Lelaki Suka Pakai Spender @ Boxer? Pilihan Tepat, Bantu Penghasilan Sperma Berkualiti!

Lelaki Suka Pakai Spender @ Boxer? Pilihan Tepat, Bantu Penghasilan Sperma Berkualiti!

Mana satu yang lebih baik untuk kesuburan lelaki, Boxer atau seluar dalam?

Tahukah anda bahawa pemilihan seluar dalam lelaki dan boxer juga penting bagi mendapatkan sperma yang berkualiti?

Bagi lelaki, pemilihan pakaian buat diri mereka adalah sangat mudah jika dibandingkan dengan wanita.

Ini kerana dengan gayaan yang ringkas sudah cukup membuatkan diri mereka kelihatan tampan dan berkeyakinan tinggi.

Tidak seperti perempuan yang memerlukan masa yang lebih lama untuk bersiap agar tampil lebih bersedia dan menawan setiap hari.

Namun begitu kita tidak mahu menyentuh soal pakaian orang lelaki tetapi kita ingin kupas berkaitan pemilihan seluar dalam lelaki vs boxer. Yang mana satu menjadi kegemaran si jejaka.

Punca-punca lelaki tidak subur

seluar dalam lelaki Kredit: Glam lelaki

Bila menyentuh soal ketidaksuburan, masyarakat selalu beranggapan wanita yang menjadi punca.

Sedangkan punca itu bukan terletak pada perempuan sahaja, lelaki juga turut boleh mengalami ketidaksuburan disebabkan benda-benda yang mereka terlepas pandang.

Berdasarkan statistik yang diterbitkan dalam Web MD, sebanyak 35 hingga 40% kes pasangan suami isteri tidak subur adalah berpunca daripada lelaki. Terkejut dan tak disangka, bukan?

Ia berpunca gara-gara lelaki mengalami masalah tidak subur disebabkan sperma yang tidak normal terkandung dalam air mani mereka.

Faktor yang boleh menjejaskan sperma lelaki:

  • Pengambilan antibiotik
  • Sering mengalami demam
  • Stres dan tekanan yang melampau
  • Varikosel
  • Kekurangan hormon testosteron
  • Lelaki tersebut sedang dalam rawatan kemoterapi dan terdedah dengan radiasi
  • Jangkita STD yang tidak dirawat
  • Pengambila dadah dan kuat merokok
  • Tidak melakukan hubungan seksual dalam jangka masa yang agak lama

Seluar dalam lelaki vs boxer, mana yang lebih bagus?

spender lelaki

Dalam masa yang sama, ada juga yang mengatakan seluar dalam lelaki juga boleh menyebabkan testis mengalami tekanan.

Namun begitu, ia sebenarnya ada kaitan dengan suhu maksudnya suhu testis yang rendah adalah diperlukan bagi menghasilkan sperma yang berkualiti dan terbaik.

Ini bermakna, pemakaian boxer atau seluar dalam lelaki boleh menyebabkan suhu testis jadi lebih panas sekaligus mengurangkan kualiti penghasilan sperma itu sendiri.

Menurut Pakar Endokrinologi, Celia E Dominguez, sebab mengapa testis berada di luar tubuh adalah memerlukan suhu yang tak panas bagi penghasilan sperma yang baik.

Meskipun pilihan pakaian dalam menjadi punca ketidaksuburan ini namun ia perlulah mengikut keselesaan lelaki tersebut.

Berdasarkan kajian dalam Jurnal Human Reproduction, lelaki yang pakai boxer memiliki sperma yang lebih banyak berbanding seluar dalam lelaki.

Keduanya, pemakaian boxer membolehkan kadar follicle-stimulating hormone yang lebih rendah berbanding spender lelaki. Maksunya di sini, boxer adalah lebih baik dari seluar dalam lelaki!

Walaubagaimanapun, ini bukan bermaksud boxer akan membuatkan anda subur secara automatik kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang boleh mempengaruhinya.

Justeru, jalanilah hidup yang lebih sihat dan pakailah boxer berbanding seluar dalam yang dipercayai mampu memberi tahap kesuburan dan kualiti sperma anda.

Tips menjaga kebersihan alat kelamin

boxer lelaki

#1. Pertamanya, jangan sesekali berkongsi alat pencukur dengan individu lain yang boleh mengakibatkan jangkitan seperti Hepatitis B. Selain rapikan bulu yang tumbuh di sekitar alat sulit supaya tiada jangkitan seterusnya menganggu hubungan bersama pasangan.

#2. Basuh alat kelamin dengan menggunakan alat pencuci khusus untuk menghilangkan bau yang kurang menyenangkan. Malah ia boleh didapati di kedai-kedai runcit atau farmasi.

#3. Menukar pakaian dalam dengan lebih kerap selepas mandi setiap hari. Ini kerana kekadang lebihan air kencing boleh melekat pada seluar tanpa anda sedari dan inilah punca alat sulit berbau.

#4. Jaga hubungan dengan pasangan dan tidak melakukan hubungan selain dengan suami dan isteri anda. Ini kerana, hubungan bercampur boleh menyebabkan penyakit kelamin yang serius. Jadi jangan dibuat main ya!

#5. Bagi lelaki anda harus selalu melakukan pemeriksaan pada buah zakar dengan cara mengenali ukuran, bentuk dan berat testis masing-masing. Sekiranya muncul benjolan dan pembengkakan, segera membuat pemeriksaan dengan doktor.

Semoga bermanfaat.

Lelaki Suka Pakai Spender @ Boxer? Pilihan Tepat, Bantu Penghasilan Sperma Berkualiti!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Hello Doktor, Pakar Zakar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner