Menyusukan anak selama dua tahun penuh adalah satu pencapaian besar yang tidak semua ibu mampu capai. Perjalanan penyusuan bukan mudah—penuh liku, cabaran, dan pengorbanan. Namun, apabila tiba waktunya untuk wean off atau cerai susu, ramai ibu mengaku itulah bahagian paling mencabar dari segi emosi. Ada rasa sedih, rasa bersalah, dan rasa kehilangan.
Menurut perkongsian oleh seorang ibu, Nur Hanim Ayub, pada awal menyusu badan, dia sudah berniat akan wean offkan anak sebaik sahaja si kecil memasuki usia 2 tahun.
Syukur Diberi Rezeki Menyusu Anak
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Hari ini sudah genap empat bulan anak saya wean off dari breastfeeding. Seperti niat saya dari hari pertama saya menyusukan dia sejak lahir, saya sudah pun berniat dalam hati akan wean off-kan anak saya sebaik saja dia berumur dua tahun.
Sesungguhnya journey saya sepanjang menyusukan anak saya sangat indah walaupun kadang-kadang emosi saya terganggu sebab stres atau lain-lain. Saya rasa bertuah kerana diberi rezeki menyusukan anak sehingga dua tahun. Di sini saya ingin berkongsi sedikit journey saya untuk beri semangat buat ibu yang lain.
Pertama sekali, sepanjang saya menyusukan anak selama dua tahun, saya tak pernah ada masalah susu drop, alhamdulillah. Sebab dalam otak saya sudah set susu saya cukup-cukup untuk anak saya — tak berkurang, tak lebih.
Susu saya tak meriah macam orang lain. Saya tak pernah minta susu jadi meriah, tapi saya minta susu cukup untuk anak. Jadi mungkin kerana mindset saya macam itu, susu sentiasa cukup-cukup untuk anak.
Latih Anak Tidur Tanpa Mengempeng
Kedua, tak dinafikan anak yang direct breastfeeding akan mengempeng. Anak saya mengempeng sehingga umur lapan bulan setiap kali nak tidur. Kalau tak ada saya memang tak boleh tidur.
Tak nafikan juga saya rasa letih, dan saya tak nak anak saya selesa dengan ‘mengempeng’.
Jadi saya decide untuk train anak saya tidur tanpa mengempeng. Pada saya, nak wean off anak bermula dengan hentikan dia dari mengempeng dulu. Ketika umur anak lapan bulan, tidur siang dan malam, saya akan susukan dia. Sebelum dia tertidur saya sudah lepaskan nipple dan biar dia tidur sendiri.
Dua minggu juga anak saya menangis tiap kali nak tidur sebab tak dapat ‘nenen’, iaitu ubat tidur dia. Tapi sebab saya berbalik pada niat saya, jadi saya teruskan sehinggalah anak saya berjaya tidur sendiri tanpa menyusu badan. Dalam masa yang sama jika anak saya bangun terjaga waktu malam, saya tetap akan susukan dia, cuma saya akan lepaskan awal dan biarkan dia belajar tidur sendiri.
Kurangkan Menyusu Waktu Siang
Ketiga, apabila anak saya sudah umur setahun lebih, saya decide pula untuk kurangkan anak dari menyusu badan pada waktu siang. Yang ini mungkin rezeki saya, alhamdulillah, anak saya jenis kuat makan, jadi dia memang tak ada minta nenen pada waktu siang.
Mungkin anak saya dah cukup kenyang dengan makan. Jadi saya hanya susukan anak sebelum waktu tidur malam dan dia akan tidur sendiri.
Apabila anak saya sudah pun umur dua tahun, masa ini saya ajar anak saya minum susu full cream dalam cawan dan botol. Anak saya lebih suka minum direct dari cawan. Masa ini hari-hari saya cakap kepada dia yang dia perlu minum susu dalam cawan kerana dia sudah besar.
Anak Mula Minum Susu Dari Cawan
Untuk hentikan anak menyusu pada waktu malam agak bermain dengan emosi sikit. Pernah juga saya letak sirap dan tunjukkan kepada anak, dan anak saya tersenyum-senyum, ambil tisu pergi lap.
Jadi masa itu saya fikir budak sekarang bijak-bijak, trick itu tak jalan. Masa ini anak saya dah boleh terima saya tak susukan dia sebelum tidur macam selalu.
Dia dah mula minum terus dari cawan. Dia akan terjaga dua hingga tiga pagi waktu malam untuk menyusu. Masa ini saya keraskan hati untuk tak beri.
Dua minggu juga anak saya menangis pukul dua hingga tiga pagi sampai jiran boleh dengar. Dalam masa sama saya tak putus asa hulur susu dalam cawan. Percayalah lama-lama anak akan terima juga.
Ibu Yang Bertanggungjawab Cerai Susu
Jadi umur anak dua tahun, berjaya wean off. Sepanjang journey saya mula dari hentikan mengempeng, dan wean off-kan anak, saya hanya buat sendiri.
Pada saya, sayalah yang perlu bertanggungjawab hentikan semua sebab saya yang benarkan anak saya mengempeng, jadi sayalah yang perlu bertanggungjawab.
Saya juga tak nak hentikan anak mengempeng bila dia dah dua tahun, dan tiba-tiba saya serahkan dia tidur dengan papa dia, saya pula tidur tempat lain semata-mata nak hentikan dia dari menyusu.
Umur dua tahun, anak dah pandai sedih dan terasa. Dia akan fikir saya tak sayangkan dia. Jadi saya decide biarlah saya sahaja yang wean off sendiri.
Ibu Dan Boleh Tidur Tenang Waktu Malam
Sekarang alhamdulillah, saya dah tidur tenang-tenang waktu malam. Suami pula yang tak tenang sebab anak saya dah tak boleh berpisah tidur di bawah ketiak suami hari-hari. Saya banyak dapat ilmu dari group Facebook.
Semoga semua ibu-ibu yang berniat untuk menyusukan anak atau yang sedang menyusukan anak kuat mental dan fizikal.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Baca juga: Cara Tradisional Cerai Susu Badan/ Putus Susu Anak Yang Berkesan, Panduan Buat Para Ibu
Baca juga: Doa Putus Susu Bila Usia Anak 2 Tahun, Ouch!Sedihnya, Tapi Penting Untuk Perkembangan Anak
Baca juga: Berjaya Cerai Susu Emelia & Eusoff Ketika Usia 21 Bulan, Dr Halina Kongsi Tips Untuk Para Ibu!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!