Selawat Kamilah Untuk Hilangkan Rasa Sempit & Susah, Amalkan Sebanyak Yang Mampu

Selawat Kamilah atau Selawat Tafrijiyah bererti sempurna atau terbuka sehingga menjadi lapang. Amalkan selalu sebanyak yang mampu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi mereka yang ingin kehidupannya dipermudahkan, ditunaikan segala hajat dan dijauhkan dari segala kesusahan serta terhindar dari gangguan, sebaiknya amalkan selawat kamilah selepas solat fardhu sebanyak yang mampu.

Selawat Kamilah Dalam Arab & Rumi

Rumi: “Allahumma solli solatan kamilatan. Wasalim sallaman taammaa. A’laa saidina muhammadinil lazi. Tanhallubihil u’kadu. Watanfariju bihil kurobu. Watukdho bihil hawa iju. Watunaalu bihirro gha’ ib-u. Wahusnu khawaa timi. Wayustasqhol ghomaamu. Biwajhihil karim. Wa ala alihi wasah bihi. Fi kulli lamhatim wanafasim. Bi’ adadi kulli mak’lu mim lakh”

Maksud:“Ya Allah, limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW yang dengan rahmatnya itu semoga terurai segala simpulan, terhapus segala kesusahan, tertunai segala hajat, tercapai segala keinginan dan kesudahan umur yang baik (mati dalam keimanan) serta dicurahi hujan rahmat dengan berkat peribadinya yang mulia. Rahmatilah ahli keluarga dan para sahabatnya dalam setiap kerlipan mata dan tarikan nafas sebanyak jumlah pengetahuan Mu”.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kelebihan Jika Amalkan Selawat Kamilah

Antara kelebihan atau fadilat mengamalkan selawat ini setiap kali selepas solat fardhu termasuklah:

1. Allah akan melenyapkan rasa dukacita yang menimpa diri

Sekiranya anda berada di titik terendah di dalam hidup, amalkan selawat ini untuk menghilangkan rasa sedih, kesulitan atau ketika dalam bahaya. Letakkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah. Yakinlah janji Allah itu pasti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Allah akan memudahkan segala urusan

Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 kali atau 100 kali, Allah akan menghilangkan segala kesusahan dan dipermudahkan segala urusan kehidupan.

3. Dipancarkan nur (cahaya) dalam hati dan mendapat kedudukan yang tinggi

Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini sebanyak 11 kali setiap hari selepas solat lima waktu, rezekinya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.

4. Pendapat atau pandangan diterima ramai

Sekiranya anda sudah melalu bermacam jenis temuduga tetapi tidak berhasil, cuba amalkan selawat kamilah atau selawat tafrijiyah dalam rumi supaya suara anda didengari dan diterima ramai.

5. Sentiasa dicintai oleh semua orang

Pernah tak lihat seseorang yang membuatkan hati anda rasa tenang? Amalkan selawat ini supaya anda dicintai dan disenangi oleh semua orang yang berada di sekekling. Malah, berasa gembira sekiranya dapat berjumpa dengan anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Jangan Cepat Naik Angin Bila Anak Mengamuk, Bacalah Selawat & Tiup Pada Ubun Kepalanya

Baca juga: Doa Selepas Solat Subuh dan Amalan Pembuka Pagi Hari Agar Semua Urusan Dipermudahkan Dan Diberkati

Baca juga: 7 Doa Pembuka Rezeki Jadikan Sebagai Amalan Setiap Hari

Penulis

Noorhidayah