TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bayi & Anak Kecil 'Behave' Travel Luar Negara, Ibu Ini Kongsi Tips & Persediaan Agar Perjalanan Lancar

5 min bacaan
Bayi & Anak Kecil 'Behave' Travel Luar Negara, Ibu Ini Kongsi Tips & Persediaan Agar Perjalanan Lancar

Tips travel dengan anak kecil memerlukan perancangan dan persediaan yang rapi bagi memastikan perjalanan lancar sehingga tiba ke destinasi

Bercuti ke luar negara bersama anak kecil bukanlah satu perkara mudah. Namun, bagi Nurul Ain, seorang ibu dari Shah Alam, ia adalah pengalaman yang penuh dengan cabaran dan kenangan manis. Ada beberapa tips travel dengan anak kecil yang dikongsikan olehnya dapat menjadi panduan buat ibu ayah lain.

Isi Kandungan

  • Permulaan Pengembaraan: Phuket Dengan Bayi 6 Bulan
  • Pengalaman ke Jepun: Osaka Bersama Dua Anak
  • Persiapan Dan Tips Travel Dengan Anak Kecil
  • Cara Memastikan Anak ‘Behave’ Semasa Perjalanan
  • Menangani Jet Lag dan Perubahan Zon Waktu
  • Bantuan dari Pasangan Dan Keluarga
  • Tips Untuk Ibu Bapa Lain

Permulaan Pengembaraan: Phuket Dengan Bayi 6 Bulan

Nurul Ain dan suaminya memulakan pengembaraan mereka ketika anak sulungnya baru berusia enam bulan. Destinasi pertama mereka? Phuket, Thailand. Seperti ramai ibu baru, perasaan bimbang tentu sahaja ada.

“Masa tu, saya risau juga sebab ni kali pertama travel jauh dengan baby,” kata Nurul Ain. Tetapi dengan persiapan rapi, semuanya berjalan lancar.

Selepas pengalaman pertama yang berjaya, pasangan ini semakin yakin. Ketika anak lelakinya berusia setahun, mereka membawa si kecil ke Mekah untuk menunaikan umrah.

“Umrah bersama bayi sangat berbeza. Ada cabaran, tapi ia satu pengalaman yang sangat berharga buat kami sekeluarga,” tambahnya.

Pada usia dua tahun, anaknya sudah bersedia untuk perjalanan yang lebih mencabar – London – walaupun mereka harus menghadapi situasi pandemik Covid-19 ketika itu.

Pengalaman ke Jepun: Osaka Bersama Dua Anak

tips travel dengan anak, pengalaman travel dengan anak, travel luar negara dengan anak, travel dengan bayi, travel anak kecil

Namun, perjalanan paling istimewa buat Nurul Ain ialah apabila mereka melancong ke Osaka, Jepun.

Kali ini, mereka bukan sahaja membawa anak lelaki yang kini berusia empat tahun, tetapi juga bayi perempuan mereka yang baru berusia lapan bulan.

“Osaka sangat cantik, dan anak-anak suka dengan suasana Jepun,” kongsinya. Mereka kembali ke Osaka pada tahun berikutnya, ketika anak perempuannya berusia setahun dan anak lelakinya lima tahun.

Destinasi seterusnya? Seoul, Korea. “Kami memang suka melancong dan menjelajah tempat baru bersama anak-anak,” kongsi Nurul Ain.

Persiapan Dan Tips Travel Dengan Anak Kecil

Setiap perjalanan memerlukan persiapan yang teliti. Bagi Nurul Ain, perkara paling penting sebelum memulakan perjalanan ialah memastikan stok ubat dan susu mencukupi.

“Ubat sangat penting, terutamanya untuk bayi. Kita tak tahu apa yang akan berlaku semasa di sana, jadi lebih baik bersedia,” jelasnya.

Selain ubat, Nurul Ain juga memastikan mereka membawa makanan yang mencukupi.

“Saya akan bawa snek, makanan mentah seperti beras, dan makanan segera seperti mac and cheese,” katanya. Pakaian anak-anak juga dipilih dengan teliti, mengikut cuaca destinasi yang dituju.

Satu lagi langkah penting yang diambil oleh Nurul Ain ialah membawa anak-anak ke doktor sebelum perjalanan. “Kami akan buat check-up untuk pastikan semuanya dalam keadaan baik.

Doktor juga akan berikan nasihat mengenai ubat yang perlu dibawa serta vaksin yang perlu diambil,” jelasnya. Nurul Ain juga menekankan kepentingan vaksinasi dan suntikan flu sebelum perjalanan.

Cara Memastikan Anak ‘Behave’ Semasa Perjalanan

Apabila mengembara bersama anak-anak, memastikan mereka sentiasa terhibur adalah salah satu kunci kejayaan. Bagi Nurul Ain, mainan baru dan buku adalah penyelamat.

“Saya akan beli mainan baru sebelum perjalanan, tetapi saya tak akan tunjukkan kepada mereka sehingga hari perjalanan,” katanya. Ini membuatkan anak-anak teruja dan sibuk bermain dengan mainan baru sepanjang perjalanan.

Selain itu, Nurul Ain juga akan membawa banyak snek untuk memastikan anak-anak tidak lapar dan bosan.

“Kalau mereka mula bosan, saya akan minta bantuan kru penerbangan. Biasanya, pramugari akan beri ‘kids pack’ yang mengandungi permainan kecil untuk menghiburkan mereka,” katanya.

Satu tip berharga yang dikongsikan oleh Nurul Ain ialah mengelakkan penerbangan pagi atau petang.

“Anak-anak biasanya lebih bertenaga pada waktu itu, jadi lebih baik ambil penerbangan awal pagi atau tengah malam supaya mereka akan rasa mengantuk dan lebih mudah untuk tidur sepanjang perjalanan,” katanya.

tips travel dengan anak, pengalaman travel dengan anak, travel luar negara dengan anak, travel dengan bayi, travel anak kecil

Menangani Jet Lag dan Perubahan Zon Waktu

Perubahan zon waktu adalah satu cabaran besar ketika melancong ke destinasi yang jauh, seperti London. “Anak lelaki saya ada masalah untuk tidur semasa di London kerana perbezaan waktu,” kongsi Nurul Ain.

Walaupun mencabar, dia tidak mempunyai pilihan lain selain cuba memaksa anaknya tidur mengikut waktu tempatan. “Lebih baik pilih destinasi yang mempunyai zon waktu yang tidak terlalu berbeza dengan Malaysia untuk memudahkan penyesuaian anak-anak,” nasihatnya.

Bantuan dari Pasangan Dan Keluarga

Nurul Ain tidak bersendirian dalam perjalanan ini. Suaminya sentiasa memberikan sokongan, terutamanya ketika di lapangan terbang dan semasa dalam penerbangan.

“Pasport dan semua dokumen perjalanan diuruskan oleh suami. Kalau melancong dengan keluarga besar, ahli keluarga lain juga akan bantu,” katanya.

Tips Untuk Ibu Bapa Lain

Antara nasihat penting yang dikongsikan oleh Nurul Ain adalah memilih destinasi percutian dengan bijak.

Ibu bapa perlu mempertimbangkan beberapa faktor seperti makanan halal, kemudahan untuk kanak-kanak seperti taman permainan, dan persekitaran yang bersih.

Selain itu, elakkan melancong semasa musim perayaan atau cuti sekolah, kerana ini adalah waktu puncak yang sesak.

Nurul Ain juga lebih suka memilih Airbnb berbanding hotel, kerana rumah sewa seperti ini membolehkan mereka memasak untuk anak-anak dan menyediakan ruang yang lebih luas untuk kanak-kanak bermain.

Jika memilih untuk menginap di hotel, dia mencadangkan memilih hotel mesra kanak-kanak dan menyediakan pelbagai kemudahan untuk mereka.

Antara tip lain yang berguna adalah membuat daftar masuk lebih awal atau meminta daftar masuk awal untuk mengelakkan masa menunggu yang panjang. Nurul Ain juga menasihatkan untuk membawa stroller yang ringan dan mudah dibawa, terutamanya bagi ibu yang sedang hamil.

Semoga artikel ini bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kisah Benar Keibubapaan
  • /
  • Bayi & Anak Kecil 'Behave' Travel Luar Negara, Ibu Ini Kongsi Tips & Persediaan Agar Perjalanan Lancar
Kongsikan:
  • Anak Terkulai Kaku & Kebiruan Di Pangkuan Bapa Ketika Majlis Hari Lahir, Tertelan Belon Yang Belum Ditiup

    Anak Terkulai Kaku & Kebiruan Di Pangkuan Bapa Ketika Majlis Hari Lahir, Tertelan Belon Yang Belum Ditiup

  • Ibu Dedah Cara Wean Off Anak Tanpa Emosi, Syukur Berjaya Menyusu Bayi Dari Lahir Hingga 2 Tahun

    Ibu Dedah Cara Wean Off Anak Tanpa Emosi, Syukur Berjaya Menyusu Bayi Dari Lahir Hingga 2 Tahun

  • Ikut Ibu Beli Barang Dapur, Bayi Demam & Muntah-Muntah Akibat Jangkitan Mycoplasma Pneumonia

    Ikut Ibu Beli Barang Dapur, Bayi Demam & Muntah-Muntah Akibat Jangkitan Mycoplasma Pneumonia

  • Anak Terkulai Kaku & Kebiruan Di Pangkuan Bapa Ketika Majlis Hari Lahir, Tertelan Belon Yang Belum Ditiup

    Anak Terkulai Kaku & Kebiruan Di Pangkuan Bapa Ketika Majlis Hari Lahir, Tertelan Belon Yang Belum Ditiup

  • Ibu Dedah Cara Wean Off Anak Tanpa Emosi, Syukur Berjaya Menyusu Bayi Dari Lahir Hingga 2 Tahun

    Ibu Dedah Cara Wean Off Anak Tanpa Emosi, Syukur Berjaya Menyusu Bayi Dari Lahir Hingga 2 Tahun

  • Ikut Ibu Beli Barang Dapur, Bayi Demam & Muntah-Muntah Akibat Jangkitan Mycoplasma Pneumonia

    Ikut Ibu Beli Barang Dapur, Bayi Demam & Muntah-Muntah Akibat Jangkitan Mycoplasma Pneumonia

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham