Sakit Kepala Berpanjangan Antara 8 Simptom Bahaya Lepas Bersalin Yang Perlu Diambil Perhatian!

Proses selepas bersalin adalah sesuatu yang amat mencabar bagi seorang ibu. Anda perlu peka dengan sebarang perubahan yang berlaku pada diri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Proses selepas bersalin adalah sesuatu yang amat mencabar bagi seorang ibu. Ini kerana pelbagai peringkat harus dilalui, bukan saja sakit dijahit dan sebagainya tetapi banyak juga perkara lain.

Selepas bersalin, terutama bagi ibu yang pertama kali melahirkan, mereka perlu peka dengan sebarang perubahan diri. Mereka perlu peka dengan sebarang perubahan diri bagi mengelak perkara tidak diigini berlaku. 

Selepas bersalin ibu perlu peka dengan perubahan diri

Proses berpantang ialah fasa mencabar bagi golongan ibu selepas bersalin kerana badan sedang dalam proses pemulihan selain turut memerlukan masa rehat yang cukup.

Selain sebagai panduan kepada kaum ibu, simptom di bawah ini juga boleh dijadikan rujukan kepada suami supaya lebih peduli, dan ambil tahu mengenai kesihatan dan kesulitan yang sedang dihadapi isteri.

Jangan hanya tahu buat anak saja ya, perubahan pada isteri perlu diambil perhatian dan jangan diabaikan kerana ia boleh mengancam nyawa isteri anda. Jadi anda perlu sentiasa peka dengan sebarang perubahan yang berlaku. 

#1. Pendarahan postpartum

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pendarahan ini akan diiringi dengan tanda lain seperti denyutan jantung pantas, pening kepala, berpeluh dan rasa seperti hendak pitam.

Sekiranya pendarahan semakin banyak dan tuala wanita asyik penuh atau keluar ketulan darah beku besar, perlu ke hospital dengan segera.

Jangan tunggu bila sudah langsung tidak larat baru mahu ke hospital. Jika pendarahan luar biasa berlaku, dalam hanya beberapa jam tuala wanita anda penuh, segeralah ke hospital. 

#2. Sakit kepala berpanjangan

Ini antara kesan sampingan suntikan epidural, ibu akan mengalami sakit kepala yang teruk apabila duduk atau berdiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika dalam tempoh 3 hari selepas bersalin masih mengalami sakit kepala teruk, itu mungkin tanda pra-eklampsia yang disusuli tahap penglihatan kabur atau loya.

Dapatan segera rawatan doktor jika ini berlaku pada anda.

#3. Tekanan darah tinggi

Tekanan darah akan diambil setiap enam jam pertama selepas bersalin. Jika angka di bawah (diastolik) lebih 90, ini mungkin tanda pra-eklampsia dan berisiko mengidap eklampsia sepenuhnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, jika diiringi sakit kepala, penglihatan kabur atau rasa loya, terus ke hospital segera.

#4. Sakit atas abdomen

Keadaan ini jarang berlaku dan dikenali sebagai sindrom HELLP. Pastikan tiada tanda lain selepas dua hari bersalin seperti penat, muntah, dan loya serta rasa sakit sekitar bahagian atas abdomen.

HELLP akan menjejaskan fungsi hati. Gejala ini perlu diperiksa segera. Pergi ke hospital terdekat.

#5. Nafas pendek

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika rasa sesak nafas dan tidak pulih walaupun selepas berehat, kita memerlukan bantuan segera. Keadaan ini mungkin disebabkan darah beku tersekat pada salah satu saluran darah dalam paru-paru (embolisme pulmonari).

Atau jika anda penghidap asma dan tiba-tiba merasa nafas pendek, dapatkan segera rawatan doktor.

#6. Sakit dada

Ini mungkin disebabkan jangkitan pada dada atau ketegangan otot akibat meneran semasa bersalin. Namun, mungkin juga tanda embolisme pulmonari. Pastikan segera ke hospital apabila sakit dada diiringi sesak nafas dan batuk berdarah.

#7. Sakit betis

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesakitan itu mungkin disebabkan trombosis vena dalam yang menyebabkan pembekuan darah pada otot dan berisiko membawa maut. Tanda lain ialah merah di pelipat dan rasa berat atau panas di bahagian darah beku.

#8. Demam panas

Demam panas dan menggigil ialah salah satu tanda jangkitan. Bahagian yang biasa terkena jangkitan ialah ruang antara vagina dan rektum (perineum), luka pembedahan caesar, saluran kencing atau uterus (rahim).

Jika mengalami jangkitan dalam rahim, kita akan rasa sakit di bahagian perut dan keluar darah faraj yang busuk (lokia).

Jangan ambil mudah jika anda rasa anda diserang demam panas kerana ia mungkin tanda ada jangkitan pada mana-mana bahagian yang luka.

Terus dapatkan pemeriksaan doktor jika anda merasa tidak selesa dan sebagainya.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Menjaga Faraj Selepas Bersalin Yang Wanita Patut Buat

Penulis

Lala Annuar