Johor Baru (The Star/Asia News Network /The Straits Times) – Seorang kanak-kanak berusia dua tahun telah terbunuh apabila dilanggar oleh sebuah kereta di Jalan Lebuh Cemerlang di Johor Baru.
Dia dilaporkan telah terjatuh daripada kereta yang dinaiki bersama ibubapanya.
Pegawai Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Jokhiri Abd Aziz berkata – Mangsa yang dikenali sebagai Goh Hao Zheng Jayden meninggal dunia ketika berada dalam perjalanan ke hospital di kejadian jam 8.20 malam, Sabtu (19 Nov).
“Kejadian ini terjadi semasa mangsa yang sedang berada di tempat duduk penumpang belakang terjatuh apabila pintu belakang kereta itu terbuka ketika sedang membuat pusingan U,” katanya.
Katanya lagi, mangsa telah terjatuh di atas jalan raya dan dilanggar oleh kereta yang menggunakan laluan yang sama.
“Mangsa dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dan telah disahkan meninggal dunia semasa berada di dalam perjalanan ke sana,” katanya dalam kenyataan Ahad lepas.
Supritendan Jokhiri berkata, kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas sebab pemanduan cuai sehingga menyebabkan kematian.
Tiada ibu bapa yang ingin perkara buruk terjadi kepada anak mereka. Apatah lagi kejadian seperti ini. Walaupun sukar, tetapi ibu bapa haruslah mengambil iktibar dari kejadian ini. Secara langsung, kecelakaan ini menunjukan pentingnya penggunaan tempat duduk kanak-kanak atau ‘child car seat’ di dalam kenderaan.
Anatomi atau susuk tubuh kanak-kanak dan bayi tidak sesuai dengan tempat duduk kereta yang sedia ada. Mereka memerlukan alat pelindung keselamatan yang sesuai. Tali pinggang keselamatan yang sedia ada direka untuk menepati anatomi orang dewasa yang jauh berbeza dengan kanak-kanak. Oleh sebab ini, penggunaan ‘child car seat’ adalah amat penting.
Penggunaan ‘child car seat’ bukan sahaja melindungi kanak-kanak dan bayi daripada kecederaan kemalangan, tetapi juga dapat memastikan mereka di dalam keadaan yang selamat sepanjang kenderaan bergerak kerana mereka akan berada di dalam tempat duduk yang direka yang boleh menahan impak serta mempunyai tali pinggang keselematan yang menepati anatomi badan mereka bagi memastikan mereka tidak melantun atau tergerak dari tempat duduk mereka.
Apabila kenderaan yang bertembung dengan objek lain -sebagai contoh, pokok, dinding atau kenderaan bergerak lain – ia berhenti tiba-tiba disebabkan oleh impak. Walaubagaimanapun, apa-apa yang tidak dipegang atau di’ikat’ di dalam kenderaan akan terus bergerak, termasuklah penumpang. Ini berlaku kerana adanya inersia. Inersia adalah kecenderungan sesuatu objek untuk terus bergerak sehingga sesuatu yang tenaga lain memberi terhadap gerakan ini.
Bayangkan anda terlanggar sebatang tiang, daya tiang itu akan membuatkan kereta berhenti secara mendadak, tetapi kelajuan badan anda akan tetap sama. Muka anda mungkin terkena cermin hadapan, stereng atau bahagian belakang tempat duduk di hadapan anda.
Tulang rusuk anda mungkin terkena bahagian depan kereta. Anda juga boleh tercampak dari kenderaan. Organ dalaman anda juga, akan terus bergerak. Otak anda akan terhimpit ke arah hadapan tengkorak anda, dan hati, paru-paru dan buah pinggang boleh berlaga dengan satu sama lain.
Bunyinya ngeri, dan itulah sebabnya kita memakai tali pinggang keselamatan. Tali pinggang keselamatan yang direka untuk memegang anda di dalam kereta dan menyebarkan kesan daya perosak ke atas bahagian badan yang lebih berdaya tahan, lalu meningkatkan peluang anda untuk mengelakkan kematian atau kecederaan serius dalam kemalangan sehingga 50 peratus.
Atas sebab yang sama, kanak-kanak dan bayi memerlukan ‘child car seat’ bagi mengurangkan kesan impak kemalangan. Menurut satu kajian 2005 berdasarkan Sistem Laporan Analisis Kematian persekutuan di Amerika Syarikat, tempat duduk kereta bayi mengurangkan peluang untuk mati dalam kemalangan sebanyak 71 peratus, dan tempat duduk kereta untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 4 mengurangkan kadar kematian sebanyak 54 peratus. Hasil perkongsian Slate.
‘Child Car Seat’ (Sumber imej, shutterstock.com)
Pemilihan ‘child car seat’ yang betul juga penting. Bukanlah hanya sekadar ada. Antara ciri keselamatan utama ‘child car seat’ ialah nombor siri keselamatannya. Selain itu, kita boleh lihat dari segi fizikal ‘child car seat’ itu sendiri sama ada ia mampu manahan impak kemalangan atau tidak. Healthy children.org pernah berkongsi tentang cara memilih ‘child car seat’ mengikut kumpulan umur.
Ringkasan pemilihan ‘child car seat dari Healthy Children.org
Anak-anak pada mulanya mungkin tidak suka apabila kita meletakan mereka ke dalan ‘child car seat’. Namun bak kata pepatah, alah bisa, tegal biasa. Lama-kelamaan mereka akan faham yang mereka perlu berada di dalan ‘child car seat’ untuk menaiki kenderaan.
Seperti yang pernah dikongsikan oleh Puan Afiqqah Sani menerusi media sosialnya, bagi memastikan anak-anak beliau tidak meragam di dalam ‘child car seat’ beliau membekalkan anak-anaknya dengan pelbagai buku dan mainan. Akhirnya anak-anaknya akan bermain hingga tertidur di dalam ‘child car seat’.
Anak-anak adalah amanah kita. Kita yang menentukan nasib mereka dengan pilihan kita sendiri kerana pilihan ada ditangan kita.
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!