X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Pertimbangkan Membeli Seluar Dalam Perempuan Hamil, Selesa Dan Mudah Disarung!

Seluar dalam perempuan hamil wajib ada untuk bakal-bakal ibu demi keselesaan dan perlindungan penuh pada perut.

Tidak dapat dinafikan bahawa bentuk badan anda akan berubah sepanjang kehamilan. Sudah tentu anda menjangkakan perut anda akan membesar, malah pinggul juga akan mengembang untuk memberi ruang kepada bayi yang bermakna anda mungkin memerlukan seluar dalam perempuan yang baru.

Selain membeli baju maternity, pertimbangkan juga untuk membeli seluar dalam bersalin yang mempunyai potongan yang sesuai untuk bakal ibu.

Memakai seluar dalam sedia ada pastinya agak sukar dalam keadaan perut yang membesar, namun jika anda mempunyai seluar dalam khas untuk ibu hamil pastinya menjadi lebih mudah.

Seluar dalam terbaik untuk kehamilan cenderung lebih tegang dan mempunyai potongan yang lebih penuh yang diperlukan apabila anda mempunyai baby bump!

Berita baik untuk bakal ibu, kini seluar dalam perempuan hamil mempunyai pelbagai pilihan dan gaya yang berbeza sama ada anda suka jenis potongan thong atau full-coverage semuanya direka untuk perempuan hamil bahkan ada juga seluar dalam dengan reka bentuk over-the-bump dan potongan rendah.

Pendek kata, keselesaan adalah kunci jadi anda perlu cuba beberapa gaya yang berbeza sebelum membeli. Kami mengesyorkan untuk membeli sekurang-kurangnya satu atau dua pasang seluar dalam dengan liputan penuh kerana ia amat penting untuk digunakan ketika berpantang nanti.

Isi Kandungan

  • Kebaikan Pakaian Dalam Maternity
  • Jenis-Jenis Seluar Dalam
  • Tips Pemilihan Seluar Dalam
  • Seluar Dalam Hamil Terbaik Di Pasaran
  • SummerGlitz
  • Mamaway
  • Akarana
  • Lunavie
  • Shapee
  • Mothercare
  • Holabebe
  • ECOBB
  • Perbandingan Harga
  • Bahaya Seluar Ketat

Kebaikan Memakai Pakaian Dalam Maternity

Pertimbangkan Membeli Seluar Dalam Perempuan Hamil, Selesa Dan Mudah Disarung!

Dalam keadaan fizikal yang tidak selesa, perkara pertama yang anda perlu periksa semasa kehamilan ialah almari pakaian anda. Periksa dahulu sama ada anda sudah ada pakaian maternity termasuklah seluar dalam.

Maternity panty dicipta khusus untuk memberikan wanita hamil dengan tahap keselesaan yang terbaik. Memandangkan ia dijahit, ditenun, dihasilkan dan dipasarkan sebagai seluar dalam ibu mengandung, pakaian dalam ini direka khusus untuk ibu yang mempunyai perut besar, membolehkan ibu meningkatkan kelenturan dan pergerakan.

Seluar dalam jenis ini juga memberikan sokongan yang anda perlukan apabila anda mempunyai baby bump.

Seluar dalam ibu mengandung selalunya terdiri daripada bahan lembut dan berkualiti tinggi untuk melegakan ketegangan pada otot pelvis yang disebabkan oleh hormon dan perubahan fizikal semasa kehamilan.

Seluar dalam mengandung juga kebanyakannya adalah ‘free size’ untuk memberikan kesesuaian ideal sambil mengekalkan keselesaan pada maksimum.

Jenis-Jenis Seluar Dalam Sesuai Untuk Wanita Guna Semasa Hamil

Pertimbangkan Membeli Seluar Dalam Perempuan Hamil, Selesa Dan Mudah Disarung!

Seluar dalam ibu mengandung datang dalam pelbagai gaya. Seperti mana-mana jenis pakaian intim yang lain, pilihan yang anda pilih bergantung pada keutamaan peribadi dan keperluan keselesaan anda sendiri. Berikut ialah dua jenis utama untuk dipilih:

  • Seluar dalam maternity bawah perut – Seluar dalam bersalin jenis ini terletak tepat di bawah perut anda dan terletak rendah di pinggul. Sesetengah rekaan bawah perut juga menampilkan reka bentuk silang untuk mengurangkan tekanan pada perut anda.
  • Seluar dalam maternity atas perut –  Juga dikenali sebagai seluar dalam berpinggang tinggi atau over-bump, jenis ini terletak betul-betul di bawah garis dada anda yang menawarkan perlindungan perut penuh. Gaya seluar dalam ini memberikan sokongan lembut, malah sesetengah rekaan mempunyai panel mampatan terbina dalam untuk mengurangkan kesakitan sepanjang kehamilan.
  • Seluar dalam maternity jenis seamless – Seluar dalam jenis seamless pilihan yang bagus untuk ibu hamil yang ingin berasa lebih selesa dan yakin. Fabrik yang tidak berjahit ini lembut pada kulit anda. Tambahan pulak, materialnya lebih fleksibel dan akan berubah bentuk mengikut keadaan perut anda.

Tips Pemilihan Seluar Dalam Perempuan Hamil

Pertimbangkan Membeli Seluar Dalam Perempuan Hamil, Selesa Dan Mudah Disarung!

Faktor yang sama perlu dititikberatkan seperti anda membeli pakaian intim iaitu kualiti, harga dan potongan rekaan namun untuk seluar dalam kehamilan, pilihan fabrik dan saiz juga perlu dipertimbangkan. Berikut adalah tips pemilihan seluar dalam bersalin terbaik untuk keperluan anda;

1) Material atau fabrik

Pilihan material adalah kunci utama dalam pemilihan seluar dalam terbaik untuk kehamilan. Sesetengah fabrik sintetik, seperti lateks atau poliester, memerangkap haba dan lembapan yang boleh menyebabkan kegatalan dan kerengsaan.

Cadangan kami, pilih sahaja fabrik semula jadi, seperti kapas atau buluh kerana ia bersifat hipoalergenik dan bernafas secara semula jadi. Bahan lain seperti rayon dan spandeks menawarkan regangan yang hebat, jadi tidak mengapa untuk memakainya asalkan gusset (helaian kain yang bersentuhan langsung dengan kelangkang anda) diperbuat daripada kapas.

2) Saiz

Semasa mengandung badan ibu mengalami perubahan pantas dalam masa yang singkat bermakna agak sukar untuk menentukan saiz pakaian dalam yang betul.

Secara umum, anda boleh memilih saiz pra-kehamilan anda semasa membeli-belah untuk pakaian dalam bersalin namun sentiasa semak garis panduan saiz jenama dan jika ragu-ragu, dapatkan pita pengukur untuk menyemak semula ukuran anda.

3) Keselesaan

Pastikan anda membeli seluar dalam yang selesa dipakai sepanjang hari. Perut yang semakin membesar memerlukan sokongan jadi pilih seluar dalam yang mempunyai rekaan sokongan.

Selain itu pastikan seluar dalam tersebut mudah disarung dan ditanggalkan kerana anda akan kerap ke bilik air untuk membuang air kecil jadi cari yang tidak menyusahkan anda!

8 Seluar Dalam Hamil Terbaik Di Pasaran

Jadi anda sudah dapat menilai bentuk, saiz dan gaya seluar dalam yang selesa untuk dipakai dalam tempoh sembilan bulan akan datang? 

Anda kini boleh mula memilih pakaian dalam kehamilan terbaik seperti yang dicadangkan di bawah. Kami bantu anda menyenarai pendek seluar dalam hamil terbaik yang boleh anda pilih!

Seluar Dalam Hamil Terbaik
product image
SummerGlitz Maternity Panties Smooth Cotton High Waist
Seluar Dalam Hamil Terbaik Boleh Laras
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Mamaway Antibacterial Maternity Midi Briefs
Seluar Dalam Hamil Terbaik Dengan Ciri Anti-bakteria
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Akarana Maternity Soft Cotton Underwear
Seluar Dalam Hamil Terbaik Jenis Bawah Perut
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Lunavie Cotton Maxi Maternity Panty
Seluar Dalam Hamil Terbaik Dengan Sokongan Abdomen
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Shapee Low Waist Maternity Briefs
Seluar Dalam Hamil Terbaik Dengan Rekaan Bentuk V
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Mothercare Maternity Over The Bump Briefs
Seluar Dalam Hamil Terbaik Menutup Keseluruhan Baby Bump
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Holabebe Seamless Maternity High Waist Panties
Seluar Dalam Hamil Terbaik Jenis Seamless
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
ECOBB Low Waist Pregnancy Seamless Underwear
Seluar Dalam Hamil Terbaik Tidak Mudah Bergulung
more info icon
View Details
Beli di Shopee

SummerGlitz Maternity Panties Smooth Cotton High Waist

Seluar Dalam Hamil Terbaik Boleh Laras

Pertimbangkan Membeli Seluar Dalam Perempuan Hamil, Selesa Dan Mudah Disarung!

Seluar dalam maternity jenis pinggang tinggidari jenama SummerGlitz mempunyai pengikat pinggang boleh laras ternyata dapat memberi keselesaaan untuk setiap wanita hamil.

Jalur boleh laras membolehkan anda melaras seluar dalam mengikut keselesaan anda dalam tempoh bayi membesar di samping ukuran seluar dalam yang boleh menutupi keseluruhan perut ibu hamil.

Apa yang kami suka :

  • Material daripada kain kapas yang lembut, bernafas dan bagus untuk kulit.
  • Ukuran pinggang ekstra tinggi menjadi tambahan sokongan pada baby bump.
  • Kain yang boleh diregangkan, beri keselesaan maksimum semasa dan selepas mengandung.
  • Kain tak mudah kecut dan tahan lama.

SummerGlitz Maternity Panties Smooth Cotton High Waist - RM8.50

dari SummerGlitz

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Mamaway Antibacterial Maternity Midi Briefs

Seluar Dalam Hamil Terbaik Dengan Ciri Anti-bakteria

Pertimbangkan Membeli Seluar Dalam Perempuan Hamil, Selesa Dan Mudah Disarung!

Ada ibu hamil sangat sensitif dengan material pakaian yang tidak bersesuaian dengan kulitnya. Jika anda salah seorang daripada ibu kategori ini, anda boleh dapatkan seluar dalam maternity anti-bakteria dan anti-bau yang direka untuk keselesaan semasa kehamilan dan pemakaian selepas bersalin.

Apa yang kami suka :

  • Menggunakan material premium yang digabungkan dengan Meryl Skinlife iaitu material spandeks yang sangat kuat yang secara semula jadi tahan terhadap bakteria.
  • Ditambah ion perak untuk sifat anti-bau.
  • Sangat nipis dan sangat selesa.
  • Fabrik yang lembut seperti sutera, sangat tegang yang tahan lama dicuci selepas dibasuh.
  • Sangat anjal di sekitar pinggang dan peha

Mamaway Antibacterial Maternity Midi Briefs - RM109

dari Mamaway

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Akarana Maternity Soft Cotton Underwear

Seluar Dalam Hamil Terbaik Jenis Bawah Perut

Pertimbangkan Membeli Seluar Dalam Perempuan Hamil, Selesa Dan Mudah Disarung!

Merupakan seluar dalam kapas tulen yang lembut dan selesa untuk dipakai sepanjang kehamilan dan digunakan selepas bersalin, Akarana juga mereka seluar dalam maternity dalam rekaan bertekstur bagi menampakkan keunikannya dari segi reka bentuk.

Walaupun dengan reka bentuk bawah perut, rekaan sedikit V pada bahagian atas seluar dalam dapat memberi sokongan kepada perut yang semakin membesar.

Apa yang kami suka :

  • Saiz sehingga 2XL
  • Material yang bernafas dan sejuk
  • Mudah diregangkan mengikut bentuk perut
  • Kain tahan lama dan tak mudah kecut meskipun dibasuh berkali-kali

Akarana Maternity Soft Cotton Underwear - RM17.90

dari Akarana

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Lunavie Cotton Maxi Maternity Panty

Seluar Dalam Hamil Terbaik Dengan Sokongan Abdomen

Pertimbangkan Membeli Seluar Dalam Perempuan Hamil, Selesa Dan Mudah Disarung!Maternity panties adalah pakaian dalam yang sangat penting untuk bakal ibu kerana seluar dalam biasa tidak dapat menampung dan menyokong perut yang semakin membesar.

Jika anda mencari seluar dalam yang memberi liputan penuh pada perut, Lunavie adalah pilihan terbaik. 

Lipatan pada pinggang menawarkan keselesaan sepenuhnya dengan menyesuaikan diri dengan perut hamil anda yang semakin membesar, dan sisinya yang lebih lebar memberikan kesesuaian yang luar biasa, manakala fabriknya sangat lembut dan elastik.

Apa yang kami suka :

  • Direka untuk muat sepanjang kehamilan
  • Kain lembut dan meregang
  • Sokongan bump
  • Boleh dipakai semasa dan selepas mengandung
  • Keupayaan perlindungan anti-bakteria tahan lama yang disediakan oleh Ultrafresh menghentikan pembentukan kuman pada kadar 99.9%
  • Penyelesaian semula jadi yang menghentikan kegatalan kerana ia menghalang pembentukan kulat.

Lunavie Cotton Maxi Maternity Panty - RM55

dari Lunavie

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Shapee Low Waist Maternity Briefs

Seluar Dalam Hamil Terbaik Dengan Rekaan Bentuk V

Pertimbangkan Membeli Seluar Dalam Perempuan Hamil, Selesa Dan Mudah Disarung!

Adakah anda mengalami mana-mana perkara ini semasa menggunakan seluar bersalin semasa hamil seperti material seluar yang tidak selesa, tidak muat sepenuhnya di sekeliling perut dan fabrik tidak anjal dan tidak boleh renggang?

Jika anda memilih jenama Shapee, anda tidak akan rungsing lagi kerana seluar dalam jenis pinggang rendah ini akan memberikan keselesaan terbaik sepanjang kehamilan anda.

Apa yang kami suka :

  • Kain yang lembut dan meregan menjadikannya sempurna sebagai seluar dalam maternity.
  • Selesa sesuai dengan pinggang rendah dan reka bentuk berbentuk v.
  • Lebih lebar untuk elakkan daripada tergelincir ke bawah.
  • Jalur keanjalan tinggi untuk sokongan dan kesesuaian yang sempurna.

Shapee Low Waist Maternity Briefs - RM42.90

dari Shapee

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Mothercare Maternity Over The Bump Briefs

Seluar Dalam Hamil Terbaik Menutup Keseluruhan Baby Bump

Pertimbangkan Membeli Seluar Dalam Perempuan Hamil, Selesa Dan Mudah Disarung!

Seluar dalam maternity berwarna hitam ini telah direka bentuk untuk diletakkan di atas baby bump anda dan telah dipotong dengan bahagian kaki yang rendah serta dihias dengan hiasan renda yang cantik.

Diperbuat daripada fabrik kapas yang lembut dengan sedikit regangan untuk keselesaan, seluar dalam hamil ini pastinya selesa menampung baby bump anda yang semakin membesar.

Apa yang kami suka :

  • Boleh dibasuh dengan mesin basuh, tidak akan rosak dan tahan lama.
  • Gabungan kain kapas dan elastane jadi sangat lembut pada kulit.

Mothercare Maternity Over The Bump Briefs - RM38.50

dari Mothercare

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Holabebe Seamless Maternity High Waist Panties

Seluar Dalam Hamil Terbaik Jenis Seamless

Pertimbangkan Membeli Seluar Dalam Perempuan Hamil, Selesa Dan Mudah Disarung!

Lembut dan selesa dipakai ibu mengandung dan selepas bersalin, pengudaraan fabrik dengan penjagaan dua kali yang sangat baik memastikan kebolehtelapan udara dan penyerapan lembapan yang baik serta daya tahan basuh yang baik.

Menggunakan mutu kerja yang sangat baik, reka bentuk dengan jahitan sisi yang dihasilkan tidak menyebabkan kerengsaan pada badan meskipun ketika ibu tidur mengiring.

Apa yang kami suka :

  • Reka bentuk tali pinggang berbentuk U yang unik, pinggang akan berasa selesa dan tidak merasa rimas.
  • Mempunyai sokongan pada perut.
  • Menutup keseluruhan perut dan menyokong abdomen.
  • Material yang lembut, meregang dan tidak menyebabkan gatal pada perut.

Holabebe Seamless Maternity High Waist Panties - RM25.90

dari Holabebe

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

ECOBB Low Waist Pregnancy Seamless Underwear

Seluar Dalam Hamil Terbaik Tidak Mudah Bergulung

Pertimbangkan Membeli Seluar Dalam Perempuan Hamil, Selesa Dan Mudah Disarung!

Jika anda memerlukan seluar dalam maternity bersaiz besar dari saiz L hingga XXL dalam kuantiti yang banyak, anda boleh dapatkan dari jenama barangan ibu dan bayi, ECOBB kerana harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding dengan jenama lain.

Walaupun harganya murah namun kualiti seluar dalam  yang direka sama seperti seluar dalam dari jenama terkenal, masih mengekalkan keselesaan pada ibu hamil.

Apa yang kami suka :

  • Kain Ice silk yang sejuk dan lembut sekali, elastik dan berkualiti.
  • Sesuai dipakai pada musim panas.
  • Rekaan belakang yang lebar.
  • Tidak senang longgar.
  • Rekaan V shape lebih sesuai untuk perut dalam peringkat kehamilan.
  • Kain tidak bergulung.
  • Jahitan kemas dan halus.

ECOBB Low Waist Pregnancy Seamless Underwear - RM5.90

dari ECOBB

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Perbandingan Harga Seluar Dalam Hamil Terbaik Di Pasaran

Jenama Kuantiti Harga
SummerGlitz Maternity Panties Smooth Cotton High Waist 1 RM8.50-RM9.50
Mamaway Antibacterial Maternity Midi Briefs 2 RM109.00
Akarana Maternity Soft Cotton Underwear 1 RM17.90
Lunavie Cotton Maxi Maternity Panty 3 RM55.00
Shapee Low Waist Maternity Briefs 3 RM42.90
Mothercare Maternity Over The Bump Briefs 3 RM38.50
Holabebe Seamless Maternity High Waist Panties 1 RM25.90
ECOBB Low Waist Pregnancy Seamless Underwear 1 RM5.90

Mengapa Wanita Hamil Tidak Digalakkan Pakai Seluar Ketat?

Disebabkan perubahan bentuk tubuh yang berlaku semasa kehamilan, ibu hamil memerlukan pakaian yang bukan sahaja selesa tetapi juga lembut pada tubuh.

Ketika hamil, anda memerlukan jenis pakaian yang membolehkan kawasan abdomen anda berkembang. Anda boleh mencari pakaian maternity yang banyak dijual di pasaran.

Kebanyakan pakaian maternity dibuat daripada material yang selesa dan sejuk, sesuai dengan keadaan wanita hamil.

Bagaimanapun, terdapat pelbagai jenis dan rekaan pakaian materniti yang boleh dipilih oleh ibu hamil; ada yang longgar dan mampu menutupi tubuh ibu yang semakin membesar dan ada juga yang mengikut bentuk tubuh badan ibu.

Terdapat beberapa kesan negatif jika anda memakai pakaian yang ketat semasa hamil. Antaranya:

1) Pedih ulu hati – Pakaian ketat terutama di bahagian pinggang dan perut anda boleh membuatkan anda mengalami pedih ulu hati, iaitu ketidakselesaan biasa yang dialami semasa kehamilan. Ini terjadi kerana tekanan daripada pakaian yang ketat boleh menolak perut dan memaksa kandungan naik ke atas, serta menyebabkan pedih ulu hati.

2) Kesakitan – Pemakaian yang ketat semasa hamil akan membuatkan ibu berasa sakit pada beberapa bahagian tubuh seperti abdomen, dada dan lengan.

3) Peredaran darah berkurangan – Tidak kiralah jika anda sedang hamil ataupun tidak, pakaian yang ketat boleh memperlahankan peredaran dalam tubuh anda, menyekat aliran darah dan membuatkan anda rasa kebas.

4) Jangkitan yis – American Pregnancy Association mendedahkan bahawa pakaian ketat dan kurang udara semasa hamil boleh meningkatkan jangkitan yis faraj, terutama jika anda memakai seluar dalam yang ketat.

Semoga artikel ini bermanfaat!

Baca juga : 5 Sebab Ibu Hamil Dilarang Pakai Kasut Tumit Tinggi, Bukan Saja Bahayakan Anda Tapi Bayi Juga!

Baca juga : Perut Makin Membesar, Dah Tak Muat Seluar Biasa. Ini Senarai Seluar Muslimah Untuk Anda!

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

Nursyamimi

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Ingin Mendapatkan Result Pregnancy Test Yang Lebih Tepat? Ini 7 Alat Ujian Ujian UPT Terbaik Untuk Mengesan Kehamilan

    Ingin Mendapatkan Result Pregnancy Test Yang Lebih Tepat? Ini 7 Alat Ujian Ujian UPT Terbaik Untuk Mengesan Kehamilan

  • Si Manja Tolak Botol Susu? Ini 8 Jenama Yang Terbaik & Bagus, Pasti Anak Terima!

    Si Manja Tolak Botol Susu? Ini 8 Jenama Yang Terbaik & Bagus, Pasti Anak Terima!

  • Tekak Rasa Tak Selesa Dan Perit? Atasinya Dengan 6 Ubat Sakit Tekak Ini Yang Cukup Efektif!

    Tekak Rasa Tak Selesa Dan Perit? Atasinya Dengan 6 Ubat Sakit Tekak Ini Yang Cukup Efektif!

  • Ingin Mendapatkan Result Pregnancy Test Yang Lebih Tepat? Ini 7 Alat Ujian Ujian UPT Terbaik Untuk Mengesan Kehamilan

    Ingin Mendapatkan Result Pregnancy Test Yang Lebih Tepat? Ini 7 Alat Ujian Ujian UPT Terbaik Untuk Mengesan Kehamilan

  • Si Manja Tolak Botol Susu? Ini 8 Jenama Yang Terbaik & Bagus, Pasti Anak Terima!

    Si Manja Tolak Botol Susu? Ini 8 Jenama Yang Terbaik & Bagus, Pasti Anak Terima!

  • Tekak Rasa Tak Selesa Dan Perit? Atasinya Dengan 6 Ubat Sakit Tekak Ini Yang Cukup Efektif!

    Tekak Rasa Tak Selesa Dan Perit? Atasinya Dengan 6 Ubat Sakit Tekak Ini Yang Cukup Efektif!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.