TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Anak Terkulai Kaku & Kebiruan Di Pangkuan Bapa Ketika Majlis Hari Lahir, Tertelan Belon Yang Belum Ditiup

4 min bacaan
Anak Terkulai Kaku & Kebiruan Di Pangkuan Bapa Ketika Majlis Hari Lahir, Tertelan Belon Yang Belum Ditiup

Gelak tawa bertukar tangisan. Seorang anak rebah kaku di pangkuan ketika majlis hari lahir, hanya kerana belon yang kelihatan tidak berbahaya

Artikel ini telah diolah & diterbitkan dengan kebenaran dari sumber asal.

Majlis hari lahir sepatutnya menjadi hari paling menggembirakan buat sebuah keluarga. Gelak tawa, nyanyian ulang tahun, kek berwarna-warni, dan hiasan belon yang meriah, semuanya dirancang rapi demi mencipta kenangan terindah. Namun siapa sangka dalam sekelip mata, suasana itu boleh bertukar menjadi detik paling menakutkan dalam hidup seorang ibu dan ayah.

Bahaya Belon Pada Anak Kecil

Begitulah yang dihadapi oleh Nurul Huda Zulkhairi apabila dia hampir kehilangan anak lelakinya gara-gara sebiji belon yang belum ditiupkan.

belon hari jadi, anak tertelan belon ketika majlis hari lahir, belon hari lahir, bahaya belon

Berikut perkongsiannya menerusi Facebook:

Sambutan hari lahir yang saya dan suami buat pada 20 Mei 2025 yang sepatutnya menjadi hari paling gembira buat anak saya berubah menjadi detik bersejarah dalam hidup kami apabila saya hampir kehilangan anak saya hanya kerana sebiji belon yang belum ditiupkan lagi.

Sempena meraikan hari lahir anak saya, saya menjemput kesemua kawan baik/cikgu dari zaman tadika hingga lah sekolah rendah. Anakanda saya sangat happy time ni sebab kawan baik dia dari zaman tadika masa kami duduk di Bertam pun turut hadir. Mama dan baba buat semua ni untuk gembirakan awak, sayang mama.

Anak Bermain Dan Berlari Dengan Kawan Baik

Ketika saya dan suami sedang asyik melayan tetamu yang hadir, anak saya sedang bermain berlari-lari dengan kawan baiknya. Sebelum kejadian anak saya sempat duduk di meja saya sambil minum air yang dia campurkan perisa dari dua perisa jadi satu perisa. “mama nak rasa tak, uwais campur dua air ni”. Saya pun ambil la minum dan cakap “haah laa abg, sedap lah.”

Lepas dia dah habis minum dengan kawannya dimeja saya, mereka pun berlalu pergi dan sambung bermain lari-lari didalam rumah. Saya pun kembali borak dengan kawan2 kerja saya dulu dan baru nak makan nasi kerabu. Baru nak menjamah makanan yang ada sebab tetamu terlalu ramai sebelum itu.

Ingatkan Serangan Asma

Sebelum kejadian, adik ipar saya (Zahidah) ada maklumkan dekat abgnya “Uwais macam semput tu”. Suami saya pun cakap sekejab nak mengambil pum gas yg mmg kita dah standby since dulu Uwais selalu kena serangan Asthma dulu.

Tiba-tiba keadaan kembali tegang apabila adik ipar saya (Nabil) berlari bawa anak saya dekat suami saya dengan keadaan anak saya biru ketika itu. Jantung dah berhenti.

Jantung Dah Berhenti Dan Muka Uwais Jadi Biru

belon hari jadi, anak tertelan belon ketika majlis hari lahir, belon hari lahir, bahaya belon

Suami dan kawannya buat beberapa prosedur. Mereka ingat anak saya mungkin tersedak makanan. Namun setelah cuba CPR dan gunakan satu teknik apa yang saya tak ingat nama utk keluarkan makanan masih lagi gagal.

Tanpa lengah masa, suami saya cakap dekat kawan, dah jom ke Hospital skrg. Masa ni suami saya cakap 50-50 untuk survice sebab jantung dia dah stop. Muka Uwais jadi biru.

Kawan suami saya Dr Rafiq dengan pantas membawa kereta sangat laju ketika ini, dan sambil bagi arahan dkt suami saya kena buat apa. Time ni suami saya dah blur, nak kena buat apa. Anaknya terkulai kaku kebiruan atas riba ayahnya.
Ayahnya terus buat CPR, untuk bagi darah mengalir juga keseluruh badan. Dengan harapan darah terus mengalir hingga ke otak.

Last option ayahnya terpaksa blowing mulut anaknya sendiri untuk bagi bantuan pernafasan. Bila sampai dihospital, semua doktor dan nurse bertungkus lumus untuk selamatkan anak saya.

Ada Belon Dalam Saluran Pernafasan

belon hari jadi, anak tertelan belon ketika majlis hari lahir, belon hari lahir, bahaya belon

Ketika mereka ingin melakukan proses intubate, mereka nampak ada belon di dalam saluran pernafasan anak saya. Dr cepat2 keluarkan belon tersebut dan terus lakukan CPR, alhamdulilah nyawa anak saya Allah pulangkan kembali.

Terima kasih kepada team ED Hosp kulim yang begitu pantas attend anak saya. terima kasih juga kepada team PICU Hosp Sultanah Bahiyah yang begitu teliliti merawat uwais.

Rupanya Anak Bergurau Masukkan Belon Dalam Mulut

Segalanya berlaku begitu pantas. Rupanya Uwais bergurau dengan kawan baiknya, memasukkan belon ke dalam mulut dan sambil berlari-lari dan mungkin anak saya tersedak lalu tercekik.

Kisah ini saya kongsikan sebagai peringatan buat semua ibu bapa. Perkara kecil yang kita anggap remeh seperti sebiji belon, boleh menjadi punca musibah besar jika tidak diawasi. Jangan ambil mudah, kerana saya sendiri hampir kehilangan anak saya.

belon hari jadi, anak tertelan belon ketika majlis hari lahir, belon hari lahir, bahaya belon

Doakan Agar Uwais Terus Kuat Dan Kembali Pulih

Update keadaan uwais 22/5/2025: Masih dalam bantuan pernafasan dan direhatkan.

Doktor cakap HB 7.9 , jadi tambah darah dua beg, paru paru ada kesan pendarahan sikit mungkin kesan cpr. Buat masa sekarang tekanan darah, nadi , oksigen semua okay dan stabil. Masih dalam fasa rehatkan otak.

belon hari jadi, anak tertelan belon ketika majlis hari lahir, belon hari lahir, bahaya belon

Doakan Uwais terus kuat. Doakan dia kembali pulih sepenuhnya. Dan terima kasih kepada semua yang tak henti-henti menghulurkan doa dan sokongan.

Kerana sebiji belon, saya hampir kehilangan anak. Tetapi kerana kasih sayang, doa dan harapan. Mama percaya Uwais akan kembali tersenyum seperti dulu. Mama tunggu abang tau! Terima Kasih Allah kerana masih meminjamkan uwais buat saya.

Nurul Huda Zulkhairi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kisah Benar Keibubapaan
  • /
  • Anak Terkulai Kaku & Kebiruan Di Pangkuan Bapa Ketika Majlis Hari Lahir, Tertelan Belon Yang Belum Ditiup
Kongsikan:
  • Ibu Dedah Cara Wean Off Anak Tanpa Emosi, Syukur Berjaya Menyusu Bayi Dari Lahir Hingga 2 Tahun

    Ibu Dedah Cara Wean Off Anak Tanpa Emosi, Syukur Berjaya Menyusu Bayi Dari Lahir Hingga 2 Tahun

  • Ikut Ibu Beli Barang Dapur, Bayi Demam & Muntah-Muntah Akibat Jangkitan Mycoplasma Pneumonia

    Ikut Ibu Beli Barang Dapur, Bayi Demam & Muntah-Muntah Akibat Jangkitan Mycoplasma Pneumonia

  • Pengalaman Pesakit Kanser Payudara, Tabah Jalani 6 Kali Kemoterapi & 15 Sesi Radioterapi Demi Anak-Anak

    Pengalaman Pesakit Kanser Payudara, Tabah Jalani 6 Kali Kemoterapi & 15 Sesi Radioterapi Demi Anak-Anak

  • Ibu Dedah Cara Wean Off Anak Tanpa Emosi, Syukur Berjaya Menyusu Bayi Dari Lahir Hingga 2 Tahun

    Ibu Dedah Cara Wean Off Anak Tanpa Emosi, Syukur Berjaya Menyusu Bayi Dari Lahir Hingga 2 Tahun

  • Ikut Ibu Beli Barang Dapur, Bayi Demam & Muntah-Muntah Akibat Jangkitan Mycoplasma Pneumonia

    Ikut Ibu Beli Barang Dapur, Bayi Demam & Muntah-Muntah Akibat Jangkitan Mycoplasma Pneumonia

  • Pengalaman Pesakit Kanser Payudara, Tabah Jalani 6 Kali Kemoterapi & 15 Sesi Radioterapi Demi Anak-Anak

    Pengalaman Pesakit Kanser Payudara, Tabah Jalani 6 Kali Kemoterapi & 15 Sesi Radioterapi Demi Anak-Anak

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham