Seluar Dalam Wanita: 10 Jenis Underwear Yang Selesa & Seksi Untuk Setiap Bentuk Badan

undefined

Seluar dalam wanita ada pelbagai jenis seperti brief, bikini, hipster, boyshorts, thong, g-string, seamless panties dan banyak lagi.

Walaupun sering tersembunyi di sebalik pakaian harian, seluar dalam wanita memainkan peranan besar dalam memastikan keselesaan dan keyakinan diri.

Sama ada anda sedang mencari underwear untuk aktiviti harian, bersenam atau untuk tampil lebih menawan di hadapan pasangan, pemilihan jenis dan material yang betul memberikan impak yang besar pada hari istinewa.

Dengan pelbagai pilihan di pasaran dari yang minimal hingga yang mewah,  jom kita tengok jenis-jenis seluar dalam wanita yang popular serta cara memilih yang paling sesuai dengan bentuk tubuh dan gaya hidup anda.

10 Jenis Seluar Dalam Wanita

Nak tahu jenis seluar dalam wanita mana yang sesuai dengan anda? Ini antara pilihan seluar dalam yang selesa dan popular yang ramai wanita suka:

1. Brief

Potongan klasik yang menutup penuh bahagian depan dan belakang. Sangat sesuai dipakai harian, terutamanya jika anda suka rasa selesa dan terlindung sepenuhnya.

2. Bikini

Potongan lebih rendah di pinggang dan sedikit terbuka di bahagian punggung. Sesuai untuk wanita yang suka gaya feminin dan selesa.

3. Hipster

Letaknya sedikit rendah di pinggul. Reka bentuk ini sesuai untuk dipakai bersama seluar jeans atau pakaian kasual.

4. Boyshorts

Seluar dalam bergaya seperti boxer lelaki, tapi dengan sentuhan feminin. Memberi liputan penuh dan sangat sesuai untuk tidur atau bersantai di rumah.

5. Thong

Memberikan minimum liputan di bahagian belakang. Ideal untuk dipakai bersama pakaian ketat kerana tidak meninggalkan garis seluar dalam (panty line).

6. G-String

Lebih ‘berani’ berbanding thong. Pilihan ideal bila pakai pakaian nipis atau berpotongan tinggi – untuk elak sebarang garisan kelihatan.

7. Seamless Panties

Tiada jahitan yang jelas, jadi sangat sesuai dipakai di bawah pakaian bodycon atau fabrik ringan. Rasa selesa dan nampak ‘invisible’.

8. Shapewear / Control Brief

Seluar dalam yang direka untuk memberi sokongan dan bentuk pada pinggang dan perut. Sesuai untuk wanita yang mahu tampak lebih kemas dalam pakaian rasmi.

9. High-Waisted Panties

Potongan tinggi hingga ke pinggang. Selesa, menyokong dan sangat sesuai untuk ibu berpantang atau yang perlukan sokongan tambahan.

10. Lace Panties

Material renda yang lembut dan seksi. Biasanya dipakai untuk momen istimewa atau bila anda nak rasa extra special.

Cara Memilih Seluar Dalam Mengikut Saiz Tubuh

Tak semua jenis sesuai untuk semua orang. Jadi, kenal pasti bentuk badan anda dan pilih yang paling sesuai:

  • Badan berisi atau curvy: Boyshorts dan high-waist sangat membantu beri sokongan tambahan.
  • Badan kecil (petite): Bikini dan hipster boleh beri ilusi kaki lebih panjang.
  • Badan athletic: Pilih potongan yang feminin seperti lace atau thong untuk tambah seri.
  • Lepas bersalin: High-waist panties atau shapewear bantu beri rasa lebih yakin dan selesa.
  • Badan hourglass: Hampir semua jenis sesuai, tapi seamless dan bikini antara pilihan terbaik untuk bentuk badan ini.

Saiz Seluar Dalam Yang Sesuai

Nak seluar dalam selesa? Saiz kena tepat! Terlalu kecil, boleh sebabkan iritasi dan garisan merah. Terlalu besar pula mudah terlondeh, tak kemas dan mudah bergeser.

Untuk pastikan saiz betul:

  • Ukuran pinggang: Ukur bahagian paling sempit di pinggang.
  • Ukuran punggung: Ukur bahagian paling lebar pada punggung.

Gunakan carta saiz daripada jenama yang anda pilih. Setiap jenama mungkin ada perbezaan sedikit.

Bila beli, cuba seluar dalam baru di rumah dengan pakaian nipis untuk tengok sama ada ia sesuai dipakai di luar.

Material Seluar Dalam Yang Selesa

Material memang main peranan penting untuk keselesaan sepanjang hari kerana tak semua kain sesuai untuk setiap situasi:

  • Kapas (cotton):Material terbaik untuk kegunaan harian. Menyerap peluh dan elakkan jangkitan.
  • Spandex/Nylon: Elastik dan sesuai untuk bersukan, tapi pastikan ada lapisan kapas di bahagian dalam.
  • Lace: Cantik dan seksi, tapi pilih lace yang lembut supaya tidak gatal.
  • Silk atau satin: Untuk rasa mewah, tapi kurang sesuai untuk pemakaian harian atau cuaca panas.

Seluar dalam mungkin nampak kecil, tapi fungsinya sangat besar dalam kehidupan seharian seorang wanita. Bila anda tahu jenis yang sesuai dengan bentuk badan, saiz dan material yang selesa, barulah anda boleh bergerak dengan penuh keyakinan sepanjang hari.

Tak kira sama ada anda memilih yang praktikal atau seksi, yang penting adalah anda selesa dan yakin tanpa perlu menyakitkan diri sendiri. So, next time nak shopping seluar dalam pilih dengan bijak, ya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Usah Main Beli, Ini Cara Memilih Bra Untuk Ibu Mengandung Dan Menyusu Dengan Betul

Baca juga: 10 Jenis Seluar Dalam Wanita Dan Cara Memilih Mengikut Bentuk Badan Anda!

Baca juga: Lelaki Suka Pakai Spender @ Boxer? Pilihan Tepat, Bantu Penghasilan Sperma Berkualiti!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!