X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Anak Maut Tertinggal Dalam Kereta Undang Bahaya, Ibu Bapa Jangan Leka!

4 min bacaan
Anak Maut Tertinggal Dalam Kereta Undang Bahaya, Ibu Bapa Jangan Leka!

Tinggal anak dalam kereta merupakan satu perkara yang harus ibu ayah waspada. Siapa sangka kesilapan ini boleh meragut nyawa insan tersayang sekelip mata

Di Malaysia, sudah ada beberapa kes keluarga tinggal dalam kereta akibat masalah kewangan ketika menghadapi pandemik Covid-19. Namun paling menakutkan apabila sesetengah ibu ayah terlupa dan meninggalkan anak dalam kereta selama berjam-jam lamanya. Sungguh menyedihkan, kes kecuaian sebegini mendatangkan maut akibat kepanasan atau kekurangan oksigen kerana dibiarkan terlalu lama dalam kenderaan.

Bagaimana kita boleh lebih berwaspada agar kes sebegini tidak berlaku?

Baca juga: Sebak! Ayah Meninggal Dunia Dalam Kereta Ketika Menunggu Anak Temuduga Kerja

Kes tinggal dalam kereta: Kanak-kanak meninggal dunia

Akibat tinggal anak dalam kereta dalam cuaca panas terik, seorang kanak-kanak berusia 4 tahun di China telah meninggal dunia tanpa disedari bapanya!

mati dalam kereta, tertinggal anak dalam kereta, kes tinggal anak dalam kereta, bayi meninggal dalam kereta, tips elak tertinggal anak dalam kereta, bapa lupa anak dalam kereta, tinggal anak dalam kereta 2019, kecuaian ibu bapa, kes cuai

sumber: thestar

Qiqi, pada mulanya dalam perjalanan ke kelas tadika di Yiyang, Wilayah Huna pada hari Isnin lalu oleh bapanya. Apabila sampai di tadikanya, bapanya terlalu leka menggunakan telefon bimbit dan terus meneruskan perjalanan tanpa menyedari yang Qiqi masih tinggal dalam kereta.

Difahamkan, bapanya sedang bercakap di telefon bimbitnya, membaca mesej dan berlalu pergi. Apabila dia sampai di destinasi seterusnya di sebuah kedai, bapanya terus mengunci kereta dan meninggalkan anak perempuan di tempat duduk belakang kereta!

Ibu menyedari anaknya tidak ada di sekolah

mati dalam kereta, tertinggal anak dalam kereta, kes tinggal anak dalam kereta, bayi meninggal dalam kereta, tips elak tertinggal anak dalam kereta, bapa lupa anak dalam kereta, tinggal anak dalam kereta 2019, kecuaian ibu bapa, kes cuai

sumber: thestar

Apabila tiba waktu petang, ibunya yang datang tadika pada jam 5 untuk menjemput anak perempuannya mula menyedari yang Qiqi tidak datang ke sekolah pada hari tersebut. Dia terus menghubungi suaminya untuk memberitahu hal berkenaan namun semuanya sudah terlambat.

Menurut laporan, ketika kanak-kanak bernasib malang itu ditemui 9 jam kemudian, wajahnya sudah berwarna keunguan dan tidak menunjukkan tanda-tanda masih bernyawa! Paling sadis, suhu pada hari kejadian memuncak sehingga 30 darjah celcius.

Bapa Qiqi walau bagaimanapun menyatakan sebahagian dari kejadian itu perlu dipertanggungjawabkan kepada pihak tadika kerana gagal memberitahu keluarga tentang ketiadaan Qiqi.

“3 orang guru menjaga 20 orang kanak-kanak dalam 1 kelas, tidak ada seorang pun yang tahu dia tidak datang sekolah,” kata si bapa. “Tadika ini agak mewah di Yiyang, yuran yang dikenakan hampir mencecah 10,00 yuan (RM 6137.20) semester.“

Pihak tadika bersetuju untuk membayar keluarga 32,000 yuan (RM 19639.04) bagi menyelesaikan perkara itu, menurut laporan.

Tips elak kejadian maut tinggal anak dalam kereta

mati dalam kereta, tertinggal anak dalam kereta, kes tinggal anak dalam kereta, bayi meninggal dalam kereta, tips elak tertinggal anak dalam kereta, bapa lupa anak dalam kereta, tinggal anak dalam kereta 2019, kecuaian ibu bapa, kes cuai

sumber: healthline

Anda mungkin berfikir yang anda tidak mungkin tertinggal anak dalam kereta bukan? Jangan begitu pasti ya.

Antara 2013 dan Julai 2018, sekurang-kurangnya 147 kanak-kanak terperangkap dalam kenderaan, mengakibatkan 40 kematian, menurut satu kajian oleh The Beijing News. Tetapi dalam kebanyakan kes, penjaga kanak-kanak tidak bertanggungjawab.

Apakah yang anda boleh lakukan bagi mengelak kejadian seumpama ini berlaku? Berikut tips elak tinggal anak dalam kereta:

1. Letak carseat anak di belakang tempat duduk penumpang agar anda boleh melihat anak. Jangan letak carseat di belakang kerusi pemandu kerana lokasi itu merupakan titik buta (blindspot).

2. Amalkan memeriksa setiap ruangan dalam kereta sebelum mengunci kenderaan anda. Periksa juga di bahagian bawah tempat duduk belakang kerana kanak-kanak boleh menyorok di bahagian tersebut.

3. Letak anak patung (yang besar dan berwarna terang) atau beg susu di carseat anak. Apabila letak anak di dalam kerusi itu, pindahkan patung/beg susu tersebut di tempat duduk penumpang hadapan. Cara ini merupakan satu peringatan bahawa anak anda dibelakang.

4. Letakkan barangan yang penting di belakang bersama anak anda. Contoh: beg kerja, kunci pejabat, tag kerja, atau sebelah kasut anda di ruangan kaki di belakang. Ini bagi memastikan anda akan pasti toleh di belakang sebelum keluar kereta.

5. Pesan kepada pihak sekolah atau pengasuh agar menelefon anda jika anak anda tidak tiba ke sekolah atau di rumah asuhan pada masanya. Boleh juga pesan pasangan anda untuk mengingatkan anda, terutamanya jika ada bertukar rutin menghantar anak.

6. Guna peranti (device) atau aplikasi telefon untuk mengingatkan anda bahawa anak anda di dalam kereta. Contohnya: ChildMinder SoftClip atau aplikasi Kars 4 Kids Safety.

Anak Maut Tertinggal Dalam Kereta Undang Bahaya, Ibu Bapa Jangan Leka!

7. Bagi yang selalu guna aplikasi navigasi Waze, boleh pilih untuk hidupkan aturan Child Reminder ( Settings>Advanced Settings>General>Child Reminder). Waze akan mengingatkan anda sejurus sampai destinasi.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: mediamaklumat.com

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

Baca juga: Cemas! Tinggal Anak Untuk Beli Barang, Kereta Pula ‘Autolock’ Dari Dalam, Anak Tak Bangun

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Anak Maut Tertinggal Dalam Kereta Undang Bahaya, Ibu Bapa Jangan Leka!
Kongsikan:
  • Kanak-Kanak 3 Tahun Maut Lepas "Terkunci" Dalam Kereta Jiran Sebelah

    Kanak-Kanak 3 Tahun Maut Lepas "Terkunci" Dalam Kereta Jiran Sebelah

  • Terlupa Anak Dalam Kereta Selama 3 Jam, Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Akibat Strok Haba

    Terlupa Anak Dalam Kereta Selama 3 Jam, Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Akibat Strok Haba

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.