Wah, Wanita Berbadan Dua Pun Boleh Bergaya Dengan 8 Pilihan Seluar Jeans Perempuan Untuk Materniti!

Ibu hamil pun boleh bergaya dengan seluar jeans pada awal kehamilan. Mungkin boleh dapatkan pilihan yang kami syorkan ini.

Memakai seluar jeans mungkin sudah menjadi kebiasaan dan selesa dipakai seharian, tetapi selamatkah ia dipakai ketika anda mengandung? Selalunya apabila hamil, pernahkah anda terfikir untuk berhenti memakai seluar jeans perempuan dan memutuskan untuk mengenakan kain, padahal ibu tidak sukakannya.

Bertenang, kini seluar jeans telah melalui evolusi fesyen yang membolehkan wanita hamil juga boleh memakai seluar jeans perempuan yang khusus sepanjang tempoh kehamilan. Kemajuan dalam teknologi telah menjadikan bahan-bahan yang digunakan pada seluar denim untuk ibu hamil pada masa ini lebih anjal berbanding sebelum ini.

Malah, fabrik yang digunakan untuk seluar materniti juga mempunyai keupayaan recoil yang lebih baik supaya apabila diregangkan, seluar tersebut kembali ke bentuk asal. Jika bergaya dengan seluar jeans dapat memberikan anda rasa keyakinan diri, teruskan pemakaian sehingga ke trimester terakhir! 

Tip Pemilihan Seluar Jeans Perempuan Untuk Ibu Hamil

Bila mengandung mesti banyak perubahan pada tubuh badan yang menyebabkan semua seluar jeans yang sedia ada sudah tidak muat dan ketat. Memakai seluar jeans perempuan pada awal kehamilan mungkin masih selesa, tapi tidak lagi apabila masuk trimester seterusnya.

Oleh itu, apa yang anda perlu pertimbangkan sebelum membeli adalah memilih seluar jeans perempuan khas untuk materniti. Seluar jeans materniti sama seperti seluar jeans wanita biasa tetapi ia mempunyai tambahan panel, material stretchable dan ada band di pinggang untuk menampung baby bump yang kian membesar.

Ada sesetengah yang terlalu kecil untuk over-the-bump, material tidak memeri dan ketat di bahagian pinggang yang membuatkan anda rasa tidak selesa. Untuk itu, kami berikan beberapa tip pemilihan seluar jeans untuk ibu hamil.

  1. Jenis material: Pilih seluar jeans perempuan yang mempunyai panel hadapan diperbuat daripada fabrik jersi basque yang lembut, memeri dan boleh meregang dengan perut anda. Getah yang tersorok di bahagian pinggang dan pad sokongan juga perlu ada untuk menjadikan anda selesa tanpa memberikan tekanan pada janin yang dikandung.
  2. Tali boleh laras: Panel jeans dengan tali sokongan daripada getah lebar lebih sesuai pada fasa awal kehamilan dan tali boleh laras di bahagian depan dan biasanya mempunyai getah di bahagian belakang. Perhatikan juga fly hadapan yang mempunyai bukaan berbutang atau zip dengan tali yang boleh laras.
  3. Pinggang bergetah: Bila dah muat, pastikan pula seluar jeans selesa dan kemas apabila dipakai. Tidak sepatutnya anda rasa tekanan pada perut atau rasa longgar seperti terasa ingin jatuh.
  4. Jenis potongan jeans: Ketepikan soal fesyen yang terlampau, sebaliknya fikirkan adakah ianya selesa dipakai dalam tempoh yang lama. Ada yang sukakan seluar jeans atas pinggang, ada juga tidak suka ‘baby bump’ ditutup. Pilihlah style jeans bergantung pada tahap keselesaan anda.

8 Seluar Jeans Perempuan Yang Selesa & Terbaik di Pasaran

Walaupun ada yang beranggapan seluar jeans untuk ibu hamil tidak penting, sebenarnya salah. Pemakaian seluar jeans yang ketat dan boleh menjejaskan pengedaran aliran darah dalam badan. Ada ramai peminat seluar jeans perempuan yang rasa selesa dan stylo apabila memadankan jeans dengan top.

Jadi, sebaiknya dalam tempoh 9 bulan kehamilan, laburkan duit anda dengan membeli seluar jeans yang berkualiti tetapi dengan harga mampu milik supaya ia tidak menganggu perkembangan tumbesaran janin.

Oh ya, jika anda tidak larat untuk physical shopping, anda juga boleh memilih untuk membeli-belah dalam talian. Kami sertakan link supaya anda mudah membuat pembelian segera!

8 Seluar Jeans Perempuan Yang Selesa & Terbaik
Uniqlo Ultra Stretch Maternity Jeans
Terbaik Untuk Fleksibiliti Perut
Beli di Uniqlo
DeFacto Skinny Fit Maternity Bottom-Denim
Terbaik Trendy & Selesa
Beli di Zalora
9Months & Beyond Maternity Full Panel Wide Leg Jeans
Terbaik Dengan Potongan Kaki Lebar
Beli di 9Months
MAMA Slim Straight High Ankle Jeans
Terbaik Dengan Potongan Atas Buku Lali
Beli di H&M
LC WAIKIKI Boyfriend Maternity Jeans
Terbaik Melindungi Atas Perut Dengan Baik
Beli di Shopee
MAMA Slim Straight Low Jeans
Terbaik Dengan Jenis Pinggang Rendah
Beli di H&M
Lara Jeans Cutting Palazzo
Terbaik Selesa & Bergaya
Beli di Shopee
Mom Denim Women Jeans
Terbaik Dengan Tali Pinggang Boleh Laras
Beli di Shopee

Uniqlo Ultra Stretch Maternity Jeans

Terbaik Untuk Fleksibiliti Perut

Pilihan kami yang pertama bagi seluar jeans wanita hamil adalah Ultra Stretch Maternity Jeans keluaran Uniqlo. Uniqlo jeans ini diperbuat daripada fabrik jersi yang lembut dengan regangan yang sangat baik untuk padanan yang selesa dan boleh menutupi bump dengan baik.

Jika anda seorang bakal ibu yang ingin tampak tetap muda dan bergaya, gayakan sahaja Uniqlo jeans ini dengan padanan tank top atau t-shirt sudah cukup menjadikan ia tampak elegan apabila dipakai. 

Bukan itu sahaja, ia mempunyai tali pinggang bergetah boleh laras yang tersembunyi di bahagian pinggang, jadi anda boleh melaraskan mengikut perubahan pada saiz perut yang membesar. 

Apa yang kami suka:

  • Fabrik jersi yang lembut dan stretchable, tidak menganggu perkembangan janin
  • Menampakkan ilusi bentuk kaki nampak tirus tetapi tidak terlalu ketat
  • Boleh digayakan dari awal trimester hingga trimester ke-3
  • Selesa dipakai dalam tempoh yang lama
  • Diperbuat daripada 88% kapas, 8% poliester, 4% Spandex

DeFacto Skinny Fit Maternity Bottom-Denim

Terbaik Trendy & Selesa

Seluar jeans perempuan hamil jenis skinny fit sesuai dipakai untuk trimester pertama. Seluar jeans wanita ini kelihatan seperti seluar jeans biasa, tetapi ia menggunakan fabrik lembut yang sama sekali tidak memberikan tekanan pada perut dan selesa dipakai. Dengan adanya panel yang sangat elastik, ia membantu menyokong perut dan melindungi perut, walaupun dipakai selepas bersalin. 

Jangan terkejut sekiranya ramai tidak mengetahui anda hamil oleh kerana benangnya yang halus dan tambahan panel yang boleh meregang dengan baik menjadikan benjolan pada perut tidak kelihatan.

Apa yang kami suka:

  • Memberikan ilusi kaki panjang
  • Tidak kelihatan seperti ibu mengandung
  • Kain memeri dan tidak ketat
  • Diperbuat daripada 71% kapas, 2% elastane, 27% poliester

9Months & Beyond Maternity Full Panel Wide Leg Jeans

Terbaik Dengan Potongan Kaki Lebar

Buat wanita yang memiliki susuk tinggi lampai kadangkala berdepan masalah untuk memilih jenis seluar jeans yang sesuai, walaupun ketika hamil. Kami cadangkan anda beri perhatian lebih kepada seluar jeans yang mempunyai potongan kaki lebar dan labuh tepat di atas buku lali bagi mencipta bentuk tubuh badan yang sedia cantik.

Bukan itu sahaja, seluar jeans materniti ini mempunyai 5 poket yang memudahkan meletak akesesori kecil dan panel penuh untuk menyokong bump yang semakin membesar supaya terletak cantik. Malah, terdapat juga lapisan dalam boleh laras berbutang di bahagian dalam seluar. 

Siapa kata ibu mengandung tidak boleh bergaya ketika hamil dengan menampilkan gaya yang ringkas dan santai?

Apa yang kami suka:

  • Sesuai untuk si tinggi lampai
  • Mempunyai kaki lebar, senang untuk melangkah
  • Mempunyai 5 poket tambahan depan belakang
  • Boleh digayakan dengan pakaian kasual
  • Diperbuat daripada 70% kapas, 24% poliester , 4% Viscose , 2% Spandex
  • Boleh dibasuh mesin

MAMA Slim Straight High Ankle Jeans

Terbaik Dengan Potongan Atas Buku Lali

Sama seperti mereka yang berbadan tinggi, pemakai seluar denim dengan berbadan kecil juga berdepan dengan rasa was-was ingin menggayakan jeans ketika kehamilan kerana bimbang akan penampilan mereka tidak kena. 

Justeru, seluar jeans jenis slim fit yang memeri dari pinggul hingga pergelangan kaki dengan potongan atas buku lali menepati citarasa anda! Potongan jeans sebegini akan mencipta ilusi kaki yang lebih panjang. Di samping, terdapat tambahan high waist dengan panel jersi lebar untuk padanan yang selesa pada kandungan perut.

Turut dihiasi dengan fake fly berbutang, poket hiasan di bahagian depan, poket belakang dan poket syiling yang serbaguna. 

Apa yang kami suka:

  • Jenis jeans sesuai untuk bertubuh kecil
  • Mempunyai potongan kain atas buku lali
  • Fabrik 80% kapas, lembut, bernafas
  • Sesuai dipakai untuk setiap trimester

LC WAIKIKI Boyfriend Maternity Jeans

Terbaik Melindungi Atas Perut Dengan Baik

Dengan pilihan warna vintaj, jenis jeans over-the-bump dari LC Waikiki Boyfriend Maternity Jeans menyerlahkan gaya bakal ibu yang versatil seperti remaja. Seperti mom jeans, boyfriend jeans mungkin menjadi kegemaran ibu-ibu kerana tiada potongan ketat dan sendat serta tambahan lipatan di hujung seluar.

Ia didatangkan dengan kain panel pada bahagian pinggang yang lembut dan elastik untuk menyokong perubahan saiz perut sepanjang kehamilan. Gayakan boyfriend jeans tanpa ragu ketika keluar berjalan-jalan atau playdate bersama suami tercinta!

Apa yang kami suka:

  • Atas perut, 0ver-the-bump
  • Pilihan warna vintaj
  • Selesa dan tidak panas apabila dipakai
  • Sesuai dipakai untuk setiap trimester
  • Jeans dengan pinggang elastik

MAMA Slim Straight Low Jeans

Terbaik Dengan Jenis Pinggang Rendah

 

Jika anda suka tidak selesa memakai seluar jeans perempuan over-the-bump, kami cadangkan jeans jenis low waist  di bawah perut ketika mengandung. Campuran 99% kapas jeans ini membuatkan anda selesa dan tidak rimas saat memakainya. 

Ia sesuai digayakan oleh mereka yang bertubuh kurus dan langsing. Seluar jeans potongan ini dapat memberikan keseimbangan pada bentuk tubuh yang mengalami perubahan, sekaligus memberikan ilusi bentuk badan menarik sepanjang kehamilan. 

Ia juga membuatkan seluar jeans lebih terserlah berbanding top kerana boleh diselitkan ke dalam untuk menampilkan gaya yang lebih menarik dan sotisfikated.

Apa yang kami suka:

  • Low waist, berada di bawah perut
  • Fabrik jeans lembut, memeri
  • Selesa dan tidak panas apabila dipakai
  • Menyerlahkan benjolan perut
  • Jeans dengan panel pinggang yang elastik

Lara Jeans Cutting Palazzo

Terbaik Selesa & Bergaya

Mungkin ada sesetengah bakal ibu tidak selesa menggayakan denim ketika hamil kerana risaukan penampakan benjolan yang keterlaluan. Untuk itu, gayakan blouse dengan palazzo labuh agar peha dan bentuk kaki tidak kelihatan besar dan tidak berisi.

Palazzo jeans dengan getah tersembunyi memberikan ruang untuk anda bernafas tanpa panel tambahan di bahagian atas pinggang. Lebih cantik, jika digayakan bersama dengan kasut tumit tinggi yang tidak keterlaluan supaya bahagian bawah kaki tidak terlalu labuh dan meleret.

Apa yang kami suka:

  • Pinggang bergetah
  • Kelihatan sopan dan simple
  • Selesa
  • Tidak terlalu ketat 
  • Sesuai untuk semua acara

Mom Denim Women Jeans

Terbaik Dengan Tali Pinggang Boleh Laras

Jeans jenis mom adalah jenis jeans tanpa potongan yang tidak mempamerkan bentuk kaki yang berisi atau terlalu kurus. Seluar dengan material jeans betul ini bukan sahaja sesuai dipakai ketika hamil, tetapi memberikan keselesaan maksimum dengan adanya tali pinggang boleh laras di bahagian pinggang. Ada pelbagai pilihan warna pula tu, jadi ibu boleh memilih mengikut gaya dan kreativiti tersendiri.

Jika anda seorang ibu yang gemar bergaya dan masih muda, padankan mom denim ini dengan kasut bertali dan jaket. Oleh kerana potongan mom sangat versatil, jadi ia sesuai dipakai harian atau untuk acara santai.

Apa yang kami suka:

  • Pelbagai warna boleh dipilih
  • Trendy dan versatil
  • Panel tambahan pada pinggang
  • Tali pinggang boleh laras
  • Sesuai untuk trimester pertama dan kedua

Perbandingan Harga Seluar Jeans Perempuan Di Pasaran

Jenama Harga
Uniqlo Ultra Stretch Maternity Jeans RM149.90
DeFacto Skinny Fit Maternity Bottom-Denim RM94.90
9Months & Beyond Maternity Full Panel Wide Leg Jeans RM189.00
MAMA Slim Straight High Ankle Jeans RM157.95
LC WAIKIKI Boyfriend Maternity Jeans RM94.90
MAMA Slim Straight Low Jeans RM184.90
Lara Jeans Cutting Palazzo RM79.00
Mom Denim Women Jeans RM63.98

Jenis Seluar Jeans Perempuan

Tidak hanya untuk ibu hamil, malah mereka yang mempunyai perut buncit dan selepas melahirkan anak pun selesa jika memakai jenis seluar jeans materniti. Biasanya, seluar jeans perempuan untuk ibu hamil mempunyai tali boleh rasa dan tali pinggang bergetah. Apa yang penting, ada ibu-ibu yang mempunyai citarasa berbeza mengenai benjolan perut seiring dengan trimester dalam tempoh kehamilan. 

Pilihan untuk seluar jeans untuk ibu hamil terbahagi kepada dua iaitu:

1. Under-Bump

Seluar jeans jenis ini mempunyai pinggang elastik yang rendah untuk diletakkan dibawah perut anda. Atau, poket hadapan boleh digantikan dengan pad lebar untuk diregangkan seiring dengan saiz pinggang anda yang mengembang. Ramai wanita lebih suka gaya ini untuk peringkat awal kehamilan kerana ia terasa lebih elegan dan versatil!

2. Over-Bump

Kain dilekatkan pada pinggang seluar jeans low rise ialah jenis fabrik jersi dengan regangan yang akan menutup seluruh perut hamil. Sesetengah wanita lebih suka ini kerana ia tampak kemas dan melindungi bump dari kelihatan. 

Terdapat bermacam jenis seluar jeans yang bakal ibu boleh pilih, asalkan ia selesa dan kena dengan gaya. Berikut merupakan beberapa jenis seluar jeans yang boleh dipilih:

3. Jenis Skinny 

Terdapat pelbagai seluar jeans perempuan mempunyai potongan jenis skinny. Apabila perut hamil sudah besar, potongan ini menyerlahkan bump dengan potongan kaki yang menampakkan anda kurus. Skinny adalah potongan klasik yang hebat yang boleh memberikan keyakinan diri yang anda sangat diperlukan. Sesuai dipakai pada awal kehamilan. 

4. Jenis Flare

Kick flare atau boot cut boleh jenis seluar jeans yang lebih praktikal dan selesa sepanjang kehamilan dari trimester pertama hingga trimester ketiga. Badan kita menyimpan lebih banyak air semasa mengandung, ia membuatkan kita nampak sedikit berisi. Jadi, jenis jeans skinny mula terasa ketat apabila dipakai sepanjang hari, jadi ia bukan pilihan terbaik!

5. Jenis Cropped

Jenis jeans wanita ini membenarkan udara mencapai buku lali anda dan boleh melegakan rasa hangat semasa musim panas. Seluar jenis jeans cropped yang dipotong juga agak mudah dipakai dan ditanggalkan.

6. Jenis Ripped

Potongan jenis seluar jeans ripped menambahkan gaya pada si pemakai. Jika anda bimbang tentang rasa dingin semasa musim tengkujuh, pasang bersama dengan legging dengan warna striking yang selesa. 

Mengayakan seluar jeans ketika mengandung boleh jadi pilihan selamat dan paling digemari. Sebenarnya, pemilihan jenis jeans bergantung pada gaya dan apa yang penting, ia selesa dan mempunyai ciri-ciri yang selamat untuk kandungan. Mungkin sesetengah dari anda mempunyai inisiatif dengan menggunakan getah rambut sebagai extender,tetapi ia tidak mungkin ada panel tambahan yang menyokong baby bump sepenuhnya. 

Dengan adanya perkongsian seperti ini, adalah tidak rugi sekiranya anda mempunyai sekurang-kurangnya sehelai seluar jeans materniti untuk dipakai dalam tempoh 20 minggu dan kebawah kehamilan. Setidak-tidaknya ia selamat dipakai dan tidak terlalu ketat kerana menggunakan fabrik jeans yang memeri. 

Oh ya, jangan pernah rasa membazir membeli seluar jeans untuk ibu hamil kerana anda masih boleh pakai selepas bersalin!

Semoga bermanfaat.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pakai Seluar Jeans Ketika Mengandung Tidak Bahaya, Tapi Jika Ketat Boleh Jadi Punca 7 Masalah Ini

Baca juga: Perut Makin Membesar, Dah Tak Muat Seluar Biasa. Ini Senarai Seluar Muslimah Untuk Anda!

Baca juga: Seluar Semakin Ketat? Tukar Ke Seluar Legging Selesa & Bergaya, Khas Untuk Ibu Hamil

Penulis

Noorhidayah