Hebat Cikgu Matematik Ini Buat Tuisyen Online FREE, Semua Anak Murid Dapat Straight A's!

Usaha murni cikgu ini yang menawarkan seminar matematik tambahan kepada pelajar wajar dipuji ke arah membantu murid cemerlang dalam subjek berkenaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam tempoh kawalan pergerakan ini, segalanya terbatas. Tetapi usaha murni seorang warga pendidik Cikgu Shahrin Zikri wajar diberi pujian yang berusaha menawarkan seminar matematik tambahan kepada pelajar tingkatan 4 dan 5 secara percuma!

Menariknya, seminar ini 100% percuma dan 100% untuk kebajikan. Beliau langsung tidak mengenakan bayaran kepada pelajar yang mengikuti seminar berkenaan.

Add math atau matematik tambahan antara subjek yang dikatakan killer subject oleh pelajar yang mengambilnya. Jika mahu atau tidak, pelajar perlu berusaha menguasai subjek ini untuk kekal cemerlang dalam peperiksaan.

Ikhlas bantu anak bangsa yang ketinggalan dalam subjek matematik tambahan

Ikhlas membantu anak bangsa, bapa kepada seorang anak perempuan ini tidak jemu membuat promosi di laman instagramnya  supaya seminar percuma itu dapat dihadiri oleh lebih ramai pelajar.

Targetnya dalah supaya dapat membimbing 100,000 pelajar dalam subjek Matematik Tambahan secara Online! Menarikkan usaha cikgu ini?

Teknik pembelajarannya juga mendapat maklum balas yang sangat memberangsangkan daripada pelajar yang sudah menyertainya. Malah tidak kurang juga yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam subjek ini walaupun hanya mengikuti seminar secara dalam talian.

Cara tanamkan minat anak pada subjek matematik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: tap-philipines

Bila dah ada pengalaman jadi ‘cikgu segera’ ketika musim pandemik ini, barulah ibu bapa tahu betapa mencabarnya tugasan mengajar dan membuatkan seseorang itu faham mengenai sesuatu topik. 

Kali ini, kami kongsikan cara untuk buat anak anda minat matematik: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Jadikan matematik minat anak

Matematik adalah perkara yang sangat berkait rapat dengan kehidupan manusia. Kepentingan mempelajari Matematik dalam hidup anak-anak sangat penting kerana hampir semua perkara dalam hidup ini ada kaitannya dengan kira-kira.

Untuk aktiviti seharian pula lagilah kita perlukan Matematik seperti untuk berbelanja, merancang perbelanjaan dan juga dalam pelaburan.

Oleh itu, sebagai ibu bapa yang prihatin kita perlu memastikan anak-anak menyukai subjek ini supaya dapat membantu mereka menguasai subjek ini dari awal lagi.

Yang penting buatkan anak anda minat dengan matematik. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Bina kefahaman benar mengenai matematik

Kredit: bawang putih

Kadang kala tanpa disedari sikap ibu bapa yang tidak menggemari matematik turut menjadi punca utama anak-anak tidak menyukai matematik. Selain itu, kaedah yang digunakan juga turut menjadi punca kepada masalah ini.

Matematik adalah satu subjek yang kita ketahui banyak konsep yang perlu difahami dan formula yang perlu diingati justeru ibu bapa perlu mencari kaedah yang terbaik untuk memperkenalkan Matematik dengan kaedah yang menyeronokkan agar anak-anak seronok belajar matematik.

Usaha ini perlu diberi pendedahan semasa anak masih kecil lagi. Minat anak-anak boleh dipupuk seawal yang mungkin melalui aktiviti harian mereka. Luangkan atau gunakan masa bersama mereka untuk menerangkan tentang konsep asas matematik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Contohnya, mintakan anak untuk mengambil dua biji limau kemudian minta dia ambilkan lagi dua biji limau dan bahagikan dengan berapa orang yang ada. Di sini kita boleh ajarkan konsep tambah dan pecahan kepada mereka..

#3. Kaitkan segalanya dengan matematik

Kita sebagai ibu bapa atau guru tidak boleh menghadkan minda kita dengan menyatakan bahawa untuk mengajar matematik perlu di rumah atau di sekolah sahaja, perlu ada di meja atau sebagainya.

Disebabkan hidup ini dikelilingi Matematik, anda boleh setiap masa ajari anak anda dengan Matematik. Contohnya, jika anda dalam perjalanan menaiki kenderaan, sambil memandu cuba tanyakan anak berdasarkan papan tanda berapa jauh lagi perjalanan.

Jika anda sedang bersiar-siar dengan anak-anak di taman, cuba tanyakan mereka berapa buah bilangan buaian yang ada di taman (konsep tambah dan berapa buah yang rosak, kira jumlah yang boleh digunakan). Mudah bukan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: shahrinzikriofficial, cmnacademy

Kredit foto: shahrinzikri, easyuniform

Baca juga: 5 cara mudah untuk anak anda sukakan matematik

Baca juga: 12 cara mudah untuk buat anak kecil anda faham matematik

Baca juga: Ibu Nak Anak Dalam Kandungan Lebih Bijak? Senang Sahaja, Banyakkan Latihan Matematik!

Penulis

Lala Annuar