X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Senarai Hotel/Resort Yang Best & Mesra Kanak-Kanak, Sesuai Bawa Anak Cuti Sekolah Ini!

5 min bacaan
Senarai Hotel/Resort Yang Best & Mesra Kanak-Kanak, Sesuai Bawa Anak Cuti Sekolah Ini!

Hotel mesra kanak-kanak pastinya memberikan pengalaman yang berbeza buat anda. Jom semak beberapa senarai ini, bawa anak-anak bercuti!

Apabila mempunyai anak-anak kecil, anda pastinya memerlukan hotel mesra kanak-kanak ketika merancang percutian bersama keluarga.

Ibu ayah bukan sahaja perlu memikirkan bilik atau tilam tambahan untuk anak-anak, makanan yang sesuai untuk mereka, tetapi perlu merancang aktiviti yang sesuai dilakukan untuk orang dewasa dan si kecil supaya semua dapat menikmati percutian tersebut.

Pilihan hotel mesra kanak-kanak dan percutian keluarga

Jika anda runsing dan tidak tahu hotel mana yang sesuai untuk anda sekeluarga, anda pasti akan berminat untuk merancang percutian di salah sebuah hotel mesra kanak-kanak yang kami senaraikan ini.

Kami sendiri faham yang bukan mudah untuk mencari penginapan yang selesa untuk anak-anak, apatah lagi buat keluarga yang besar!

Jom tengok senarai hotel mesra kanak-kanak ini, mana tahu mungkin ini destinasi percutian anda yang seterusnya pula!

#1 Hotel mesra kanak-kanak- Club Med Cherating Beach, Pahang

resort mesra kanak-kanak

Percutian dengan kanak-kanak kecil akan menjadi pengalaman yang menarik apabila keluarga dialu-alukan dalam keadaan yang sesuai.

Club Med Cherating mempunyai aktiviti yang sesuai dengan umur, makanan yang direka khusus untuk bayi, bilik ganti, botol bayi, aksesori penjagaan kanak-kanak disediakan di dalam bilik istimewa.

Resort yang terletak di tengah-tengah taman tropika ini mempunyai luas 80 hektar dengan pantai cantik sepanjang 4km. Setiap kumpulan umur kanak-kanak diambil kira malah disediakan khidmat pengasuh untuk anak-anak anda.

Berikut merupakan kemudahan yang disediakan untuk si kecil anda:

  • Baby Club Med (4 bulan ke 2 tahun)
  • Petit Club Med (2-3 tahun)
  • Mini Club Med (4-10 tahun)
  • Password Club Med (11-17 tahun)

#2 Lost World Of Tambun Hotel, Perak

Dikelilingi tebing batu kapur dan hutan hijau, hotel yang berdekatan dengan Taman Tema ini sangat menarik untuk didiami malah menyeronokkan. 

bercuti keluarga

foto: muhammad hasideen

Di sini terdapat Taman Air, untuk peminat permainan air dan gelongsor air yang menyeronokkan; Taman Hiburan yang lebih tradisional dengan tunggangan yang menarik; Tiger Valley di mana anak-anak boleh menonton Harimau Siberia diberi makan; Lost World Petting Zoo di mana anda dan keluarga boleh berada lebih dekat dengan haiwan; dan Hot Springs and Spa khas untuk ibu bapa merehatkan tubuh dan minda

Jika anda mencari sesuatu yang lain daripada percutian keluarga biasa di sebuah hotel, anda juga boleh berkunjung ke taman tema.

Selepas seharian melakukan aktiviti luar, anda boleh pulang ke hotel dengan keselesaan dan pastinya anda akan berpuas hati!

#3 Sunway Resort Hotel & Spa, Selangor

Gabungan pusat membeli-belah, taman tema dan hotel pastinya menjadi pilihan bagi keluarga yang memerlukan kemudahan sebegini, tanpa perlu pergi jauh.

cuti sekolah

Kolam renang di hotel ini mempunyai air terjun buatan manusia yang luar biasa manakala taman tema air Sunway Lagoon yang terletak berdekatan pula pastinya akan menjadi destinasi wajib pergi untuk anda sekeluarga!

Berdekatan hotel ini juga terdapat Taman Extreme, Taman Hidupan Liar, Taman Hiburan dan Taman Scream.

Jika anda masih perlukan hiburan keluarga, pusat membeli-belah berdekatan mempunyai gelanggang luncur, pelbagai memanah, lorong boling, pawagam, arked dan banyak lagi. Anda pasti tidak akan bosan di sini.

#4 Meritus Pelangi Beach Resort & Spa

Meritus Pelangi di Langkawi menawarkan lokasi yang hebat di Pantai Cenang yang sempurna untuk anda sekeluarga menikmati keindahan pantai, menjelajahi gerai makanan dan restoran, dan menikmati pelbagai sukan air.

Terkenal sebagai sebuah kampung tradisional Melayu, hotel ini mempunyai chalet kayu satu dan dua tingkat di sepanjang pantai, dua kolam renang luaran, kolam dan tasik buatan manusia.

Kanak-kanak pasti akan suka taman permainan air dengan senjata air, peralatan bermain dan gergasi baldi air. Sekiranya aktiviti air tidak menarik minat anak anda, resort ini juga menawarkan pelbagai sukan seperti skuasy, tenis, memanah, golf mini, dan anda juga boleh menyewa basikal tau!

Selepas penat dengan kativiti seharian, rehatkan tubuh anda di di Spa Pelangi. Tambahan lagi, spa juga menyediakan perkhidmatan untuk kanak-kanak dan remaja dengan urutan, rias kuku dan pedicure Little Princess, dan banyak lagi.

Stories Rakan Kongsi
Aktiviti Luar Yang Mesra Keluarga di Hong Kong
Aktiviti Luar Yang Mesra Keluarga di Hong Kong
Say It With Oreo Kini Kembali Dengan Lebih Menarik! Jadikan Momen Duduk Di Rumah Lebih Menyeronokkan!
Say It With Oreo Kini Kembali Dengan Lebih Menarik! Jadikan Momen Duduk Di Rumah Lebih Menyeronokkan!
Maksimumkan Masa Percutian Anda ke Hong Kong: Tip Penduduk Tempatan Untuk Destinasi Paling Trendy, Restoran Menarik & Banyak Lagi!
Maksimumkan Masa Percutian Anda ke Hong Kong: Tip Penduduk Tempatan Untuk Destinasi Paling Trendy, Restoran Menarik & Banyak Lagi!
Victory is your child's to claim at the Spartan Kids Challenge!
Victory is your child's to claim at the Spartan Kids Challenge!

#5 Hotel LEGOLAND, Johor

Melihat rekabentuk hotel, pasti membuatkan kanak-kanak teruja dan pasti ingin menginap di sini.

Hotel LEGOLAND merupakan hotel rasmi bagi Taman Tema Legoland, dan mempunyai pelbagai bilik bertema khas untuk anda seperti tema pengembaraan, lanun dan  kingdom yang dihias dengan mainan dan warna sangat menarik!

Malah lobi hotel itu penuh dengan LEGO yang dapat dimainkan oleh anak-anak dan mempunyai aktiviti yang menyeronokkan untuk kanak-kanak leka sementara ibu bapa berurusan dengan prosedur mendaftar masuk.

Pastinya kanak-kanak akan terus bergembira walaupun selepas seharian bermain di taman tema LEGOLAND!

#6. Carpe Diem Orchard Home, Serendah

bercuti dengan anak

Pengalaman ala balik kampung ini pastinya sesuatu yang mengujakan hati ibu ayah dan anak-anak. Ia menawarkan penginapan chalet dan bilik yang luas, bersih dan selesa.

Jika berkunjung ke sini, anak-anak boleh menerokai kehijauan alam semula jadi dengan keluasan 18 ekar. Carpe Diem turut menyediakan kolam renang, kolam pancing, basikal, meja ping pong dah haiwan ternakan.

Permainan tradisional seperti congkak dan petanque pun ada!

#7. MYRUS Resort Langkawi

Tempat peranginan ini menawarkan 12 kubah lukisan tangan yang comel dan 4 vila mewah untuk keselesaan anda seisi keluarga. Anak-anak pasti seronok apabila datang ke sini kerana adanya kolam keluarga dan kanak-kanak yang kelihatan seperti taman air kecil.

Ia juga terletak tidak jauh dari Pantai Tengah yang mempersonakan dan pemanduan singkat dari Pantai Cenang.

#8. Resort Hello Kitty, Melaka

rancang cuti sekolah

Direka untuk perjalanan santai dan keluarga, resort ini terletak berhampiran dengan outlet A’Famosa freeport di utara Melaka. Ia lengkap dengan kolam renang. Anda juga boleh buat BBQ bersama ahli keluarga kerana kemudahannya telah tersedia.

Anak-anak pastinya teruja untuk datang ke sini kerana dari luar dan dalam semuanya bertemakan kartun Hello Kitty yang sangat comel!

Club Med Cherating, Lost World of Tambun, Carpe Diem, Hello Kitty Resort

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Elak Anak Moody Ketika Bercuti, Ini Tips Mudah Bawa Bekal Bayi Yang Sedap & Berkhasiat

Baca juga: Bantu Anak Jadi Lebih Berani & Yakin, Ini Senarai Lokasi Rock Climbing Mesra Kanak-Kanak 

Baca juga: Senarai Tempat Bercuti Di Malaysia Yang Menarik & Menyeronokkan Untuk Seisi Keluarga

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

Disunting oleh:

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Percutian
  • /
  • Senarai Hotel/Resort Yang Best & Mesra Kanak-Kanak, Sesuai Bawa Anak Cuti Sekolah Ini!
Kongsikan:
  • 10 Hotel Di Penang Yang Best & Kids Friendly, Jom Bawa Anak Bercuti Ke Sana!

    10 Hotel Di Penang Yang Best & Kids Friendly, Jom Bawa Anak Bercuti Ke Sana!

  • Buat Kelainan Ulangtahun & Raya Haji Kali Ini Dengan Penginapan Di Hotel Grand Hyatt, Promosi Berbaloi!

    Buat Kelainan Ulangtahun & Raya Haji Kali Ini Dengan Penginapan Di Hotel Grand Hyatt, Promosi Berbaloi!

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • 10 Hotel Di Penang Yang Best & Kids Friendly, Jom Bawa Anak Bercuti Ke Sana!

    10 Hotel Di Penang Yang Best & Kids Friendly, Jom Bawa Anak Bercuti Ke Sana!

  • Buat Kelainan Ulangtahun & Raya Haji Kali Ini Dengan Penginapan Di Hotel Grand Hyatt, Promosi Berbaloi!

    Buat Kelainan Ulangtahun & Raya Haji Kali Ini Dengan Penginapan Di Hotel Grand Hyatt, Promosi Berbaloi!

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.