Apa Akan Berlaku Selepas Anda Memaafkan Pasangan Yang Curang?

Ada pasangan yang sanggup memaafkan pasangannya selepas mendapat tahu mereka curang. Tapi ini 5 perasaan yang akan anda alami selepas pasangan curang...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah rumah tangga akan kembali bahagia selepas pasangan curang? Tidak dapat dinafikan, kehidupan selepas pasangan curang menimbulkan perasaan yang berbeza.

Bagi sesetengah pasangan, mempertahankan perkahwinan selepas terjadingan kecurangan adalah perkara yang mustahil. Kecurangan memang menyakitkan, ia membuatkan kita terluka dan sukar untuk mempertahankan hubungan semula.

Walaupun begitu, ada juga pasangan yang masih percaya mereka layak memperjuangkan cinta mereka dengan memaafkan pasangan yang curang.

Tapi sudah tentu keadaan rumah tangga selepas pasangan curang tidak akan sama seperti sebelumnya.

Jika anda berada dalam situasi ini, jangan risau. Tiada orang yang berhak menilai keputusan anda untuk memaafkan pasangan. Tapi, anda harus bersedia dengan beberapa perubahan dalam rumah tangga selepas pasangan anda curang.

5 Perubahan Selepas Pasangan Curang

1. Selepas pasangan curang, anda akan cuba berjuang untuk percaya pasangan anda sepenuhnya (semula)

Kredit: Freepik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kembali mempercayai pasangan adalah benda utama yang anda perlu lakukan. Ya, memang susah kerana anda akan ingat semula apa yang pasangan lakukan dan bagaimana dia mengkhianati kepercayaan anda dulu.

Psikologi Today mencadangkan agar anda mengutarakan perasaan anda.

Anda ada hak untuk bertanya soalan dan memberitahu tentang perasaan anda. Berkomunikasi dan menjadi lebih terbuka adalah penting untuk memulakan semula hubungan yang telah rosak.

Pasangan yang telah curang pula perlu membuktikan perlahan-lahan yang anda ingin mengubah diri anda dan menjadikan hubungan anda lebih baik dari sebelumnya.

Mengembalikan kepercayaan merupakan proses yang panjang dan memakan waktu. Tapi seperti masalah lain, untuk menyelesaikannya anda perlu melaluinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: 7 tips untuk elak kes pasangan curang selepas bertahun kalian kahwin

2. Selepas pasangan curang, anda rasa rendah diri

Kredit: Pexels

Selepas dikhianati oleh orang yang kita cintai, sudah tentu kita akan mepersoalkan diri sendiri. Adakah saya tidak menarik lagi? Atau tak cantik? Kenapa dia curang?

Pertanyaan seperti ini boleh menimbulkan rasa rendah diri kerana risau pasangan curang kerana kesalahan kita sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Salah satu cara terbaik untuk mengembalikan kepercayaan diri adalah dengan memberikan waktu untuk diri anda. Jauhkan diri dengan pasangan buat seketika.

Cara ini boleh mengembalikan keintiman anda dan pasangan serta memperbaiki komunikasi yang mula renggang.

Selain itu, ia memberi anda masa untuk berfikir sama ada perkahwinan anda layak diselamatkan atau tidak,

3. Selepas pasangan curang, libido (nafsu seks) anda jadi tidak menentu

Kredit: Unsplash

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas pasangan curang, anda sebagai pasangan yang dikhianati perlu berusaha keras untuk menghidupkan kembali kehidupan seksual anda.

Ya, mungkin hasrat seksual pada pasangan tetap ada, tapi ia boleh dikalahkan dan dikuasai oleh emosi lain. Rasa kecewa, sedih, marah, tidak percaya, atau emosi lain.

Ada pula yang melihat pasangan menjadi lebih menarik dan timbul rasa rindu untuk bersama semula. Bagi beberapa pasangan, hubungan intim menjadi cara untuk mereka mula berkomunikasi semula.

Bagaimanapun, membaiki kembali perhubungan intim juga mengambil masa, jadi anda tak perlu terburu-buru.

4. Membalas dendam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Unsplash

Salah satu perasaan semula jadi yang boleh dirasakan oleh orang yang dikhianati ialah keinginan untuk membalas dendam. Anda ingin pasangan anda merasa sakit yang anda rasai.

Tapi, jangan diikutkan perasaan anda. Membalas dendam bukan cara yang terbaik untuk memperbaiki hubungan anda.

Jika anda bergaduh, jangan ungkit kecurangan yang pasangan anda lakukan kerana ia akan menyakitkan anda dan pasangan anda dan hanya akan meretakkan lagi hubungan anda.

5. Tertekan

Kredit: Pexels

Sudah tentu anda akan merasa tertekan apabila mengetahui yang pasangan anda curang. Tapi perasaan ini boleh digantikan dengan memikirkan benda-benda yang baru.

Seperti, belajar mencintai diri anda sendiri atau kembali mengejar cita-cita yang tertangguh.

***

Tina B, seorang terapi psikologi berkata, kadang-kadang curang boleh menyelamatkan sesebuah perkahwinan kerana selepas curang, anda boleh memberi komitmen yang lebih terhadap rumah tangga kerana tidak ada perkahwinan yang boleh menjamin anda selamat dari orang ketiga.

Oleh kerana itu, jika anda berjaya menyelamatkan perkahwinan anda selepas pasangan curang, perkahwinan anda akan lebih kuat dari sebelumnya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Sebab Kenapa Suami Pilih Curang, Cari Wanita Lain & ‘Blah’ Dari Rumah

Penulis

Nadia Ghafar