X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Pakai Seluar Jeans Ketika Mengandung Tidak Bahaya, Tapi Jika Ketat Boleh Jadi Punca 7 Masalah Ini

5 min bacaan
Pakai Seluar Jeans Ketika Mengandung Tidak Bahaya, Tapi Jika Ketat Boleh Jadi Punca 7 Masalah Ini

Seluar jeans antara pilihan kebanyakan ibu kerana ia dianggap trendy dan lebih muda. Namun adakah ia selamat untuk ibu mengandung dan bayi?

Bagi ibu muda dan moden, penggunaan seluar jeans adalah perkara biasa setiap hari. Jika awal trimester, pemakaian seluar jeans wanita mungkin masih selesa. Namun seiring pertambahan usia kehamilan dan saiz perut yang semakin besar, ada kalanya ia boleh menjadi semakin ketat.

Justeru adakah ibu mengandung boleh pakai seluar jeans wanita? Jika jenis seluar jeans terlalu ketat, adakah ia boleh jejaskan kesihatan anda dan bayi dalam kandungan?

Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat penjelasan berikut daripada pakar kesihatan ibu dan anak mengenai pemakaian seluar jeans ketika mengandung

Ibu mengandung pakai seluar jeans

seluar jeans ketika hamil

Anda perlu tahu, sebenarnya tiada kajian yang mengatakan pemakaian seluar jeans semasa mengandung berbahaya untuk ibu atau bayi. Namun begitu, terdapat batasan tertentu yang perlu dipatuhi oleh setiap bakal ibu dalam memilih pakaian yang betul.

Wanita tidak menyedari hakikat bahawa rahim berfungsi untuk menahan banyak tekanan, menghalang janin daripada cedera dan mengandungi banyak air ketuban yang melindungi janin.

Memakai jenis seluar jeans pada awal kehamilan mungkin masih rasa selesa, tetapi memasuki trimester kedua dan ketiga, tidak lagi.

Pakar mengatakan sehingga 12 minggu kehamilan, perut wanita hamil belum menunjukkan ketulan. Pada masa ini masih selamat untuk anda memakai pakaian yang biasa dipakai termasuklah seluar jeans wanita.

Kemudian pada 14-16 minggu kehamilan, ketulan di perut akan mula muncul. Pada usia kandungan ini anda dicadangkan memakai pakaian seperti seluar atau skirt yang lebih longgar.

Kemudian pada usia kandungan 18-22 minggu, apabila perut sudah besar digalakkan memakai pakaian yang jauh lebih longgar dan selesa terutama di sekitar pinggang.

Kemungkinan risiko apabila memakai seluar jeans

Kajian pada tahun 2015 menyatakan bahawa tubuh wanita mengalami banyak perubahan akibat kesan hormon kehamilan. Perubahan ini berlaku secara semula jadi untuk menyokong rahim.

“Aktiviti hormon melegakan ligamen dan meningkatkan kapasiti dada dan rongga perut,” memetik halaman Punch Healthwise.

Berikut adalah beberapa risiko yang mungkin timbul daripada persoalan sama ada wanita hamil boleh memakai seluar jeans atau pakaian ketat lain.

1. Risiko meningkatkan tekanan

seluar jeans ibu mengandung

Seorang bidan di Lagos, Ijeoma Igim, dalam wawancaranya dengan PUNCH HealthWise, berkata wanita hamil yang memakai pakaian ketat seperti seluar jeans mengalami tekanan yang tinggi.

Ijeoma berkata, perkara ini sering dilakukan oleh wanita hamil berusia 20-an. Dan menurut catatannya, beberapa aduan ibu hamil berkaitan sakit perut kebanyakannya berpunca akibat pemakaian jenis seluar jeans yang ketat itu.

“Wanita hamil yang memakai pakaian ketat akan berasa agak terbatas. Ini dapat dilihat dari cara mereka duduk ketika datang untuk penjagaan antenatal, anda akan tahu bahawa mereka tidak berasa bebas,” kata Ijeoma lagi.

2. Menghalang pergerakan bayi

“Ramai wanita hamil semasa pemeriksaan antenatal datang memakai seluar jeans dan pakaian yang ketat. Dalam beberapa kes, seluar seluar yang sangat ketat di bahagian pinggang boleh menjejaskan pergerakan bayi dalam kandungan,” jelas Ijeoma.

3. Boleh menyebabkan pengecutan bayi 

Kajian 2015 yang diterbitkan oleh Institut Kesihatan Nasional menasihatkan agar tidak memakai pakaian ketat termasuklah seluar jeans wanita kerana ia boleh meningkatkan fundus rahim, melembutkan rahim dan perut serta mengurangkan ketegangan dinding perut pada wanita yang dimasukkan ke hospital kerana risiko keguguran atau bersalin pramatang.

“Walau bagaimanapun, tiada kajian yang mendalam bagi mengesahkan secara konklusif keberkesanan mengelakkan pakaian ketat (di sekeliling tubuh) pada wanita hamil, ” kata pengarang kajian itu.

Ada juga pakar yang mengatakan, selain mengehadkan pergerakan bayi, jeans yang ketat boleh menyebabkan tekanan, kontraksi pramatang, loya dan muntah.

4. Menghalang peredaran darah

Ibu-ibu perlu berhati-hati apabila memilih jenis seluar jeans semasa mengandung.

Perunding Kanan Obstetrik dan Ginekologi di Apollo Cradle, India, Dr. Meenakshi Ahuja, berkata, walaupun setakat ini belum ada kajian yang membuktikan pemakaian seluar jeans semasa mengandung bahaya untuk ibu atau bayi, tetapi anda perlu mengelak daripada mengenakan pakaian yang terlalu ketat.

Pada dasarnya, ia boleh menghalang peredaran darah dalam tubuh ibu.

“Peredaran darah sangat penting untuk ibu dan janin. Terutama pada trimester kedua dan ketiga kerana perut semakin menonjol.

Sesetengah ibu gemar memakai jeans dengan alasan hendak menyembunyikan perut mereka. Tindakan sebegini sebenarnya tidak disyorkan,” kata dr. Meenakshi.

5. Punca bengkak dan vena varikos

seluar jeans ketika mengandung

Bukan sahaja pakaian, penggunaan stokin atau stoking yang ketat semasa hamil, katanya, juga boleh mengurangkan peredaran darah dari kaki dan bawah kaki.

Kesannya ia boleh menyebabkan bengkak, pengekalan cecair dan memburukkan lagi urat varikos.

6. Jangkitan kulat

Selain menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan, pakaian yang ketat mengurangkan pengudaraan dan membawa kepada jangkitan kulat.

Persatuan Kehamilan Amerika (APA) mengatakan pakaian ketat boleh menyebabkan faraj tidak ‘bernafas’ dan meningkatkan jangkitan kulat pada kawasan tersebut.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

“Wanita hamil mengalami peningkatan rembesan faraj semasa hamil. Penggunaan pakaian dan seluar dalam yang ketat boleh mewujudkan persekitaran yang sempurna untuk kulat wujud secara semula jadi di dalam faraj dan menyebabkan jangkitan,” kata APA.

7. Sembelit

Sembelit adalah salah satu masalah kecil yang paling biasa dialami oleh wanita hamil dan pakaian ketat boleh memburukkan lagi keadaan ini.

Disebabkan oleh seluar jeans yang ketat boleh mendatangkan lebih banyak kesan negatif kepada wanita hamil, Ijeoma menasihatkan untuk para ibu menyimpan pakaian ketat sehinggalah bersalin dan badan bersedia untuk memakainya semula.

Semoga bermanfaat!

Penulis asal Esther Sondang. Artikel ini mendapat kebenaran daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Melahirkan Bayi Besar, Sangka Hanya Berat 4kg Tapi Lepas Bersalin Rupanya 7.3kg!

Baca juga: Makan Coklat Ketika Mengandung, Ia Mampu Membuatkan Ibu & Bayi Rasa Bahagia

Baca juga: Deodorant Terbaik Untuk Wanita Hamil, Bebas Bahan Kimia & Selamat Digunakan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Pakai Seluar Jeans Ketika Mengandung Tidak Bahaya, Tapi Jika Ketat Boleh Jadi Punca 7 Masalah Ini
Kongsikan:
  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham