X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

7 tips untuk elak kes pasangan curang selepas bertahun kalian kahwin

4 min bacaan
7 tips untuk elak kes pasangan curang selepas bertahun kalian kahwin

Curang dalam perkahwinan boleh dielak jika suami isteri bijak mengamalkan 7 tips mudah ini. Sama-sama kalian menjaga rumah tangga demi cinta yang tersemat.

Curang dalam perkahwinan sering terjadi kalau pasangan leka

Semakin maju zaman dek peningkatan teknologi, semakin banyak mahligai indah yang dibina antara pasangan suami isteri musnah dek kes curang dalam perkahwinan.

Mungkin ramai yang menganggap curang adalah masalah normal kerana pasangan sudah mulai bosan dengan kehidupan berkeluarga. Tapi ia sebenarnya bukan normal!

Pasangan yang curang memilih untuk menipu dan berlaku curang dengan pasangan mereka di belakang!

curang dalam perkahwinan

Kredit: The Spruce

Jika anda salah seorang mangsa kes curang dalam rumah tangga, jangan sesekali menyalahkan diri anda. Bukan salah anda pasangan hilang rasa cinta dan tergoda dengan orang lain.

Tapi anda boleh mengelak kes curang ini dengan melihat beberapa tanda amaran yang ditunjuk pasangan. Cara paling terbaik untuk mengelak penipuan dan curang dalam rumah tangga kalian adalah dengan mengukuhkan perhubungan. 

Di sini kami akan berkongsi 7 tips bagaimana anda boleh mengelak kes curang dalam mahligai bahagia yang dibina oleh anda itu:

#1 Jangan pentingkan diri sendiri, sebaliknya pentingkan pasangan

curang dalam perkahwinan

Jika anda perasan yang kalian asyik meluangkan masa dengan media sosial berbanding bermesra dan bermanja ketika free, mungkin kalian berdua kena fikir sejenak tentang siapa yang perlu dipentingkan.

Jawapan paling tepat tentang siapa yang perlu dipentingkan dalam perkahwinan adalah pasangan. Kalau anda rasa anda tidak cukup mementingkan suami, cuba keluarkan tenaga untuk mengubahnya.

Kalau anda rasa suami seakan semakin tidak menghiraukan anda, beritahu secara jujur padanya tentang apa anda rasa.

#2 Tetapkan peraturan penting

Selepas berkahwin, atau sepatutnya sebelum berkahwin, kalian berdua kena bawa berbincang peraturan penting tentang bagaimana kalian melayan orang lain.

Contohnya mungkin ada pasangan yang anggap “terlalu ramah seakan menggoda” orang lain adalah perkara normal. Tapi, ada pasangan yang anggap ia sebagai curang.

Jadi tetapkan awal-awal apa yang kalian mahu. Ia menjimatkan masa supaya anda tak bergaduh kelak bila timbul salah faham.

#3 Cuba jauhkan diri dari peluang berlaku curang

curang dalam perkahwinan

Kredit: wikiHow

Jika anda rasa seakan-akan mulai jatuh cinta dan tertarik dengan rakan sepejabat, atau ada rakan anda yang seolah-olah cuba menggoda anda, cuba lari dan jauhkan diri dari situasi itu!

Curang dalam perkahwinan adalah satu keputusan yang terletak di tangan anda. Jika anda menjauhkan diri daripada sebarang peluang yang boleh membawa kepada kecurangan, anda mungkin boleh berjaya.

Contohnya, elakkan diri daripada terlalu lama di luar tanpa pasangan, pergi melancong seorang diri, terlalu banyak masa bersendirian berbanding bersama pasangan dan sebagainya.

Kalau boleh, cuba buat sebarang aktiviti dengan pasangan agar kalian semakin rapat.

#4 Bersikap terbuka dengan pasangan

Cuba cipta kebahagiaan dalam rumah tangga anda dengan bersikap terbuka bersama pasangan. Jika kalian jujur, kes curang dalam perkahwinan susah nak terjadi. 

Anda dan pasangan sepatutnya berasa selesa untuk bercerita dan berkongsi apa saja perasaan dan buah fikiran dengan masing-masing. Kejujuran akan membuatkan kalian lebih rapat dan memahami satu sama lain dengan lebih baik.

#5 Jangan lupa sentuhan!

curang dalam perkahwinan

Memenuhi keperluan seksual adalah perkara paling penting untuk membentuk rumah tangga yang sihat. Jadi, jangan lupa sentuhan daripada anda itu akan membentuk intimasi di antara satu sama lain.

Tapi jangan push sangat jika kalian tak rasa nak berasmara. Cuba rancang surprise atau kelainan yang boleh membuak-buakkan nafsu pasangan. Pasti kalian akan melalui satu malam yang penuh mendebarkan!

#6 Jangan biarkan cemburu buat kalian bergaduh

Kebiasaannya, pasangan berkahwin akan kerap bergaduh jika salah seorang daripada kalian kuat cemburu. Jangan begini. 

Stories Rakan Kongsi
Building a Better Home: 7 Best Household Items You Need to Invest In
Building a Better Home: 7 Best Household Items You Need to Invest In
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!

Cemburu sebenarnya adalah duri dalam daging. Jika anda rasa cemburu kerana suami tak beri sepenuh perhatian pada anda, jangan terus maki-hamun dirinya.

Sebaliknya, anda patut buat sebarang perubahan untuk biar suami “sedar” kelainan yang anda bawa. Kalau anda cemburu dia rapat dengan seseorang, cakap padanya terus!

#7 Jumpa pakar kaunseling

curang dalam perkahwinan

Kredit: Intent Blog

Berjumpa pakar kaunseling bukan bermaksud perkahwinan kalian bermasalah. Sebaliknya, kaunseling mampu membuatkan kalian berubah untuk menjadi lebih baik.

Ramai pasangan suami isteri mengatakan kaunseling membuatkan mereka berkomunikasi dengan lebih baik, malah lebih memahami pasangan.

Jangan tunggu sampai perkahwinan sudah porak-peranda baru anda cuba untuk mendapatkan bantuan!

Apapun, pilihan untuk curang sebenarnya ditentukan oleh 2 pihak. Anda boleh mengelak berlaku curang dalam perkahwinan jika anda tegas untuk menjauhkan diri dengan anasir yang tidak sepatutnya, dan mengamalkan 7 tips di atas.

Kami di theAsianparent sentiasa mendoakan agar mahligai indah yang dibina anda itu kekal hingga ke anak cucu. Mari sama-sama kita menjaga perkahwinan kita, ya!

 

 

 

 

 

Artikel digubah daripada theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comtanda-pasangan-curang-facebook/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Uncategorized
  • /
  • 7 tips untuk elak kes pasangan curang selepas bertahun kalian kahwin
Kongsikan:
  • "Jangan ikat pasangan dalam perkahwinan. Curang itu hanya satu alasan. Ia tidak mengapa", - Angelina Jolie

    "Jangan ikat pasangan dalam perkahwinan. Curang itu hanya satu alasan. Ia tidak mengapa", - Angelina Jolie

  • Lelaki Berpotensi Untuk Curang Selepas 11 Tahun Perkahwinan- Kajian

    Lelaki Berpotensi Untuk Curang Selepas 11 Tahun Perkahwinan- Kajian

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • "Jangan ikat pasangan dalam perkahwinan. Curang itu hanya satu alasan. Ia tidak mengapa", - Angelina Jolie

    "Jangan ikat pasangan dalam perkahwinan. Curang itu hanya satu alasan. Ia tidak mengapa", - Angelina Jolie

  • Lelaki Berpotensi Untuk Curang Selepas 11 Tahun Perkahwinan- Kajian

    Lelaki Berpotensi Untuk Curang Selepas 11 Tahun Perkahwinan- Kajian

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.