TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk / Daftar Masuk
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Budak 3 Tahun Ditinggal Main Seorang Diri Di Taman Permainan, Gara-Gara Ibu Tak Tahan Nak Ke Tandas!

17 Sep, 2021
Budak 3 Tahun Ditinggal Main Seorang Diri Di Taman Permainan, Gara-Gara Ibu Tak Tahan Nak Ke Tandas!

Berkongsi perbuatan meninggalkan anaknya berusia 3 tahun main di taman permainan kanak kanak seorang diri sementara di ke tandas wanita ini dikecam hebat!

Tidak tahulah di mana logik akal ibu ini, dia dengan berani meninggalkan anaknya yang berumur 3 tahun bermain seorang diri di taman permainan kanak kanak tanpa pengawasan gara-gara tak tahan untuk ke tandas!

Yang membaca pun rasa kecut perut tinggal anak umur tiga tahun seorang diri. Anak umur tiga tahun masih belum boleh berfikir dengan logik, bagaimana jika sesuatu menimpa anak ini.

Tinggal anak umur 3 tahun seorang diri di taman permainan kanak kanak, wanita ini dikecam hebat!

taman permainan kanak kanak

Wanita berkenaan yang berkongsi perkara itu di laman sosial bagi mendapatkan maklum balas sama ada perkara itu selamat atau sebaliknya mendapat kecaman hebat, malah ada yang melabelkannya sebagai ibu yang gagal!

Wanita berkenaan menjelaskan, dia cuba bawa anaknya bersama, tetapi tidak dihiraukan oleh kanak-kanak berkenaan yang terus berlari ke taman permainan kanak kanak berkenaan.

“Saya hanya meninggalkan dia berseorangan selama 2 minit dan kami pernah ke taman permainan berkenaan.”

Posting wanita berkenaan mendapat kecaman hebat ibu bapa di laman sosial itu. Selain melabelkan wanita berkenaan adalah ibu yang gagal ada juga yang memberi nasihat bahawa tidak sepatutnya dia meninggalkan anaknya sebegitu.

Ini kerana kanak-kanak berumur tiga tahun masih gagal berfikir dengan logik dan dia boleh diculik bila-bila masa saja! Perkara ini patut menjadi pengajaran kepada wanita berkenaan supaya tidak mengulanginya lagi. 

Ada juga yang berkongsi mereka tidak akan sekali-kali meninggalkan anak yang berumur tiga tahun di taman permainan seorang diri dan ia langsung tidak boleh diterima akal!

Bila umur yang sesuai anak boleh tinggal sendirian?

taman permainan kanak kanak

kredit: shutterstock

Sama ada di rumah atau di luar, bila waktu yang sesuai untuk anak boleh ditinggalkan bersendirian?

Meninggalkan anak bersendirian dalam rumah atau di luar ketika bersiar-siar sebenarnya mempunyai banyak risiko seperti merosakkan perabot rumah, bermain dengan alatan tajam, kemungkinan berlakunya kebocoran gas dan mungkin berlakunya kes rompakan, malah kes penculikkan!

Menurut Kids Health, meninggalkan anak di bawah usia 10 tahun bersendirian sama ada dalam rumah atau di luar bukanlah sesuatu tindakan yang tepat.

Pada usia ini, mereka belum tahu menjaga keselamatan dirinya sendiri dengan baik, kerana mereka masih memerlukan pengawasan daripada orang dewasa untuk menjaganya.

Budak 3 Tahun Ditinggal Main Seorang Diri Di Taman Permainan, Gara-Gara Ibu Tak Tahan Nak Ke Tandas!

Apa yang pasti, ibu bapa boleh mempercayai anak menjaga rumah atau di luar mulai umur mereka di sekolah menengah tapi sebaiknya tidak terlalu lama.

Sekitar umur 16 tahun pula, mereka sudah tahu mengerjakan pekerjaan rumah dengan sendiri atau di luar mereka sudah tahu apa yang memberi ancaman kepada mereka jadi pada masa ini kepercayaan ibu bapa terhadapnya lebih tinggi.

Cara ajar anak tinggal sendiri

Setelah anak mencapai umur yang sesuai dan anda merasakan mereka sudah boleh tinggal sendirian, ada beberapa perkara yang perlu anda pesan pada mereka. 

Ia termasuklah:

taman permainan

Ketika meninggalkan anak bersendirian dalam rumah atau di luar, maksudnya anda telah memberikan tanggungjawab besar pada anak untuk menjaga keselamatan dirinya dan keamanan rumah.

Atau jika di luar, dia mesti peka dengan keadaan sekelilingnya bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku.

Stories Rakan Kongsi
"Anak Saya Sihat, Tetapi Bagaimana Dia Boleh Dijangkiti Cacar Air?"
"Anak Saya Sihat, Tetapi Bagaimana Dia Boleh Dijangkiti Cacar Air?"
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Bayi PKP Bakal Lahir? Ini Senarai Persiapan Untuk Anda Menyambut Si Kecil!
Bayi PKP Bakal Lahir? Ini Senarai Persiapan Untuk Anda Menyambut Si Kecil!
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin

Perkara yang perlu diberitahu pada anak sebelum tinggal bersendirian

  • Ajar cara kunci dan buka pintu.
  • Ajar cara menyalakan dan mematikan lampu rumah.
  • Meninggalkan buku nota yang terkandung semua nombor telefon yang boleh dihubungi sekiranya berlaku kecemasan. Ajar anak ingat nombor telefon.
  • Ingatkan pada anak untuk tidak membenarkan orang yang tak dikenali untuk masuk ke dalam rumah. Jika orang yang dikenali pun pastikan maklumkan pada ibu bapa
  • Ingatkan anak untuk menjaga kebersihan rumah semasa ketiadaan anda.
  • Berikan wang saku, makanan dan tempat letak kunci yang selamat.
  • Jangan sekali-kali ikut sesiapa yang ajak ke mana-mana dan tidak sewenang-wenangnya menerima barang daripada mereka yang tidak dikenali.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Saya Akan Balik Sendiri Dari Sekolah Hari Ini, Adakah Dia Akan Selamat?

Baca juga: Bahaya tidurkan anak di tingkat atas, ibu ini beri amaran selepas bayi tercinta maut

Baca juga: Anak Maut Tertinggal Dalam Kereta Undang Bahaya, Ibu Bapa Jangan Leka!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Budak 3 Tahun Ditinggal Main Seorang Diri Di Taman Permainan, Gara-Gara Ibu Tak Tahan Nak Ke Tandas!
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham