X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ikut Ibu Beli Barang Dapur, Bayi Demam & Muntah-Muntah Akibat Jangkitan Mycoplasma Pneumonia

6 min bacaan
Ikut Ibu Beli Barang Dapur, Bayi Demam & Muntah-Muntah Akibat Jangkitan Mycoplasma Pneumonia

Siapa sangka rutin harian yang nampak biasa ini boleh membawa risiko kesihatan yang tidak diduga pada anak masih kecil

Seorang ibu berkongsi pengalaman mendebarkan apabila anaknya tiba-tiba jatuh sakit dengan demam panas dan muntah-muntah selepas pulang beli barang dapur.

Rupa-rupanya, si kecil ini dijangkiti Mycoplasma Pneumonia, sejenis bakteria yang sering menyerang saluran pernafasan.

Isi Kandungan

  • Anak Dijangkiti Mycoplasma Pneumonia
  • Sangka Hanya Gigitan Serangga 
  • Ujian Darah Mendapati Jangkitan Mycoplasma Pneumonia
  • Elakkan Bawa Anak Kecil Keluar
  • Sentiasa Pantau Anak-Anak
  • Apa Itu Mycoplasma Pneumonia
  • Penyebaran Mycoplasma pneumonia
  • Gejala Mycoplasma Pneumonia
  • Komplikasi Mycoplasma Pneumonia
  • Cara Mencegah Mycoplasma Pneumonia 

Anak Dijangkiti Mycoplasma Pneumonia

Perkongsian seorang ibu, Fara Azimie telah mendapat perhatian ramai di Facebook apabila dia menceritakan pengalaman anaknya jatuh sakit selepas keluar bersama untuk membeli barang dapur.

Mycoplasma Pneumonia!

Para ibu, tolonglah berwaspada dengan kuman ini. Ceritanya begini, semalam Aisyah tidur dengan lena seperti biasa dan bangun pagi dalam keadaan normal.

Namun, menjelang tengah hari, suhu badan Aisyah meningkat kepada 38°C. Fara terus membawa Aisyah ke klinik. Cuma, seperti yang kita tahu, klinik tidak setepat hospital dalam memberikan diagnosis.

jangkitan Mycoplasma pneumonia, bayi Mycoplasma pneumonia, apa itu Mycoplasma pneumonia

Sangka Hanya Gigitan Serangga 

Fara pada mulanya menyangka Aisyah hanya terkena gigitan serangga kerana keputusan ujian darah di klinik menunjukkan semuanya baik-baik sahaja. Tetapi, suami Fara mencadangkan untuk membawa Aisyah ke hospital kerana klinik tidak melakukan pemeriksaan yang lebih terperinci.

Jadi, pada jam 3.30 petang, Fara segera pecut bawa Aisyah ke hospital setelah berbincang melalui WhatsApp dengan doktor Aisyah mengenai ruam yang muncul. Doktor menyarankan agar terus ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

jangkitan Mycoplasma pneumonia, bayi Mycoplasma pneumonia, apa itu Mycoplasma pneumonia

Ujian Darah Mendapati Jangkitan Mycoplasma Pneumonia

Allahu, nasib baik Fara bertindak pantas. Setelah ujian darah dilakukan dan keputusan terperinci diperoleh, Aisyah disahkan dijangkiti Mycoplasma Pneumonia.

Doktor memaklumkan bahawa kuman ini memang kuat, terutama ketika musim-musim tertentu. Ia merebak melalui individu yang batuk, dan kemungkinan besar Aisyah terkena jangkitan apabila memegang permukaan yang tercemar, lalu kuman tersebut masuk ke dalam saluran darahnya.

Jangkitan Mycoplasma Pneumonia ini biasanya menunjukkan simptom seperti suhu badan tinggi, ruam, batuk, selesema, muntah, dan cirit-birit. Oleh itu, Fara ingin berpesan kepada orang dewasa yang mampu berfikir, tolonglah pakai pelitup muka jika anda mengalami batuk atau tidak sihat. Jangan pentingkan diri sendiri!

Elakkan Bawa Anak Kecil Keluar

Kepada para ibu seperti Fara, lebih baik kita elakkan membawa anak kecil keluar membeli barang dapur atau ke tempat awam. Beberapa hari sebelum ini, Fara membawa Aisyah membeli barang dapur, dan memang terdapat orang yang batuk di sana.

Sebagai orang dewasa, kita boleh memakai pelitup muka, tetapi bayi seperti Aisyah tidak boleh. Pada masa itu, Fara tidak mempunyai pilihan lain kerana tiada siapa yang boleh menjaga Aisyah di rumah.

Jadi, tolonglah berhati-hati semua. Bukan hanya bayi yang boleh dijangkiti, tetapi kita semua juga. Anda boleh mencari maklumat lebih lanjut mengenai kuman Mycoplasma Pneumonia.

Sentiasa Pantau Anak-Anak

Pantau anak-anak anda tidak kira berapa umur mereka. Jika demam dengan suhu tinggi dan menunjukkan simptom seperti yang Fara nyatakan, terus bawa ke hospital tanpa berlengah.

Untuk makluman, Fara dan suami memang sangat teliti tentang kebersihan anak. Setiap kali keluar, mereka memakai pelitup muka dan menggunakan pembersih tangan.

Namun, kita faham bahawa kuman dari batuk boleh tersebar jauh, dan bayi pula gemar memegang barang-barang yang mungkin ada kuman.

jangkitan Mycoplasma pneumonia, bayi Mycoplasma pneumonia, apa itu Mycoplasma pneumonia

Apa Itu Mycoplasma Pneumonia

Mycoplasma pneumonia adalah sejenis bakteria yang boleh menyebabkan pelbagai gejala, termasuk batuk kering, demam, dan sesak nafas ringan ketika melakukan aktiviti.

Bakteria Mycoplasma pneumonia adalah salah satu patogen manusia yang paling dikenali, dengan lebih daripada 200 spesies yang diketahui.

Kebanyakan individu yang mengalami jangkitan pernafasan akibat Mycoplasma pneumoniae tidak menghidap pneumonia. Oleh itu, ia dikenali sebagai pneumonia atipikal dan kadangkala disebut sebagai “walking pneumonia”.

Penyebaran Mycoplasma pneumonia

Bakteria ini merebak dengan cepat melalui sentuhan dengan cecair pernafasan di kawasan yang sesak, seperti sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak.

Apabila seseorang batuk atau bersin, titisan yang mengandungi bakteria Mycoplasma Pneumonia dilepaskan ke udara, dan orang lain di sekitarnya boleh menyedut bakteria tersebut dengan mudah.

Setelah berada dalam tubuh, bakteria ini boleh melekat pada tisu paru-paru dan membiak sehingga jangkitan penuh berkembang.

Gejala Mycoplasma Pneumonia

Gejala Mycoplasma Pneumonia boleh muncul dalam tempoh 1 hingga 4 minggu selepas seseorang terdedah kepada bakteria dan boleh bertahan selama beberapa minggu.

Sesetengah individu yang dijangkiti mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala. Berikut tanda jangkitan Mycoplasma Pneumonia pada anak berusia bawah 5 tahun:

  • Cirit-birit
  • Bersin
  • Sakit tekak
  • Hidung tersumbat atau berair
  • Muntah
  • Mata berair
  • Berdehit

Komplikasi Mycoplasma Pneumonia

Walaupun jarang berlaku, komplikasi serius boleh muncul dan memerlukan rawatan di hospital. Jangkitan Mycoplasma Pneumonia boleh menyebabkan keadaan berikut:

  • Serangan asma atau gejala asma baharu
  • Ensefalitis (bengkak pada otak)
  • Anemia hemolitik (kekurangan sel darah merah untuk menghantar oksigen)
  • Disfungsi buah pinggang
  • Pneumonia serius
  • Gangguan kulit seperti sindrom Stevens-Johnson (SJS) atau ruam dan mukositis akibat mycoplasma (MIRM)

Cara Mencegah Mycoplasma Pneumonia 

Mencegah Mycoplasma pneumonia pada kanak-kanak memerlukan langkah-langkah untuk mengurangkan pendedahan kepada bakteria serta menggalakkan amalan kebersihan dan kesihatan yang baik. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil:

1. Amalkan Kebersihan Yang Baik

Ajar anak-anak mencuci tangan dengan sabun dan air selama sekurang-kurangnya 20 saat, terutama selepas batuk, bersin, atau menyentuh permukaan yang dikongsi.

Selain itu, ajarkan anak menutup mulut dan hidung dengan tisu atau siku ketika batuk atau bersin. Pastikan tisu dibuang dengan betul.

2. Elakkan Tempat Sesak

Kurangkan masa berada di kawasan sesak seperti sekolah, pusat beli-belah, atau taman permainan semasa wabak penyakit pernafasan berlaku.

3. Tingkatkan Sistem Imun

Berikan si manja diet yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, dan protein tanpa lemak. Selain itu pastikan anak mendapat tidur yang mencukupi mengikut usia mereka.

4. Jangan Hantar Anak Yang Sakit ke Sekolah

Jika anak menunjukkan gejala penyakit pernafasan, biarkan mereka berehat di rumah untuk mengelakkan penyebaran bakteria kepada orang lain.

5. Bersihkan Permukaan Yang Sering Disentuh

Bersihkan dan nyahkuman permukaan yang kerap disentuh seperti mainan, tombol pintu, dan meja untuk mengurangkan penyebaran bakteria.

6. Elakkan Asap Rokok

Pendedahan kepada asap rokok boleh melemahkan sistem pernafasan dan meningkatkan risiko jangkitan seperti Mycoplasma pneumonia.

Fara Azimi, CDC, Healthline

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Baca juga: Selain Demam, Ini Tanda-Tanda Pneumonia Pada Anak Kecil Perlu Ibu Ayah Waspada

Baca juga: AMARAN! Bronkopneumonia mudah menyerang anak 2 tahun ke bawah

Baca juga:  Ibu Ini Dakwa Anaknya Dapat Pneumonia Kerana Tidur Bawah Kipas!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kisah Benar Keibubapaan
  • /
  • Ikut Ibu Beli Barang Dapur, Bayi Demam & Muntah-Muntah Akibat Jangkitan Mycoplasma Pneumonia
Kongsikan:
  • Ibu Dedah Cara Wean Off Anak Tanpa Emosi, Syukur Berjaya Menyusu Bayi Dari Lahir Hingga 2 Tahun

    Ibu Dedah Cara Wean Off Anak Tanpa Emosi, Syukur Berjaya Menyusu Bayi Dari Lahir Hingga 2 Tahun

  • Pengalaman Pesakit Kanser Payudara, Tabah Jalani 6 Kali Kemoterapi & 15 Sesi Radioterapi Demi Anak-Anak

    Pengalaman Pesakit Kanser Payudara, Tabah Jalani 6 Kali Kemoterapi & 15 Sesi Radioterapi Demi Anak-Anak

  • Bayi & Anak Kecil 'Behave' Travel Luar Negara, Ibu Ini Kongsi Tips & Persediaan Agar Perjalanan Lancar

    Bayi & Anak Kecil 'Behave' Travel Luar Negara, Ibu Ini Kongsi Tips & Persediaan Agar Perjalanan Lancar

  • Ibu Dedah Cara Wean Off Anak Tanpa Emosi, Syukur Berjaya Menyusu Bayi Dari Lahir Hingga 2 Tahun

    Ibu Dedah Cara Wean Off Anak Tanpa Emosi, Syukur Berjaya Menyusu Bayi Dari Lahir Hingga 2 Tahun

  • Pengalaman Pesakit Kanser Payudara, Tabah Jalani 6 Kali Kemoterapi & 15 Sesi Radioterapi Demi Anak-Anak

    Pengalaman Pesakit Kanser Payudara, Tabah Jalani 6 Kali Kemoterapi & 15 Sesi Radioterapi Demi Anak-Anak

  • Bayi & Anak Kecil 'Behave' Travel Luar Negara, Ibu Ini Kongsi Tips & Persediaan Agar Perjalanan Lancar

    Bayi & Anak Kecil 'Behave' Travel Luar Negara, Ibu Ini Kongsi Tips & Persediaan Agar Perjalanan Lancar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham