menyebabkan sebarang masalah.
Walau bagaimanapun, jika berlaku jangkitan kuman GBS semasa mengandung, ia boleh menyebabkan masalah serius seperti jangkitan pada bayi semasa kelahiran.
Jika bakteria GBS ada pada pintu rahim atau saluran kelahiran ibu, ia boleh dipindahkan kepada bayi semasa proses kelahiran.
Bayi yang terdedah kepada jangkitan ini berisiko untuk mengalami beberapa komplikasi serius, seperti jangkitan pada paru-paru (pneumonia), darah (sepsis) atau meningitis (jangkitan pada otak).
Apakah Punca Kuman GBS Semasa Mengandung?
Bakteria Group B Streptococcus adalah salah satu jenis bakteria yang sering dijumpai dalam tubuh manusia, terutamanya dalam usus dan saluran kemaluan, termasuk faraj.
Walaupun terdengar menakutkan, sebenarnya GBS adalah sesuatu yang biasa, dan kira-kira 1 daripada 4 wanita hamil mempunyai bakteria ini dalam badan mereka.
Paling menarik, ia adalah bakteria yang normal ada di dalam tubuh, dan biasanya tidak menyebabkan sebarang masalah. Ia bukanlah sesuatu yang anda boleh “jangkiti” melalui hubungan seksual atau makan makanan yang tercemar.
Bakteria ini mungkin ada dalam badan anda seketika, datang dan pergi, atau malah kekal di situ tanpa anda sedari! Jadi, jangan risau, ia bukanlah sesuatu yang luar biasa.
Biasanya, kita tidak akan tahu kita mempunyai GBS kerana ia tidak mendatangkan sebarang simptom atau kesakitan. Namun, dalam sesetengah kes, ia boleh menyebabkan jangkitan pada saluran kencing atau pundi kencing.
Namun, di sebalik segala normalnya GBS, ada satu perkara yang ibu-ibu hamil perlu beri perhatian. Jika bakteria ini ada pada saluran kelahiran dan bayi terdedah kepadanya semasa proses kelahiran, ada risiko bayi boleh dijangkiti.
Jangkitan ini boleh menyebabkan masalah serius seperti pneumonia (jangkitan paru-paru), meningitis (jangkitan pada otak), atau jangkitan darah yang dipanggil sepsis.
GBS tidak berbahaya kepada orang dewasa yang sihat, tetapi bagi mereka yang lebih berusia atau mempunyai masalah kesihatan kronik, GBS boleh menyebabkan jangkitan yang lebih serius.
Oleh itu, bagi ibu hamil, penting untuk menjalani ujian GBS dan mendapatkan rawatan yang tepat untuk memastikan kesihatan ibu dan bayi kekal terjamin.
Simptom Group B Streptococcus
Antara simptom jangkitan GBS adalah:
Walaupun tak semua bayi yang terdedah kepada GBS akan dijangkiti, masih ada kemungkinan kecil bayi boleh terkesan oleh bakteria ni.
Jika anda seorang ibu yang membawa GBS, ada beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko bayi terkena jangkitan semasa proses kelahiran. Antara faktor-faktor tersebut ialah:
- Ibu membawa GBS dalam tubuh
- Bayi dilahirkan lebih awal (kurang dari 37 minggu)
- Air ketuban pecah lebih dari 18 jam sebelum bersalin
- Ibu ada jangkitan pada tisu plasenta atau cecair amniotik (chorioamnionitis)
- GBS dikesan dalam urin ibu, sama ada semasa kehamilan sekarang atau sebelumnya
- Suhu badan ibu melebihi 38°C semasa bersalin
- Ibu pernah melahirkan bayi yang dijangkiti GBS sebelum ini
Bagi individu dewasa pula, ada beberapa keadaan yang boleh meningkatkan risiko untuk dijangkiti GBS. Antaranya:
- Mempunyai masalah kesihatan yang menjejaskan sistem imun, seperti diabetes, HIV, kanser, atau penyakit hati
- Berusia 65 tahun ke atas dan tinggal di rumah jagaan
Rawatan Kuman GBS
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!