TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Pengalaman Berhenti Kerja Untuk Jaga Anak, Wanita Ini Kongsi Realiti & Risiko Dihadapi Bukan Mudah

4 min bacaan
Pengalaman Berhenti Kerja Untuk Jaga Anak, Wanita Ini Kongsi Realiti & Risiko Dihadapi Bukan Mudah

Pengalaman berhenti kerja untuk jaga anak bukanlah suatu perkara yang mudah. Ia boleh dianggap sebagai pengorbanan terbesar buat keluarga

Pengalaman berhenti kerja untuk jaga anak mungkin sedikit mencabar bagi mana-mana wanita kerana ia memerlukan pertimbangan mendalam. Ia melibatkan perubahan gaya hidup, kestabilan kewangan, dan pelbagai cabaran yang memerlukan persediaan rapi.

Bagi sesetengah ibu, keinginan untuk lebih dekat dengan anak-anak serta memberikan perhatian penuh kepada mereka sering menjadi sebab utama membuat keputusan ini. Namun, ada beberapa perkara yang perlu difikirkan dengan teliti sebelum melangkah ke arah ini.

Isi Kandungan

  • Pengalaman Berhenti Kerja Untuk Jaga Anak
  • Mula Belajar Kemahiran Baru
  • Perubahan Setelah Berhenti Kerja
  • Penerimaan Orang Sekeliling
  • Cabaran Yang Dihadapi Selepas Berhenti Kerja
  • Tips Sebelum Buat Keputusan Berhenti Kerja

Pengalaman Berhenti Kerja Untuk Jaga Anak

Seorang ibu kepada empat orang anak yang dikenali sebagai Hani Mikael berkongsikan pengalaman berhenti kerja untuk jaga anak selepas kehilangan suami pertamanya kerana berasa risau untuk meninggalkan mereka pada pengasuh.

Pada tahun 2017, saya membuat keputusan besar untuk berhenti kerja dalam sektor kerajaan demi menjaga anak-anak saya selepas kehilangan suami.

Hidup saya berubah secara total, dan saya berdepan dengan banyak cabaran, baik dari segi emosi mahupun kewangan. Pada waktu itu, saya mengambil cuti tanpa gaji selama lapan bulan untuk menilai kemampuan saya menguruskan kehidupan tanpa pendapatan tetap.

Sepanjang tempoh tersebut, saya menggunakan semua simpanan yang ada untuk melangsaikan hutang. Namun, saya mula menyedari bahawa simpanan ini tidak akan bertahan lama.

Mula Belajar Kemahiran Baru

Pada mulanya, saya cuba bisnes t-shirt printing, tetapi mendapati perlu belajar menjahit kerana kadang-kadang saya hanya perlukan satu helai t-shirt sebagai sampel, sedangkan tukang jahit menetapkan jumlah minimum yang tinggi.

Itulah sebabnya saya mula belajar kemahiran baru menjahit t-shirt pada pertengahan tahun 2018. Pada mulanya, saya langsung tiada kemahiran menjahit, dan saya merosakkan hampir 80 kilogram kain tanpa hasil yang memuaskan.

Setiap kali berputus asa, saya teringatkan anak-anak dan arwah suami, memeluk mereka dan menangis sebelum bangkit semula untuk mencuba lagi.

Selepas bertahun-tahun berusaha, akhirnya saya berjaya. Kini, pada tahun 2024, saya menjalankan bisnes kecil-kecilan menjahit t-shirt kanak-kanak secara dalam talian.

Saya tidak bercadang untuk membuka kedai kerana belum bersedia untuk komitmen yang lebih besar. Dengan pendapatan antara RM5,000 hingga RM10,000 sebulan, saya rasa itu sudah cukup bagi saya, terutamanya kerana saya sedang mengandung 30 minggu dan mempunyai anak-anak masih kecil.

Perubahan Setelah Berhenti Kerja

  • Waktu rehat semakin berkurangan. Bekerja sendiri jauh berbeza daripada pekerjaan di sektor kerajaan; lebih banyak usaha, lebih tinggi pendapatan.
  • Saya menjadi lebih bersemangat mengejar matlamat walaupun kurang rehat, kerana kini saya boleh menyesuaikan waktu bekerja dengan keperluan anak-anak.

Penerimaan Orang Sekeliling

Ayah saya kurang bersetuju dengan keputusan ini, memandangkan saya memilih untuk berhenti kerja setelah kehilangan suami. Bagi beliau, ia bukan keputusan yang tepat untuk seorang balu.

Namun, ibu saya memberikan sokongan penuh, berpegang kepada rezeki milik Allah. Keluarga arwah suami saya menerima keputusan ini dengan baik, asalkan anak-anak arwah terjaga. Rakan-rakan terdekat sangat menyokong, malah ada yang membantu memberikan idea reka bentuk baju dan membeli produk saya.

Cabaran Yang Dihadapi Selepas Berhenti Kerja

Saya terpaksa mengurangkan waktu tidur, kadang-kadang hanya tidur dua hingga tiga jam sehari. Masa selebihnya digunakan untuk belajar melalui video perniagaan di YouTube.

Saya belajar membahagikan masa antara menjaga anak dan belajar menjahit serta menguruskan perniagaan. Ada masanya, saya berlatih menjahit pada waktu awal pagi, ketika anak-anak sedang tidur.

Tips Sebelum Buat Keputusan Berhenti Kerja

  1. Pastikan anda mempunyai simpanan mencukupi sekurang-kurangnya untuk enam bulan perbelanjaan, termasuk hutang dan keperluan harian.
  2. Pastikan pendapatan baru dari perniagaan anda hampir sama atau lebih baik daripada pekerjaan sebelumnya.
  3. Lakukan sesuatu yang anda minat, kerana minat akan membuatkan anda terus berusaha tanpa rasa jemu walaupun menghadapi kesukaran.
  4. Jangan berhenti kerja untuk menyertai pelaburan atau perniagaan yang anda tidak faham sepenuhnya.
  5. Belajar dan tingkatkan kemahiran perniagaan sebelum membuat keputusan besar. Jika boleh, kurangkan kebergantungan kepada pembekal dengan menghasilkan produk sendiri.
  6. Paling penting, mesti ada perasaan nekad untuk berjaya, dengan sikap “ride or die!”

Inilah kisah perjalanan saya, dan harapan saya, ia boleh menjadi inspirasi bagi mereka yang sedang mempertimbangkan keputusan berhenti kerja untuk jaga anak.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kisah Benar Keibubapaan
  • /
  • Pengalaman Berhenti Kerja Untuk Jaga Anak, Wanita Ini Kongsi Realiti & Risiko Dihadapi Bukan Mudah
Kongsikan:
  • Anak Terkulai Kaku & Kebiruan Di Pangkuan Bapa Ketika Majlis Hari Lahir, Tertelan Belon Yang Belum Ditiup

    Anak Terkulai Kaku & Kebiruan Di Pangkuan Bapa Ketika Majlis Hari Lahir, Tertelan Belon Yang Belum Ditiup

  • Ibu Dedah Cara Wean Off Anak Tanpa Emosi, Syukur Berjaya Menyusu Bayi Dari Lahir Hingga 2 Tahun

    Ibu Dedah Cara Wean Off Anak Tanpa Emosi, Syukur Berjaya Menyusu Bayi Dari Lahir Hingga 2 Tahun

  • Ikut Ibu Beli Barang Dapur, Bayi Demam & Muntah-Muntah Akibat Jangkitan Mycoplasma Pneumonia

    Ikut Ibu Beli Barang Dapur, Bayi Demam & Muntah-Muntah Akibat Jangkitan Mycoplasma Pneumonia

  • Anak Terkulai Kaku & Kebiruan Di Pangkuan Bapa Ketika Majlis Hari Lahir, Tertelan Belon Yang Belum Ditiup

    Anak Terkulai Kaku & Kebiruan Di Pangkuan Bapa Ketika Majlis Hari Lahir, Tertelan Belon Yang Belum Ditiup

  • Ibu Dedah Cara Wean Off Anak Tanpa Emosi, Syukur Berjaya Menyusu Bayi Dari Lahir Hingga 2 Tahun

    Ibu Dedah Cara Wean Off Anak Tanpa Emosi, Syukur Berjaya Menyusu Bayi Dari Lahir Hingga 2 Tahun

  • Ikut Ibu Beli Barang Dapur, Bayi Demam & Muntah-Muntah Akibat Jangkitan Mycoplasma Pneumonia

    Ikut Ibu Beli Barang Dapur, Bayi Demam & Muntah-Muntah Akibat Jangkitan Mycoplasma Pneumonia

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham