5 Perkara Perlu Dielakkan Jika Ingin Bersenam Ketika Hamil, Jaga Diri Ketika PKP Ya Ibu!

Senaman untuk ibu mengandung memang banyak kebaikan. Tetapi perlu diingat, ada perkara berkaitan keselamatan yang perlu dititikberatkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Senaman untuk ibu mengandung memang memberi banyak kebaikan dalam memastikan ibu hamil kekal sihat sepanjang tempoh kehamilan mereka.

Bagaimanapun, ada beberapa perkara perlu diberi perhatian sebelum ibu hamil melakukan senaman ibu mengandung bagi memastikan mereka selamat daripada sebarang kecederaan. 

Mungkin ada yang masih tertanya-tanya sama ada boleh bersenam atau sebaliknya ketika mengandung dan ia kadang kala terus kekal menjadi tanda tanya sehinggalah ibu hamil itu bersalin. 

Baca juga: Senaman Mudah Hamil, Amalkannya Untuk Memudahkan Anda Meneran Nanti!

Senaman untuk ibu mengandung perlu utamakan keselamatan

Hanya kerana anda berbadan dua, tidak semestinya anda perlu lupakan rutin harian anda sebelum ini jika sememangnya anda gemar bersenam.

Jadi boleh saja buat, asalkan anda elak lakukan beberapa perkara yang bakal kami kongsikan ini. Ia bagi memastikan anda kekal selamat melakukan senaman sepanjang kehamilan anda dan tidak memberi kesan buruk kepada kandungan dan juga ibu sendiri. 

5 perkara perlu elak jika lakukan senaman untuk ibu mengandung

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tips ini dikongsikan di laman hellodoktor, yang mana 5 perkara ini perlu dielakkan jika anda ingin melakukan senaman ketika sedang hamil.

#1. Elak kerap baring terlentang

Ada pelbagai jenis senaman yang boleh ibu hamil lakukan. Elakkan kerap baring terlentang kerana berat rahim anda yang mengandungi janin itu boleh menekan salur darah vena utama yang membawa darah ke jantung, menyebabkan anda rasa ingin pitam, sesak nafas atau muntah.

Jadi elakkan senaman yang membabitkan kerap berbaring terlentang bagi mengelak sebarang perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada anda dan kandungan.

#2. Elak berdiri terlalu lama

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam keadaan biasa pun, berdiri terlalu lama perlu dielakkan apatah lagi ketika bersenam. Berdiri terlalu lama akan mengurangkan saluran darah kembali ke jantung, menyebabkan rahim dan bahagian atas badan tidak menerima darah yang mencukupi.

#3. Elak aktiviti berimpak tinggi

Bermain tenis mungkin akan menjadi bahaya kerana imbangan anda akan terjejas akibat perubahan dinamik badan yang meningkat kemungkinan anda untuk jatuh.

Berlari pada kadar yang rendah dan sederhana boleh dilakukan dengan berhati-hati.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Elak bersenam terlalu lasak

Sekiranya anda rasa sakit badan, lemah dan penat dan bukannya lebih kuat atau bertenaga, mungkin anda melebihi had yang sepatutnya. Mungkin badan anda sudah sampai kepada hadnya. Jadi jangan terlalu memaksa. 

#5. Elak bersenam dalam kawasan yang panas atau lembap

Ini bermakna elakkan yoga dan sauna. Ketika mengandung, badan anda secara umumnya lebih panas berbanding biasa menyebabkan pendedahan tambahan kepada haba menjadi sesuatu yang membahayakan.

Ia mungkin akan menyebabkan anda menjadi terlalu panas dan meningkatkan haba dalam badan sekaligus menyebabkan anda diserang strok haba. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang sepatutnya ibu hamil buat jika mahu bersenam?

#1. Dapatkan nasihat pakar

Dapatkan nasihat pakar kesihatan terlebih dahulu tentang senaman yang ideal atau yang selamat dengan anda sebelum memulakan, mengubah atau menyambung rutin senaman anda.

#2. Pendekkan tempoh bersenam

Sekiranya dahulunya anda bersenam dalam tempoh satu jam sehari, cuba pendekkan kepada 30 minit sehari dengan melakukan senaman ringan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Pastikan cukup minum air

Minum air yang cukup sebelum dan selepas senaman.

#4. Pilih pakaian yang sesuai

Pilih pakaian yang sesuai seperti pakaian yang longgar, mempunyai penyerapan peluh yang baik dan juga bra yang memberi sokongan yang baik.

#5. Fokus pada bahagian belakang, bahu, dada dan otot bicep

Anda akan membawa kandungan selama 9 bulan dan banyak lagi episod mendukung yang perlu anda hadapi di masa akan datang.

Jadinya, menguatkan otot-otot ini adalah senaman yang bijak bagi memastikan anda tidak menderita daripada sakit belakang.

#6. Jangan lupa lakukan regangan

Lakukan regangan sebelum dan selepas senaman. Cara terbaik untuk melakukan aktiviti regangan adalah dengan melakukan aktiviti pada keamatan yang rendah kemudia beransur-ansur tingkatkan kematan senaman dalam masa 5 hingga 8 minit.

#7. Makan dengan mencukupi

Bersenam akan membakar kalori jadi pastikan zat dan kalori dalam pemakanan anda mencukupi agar bayi anda kekal sihat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: hellodoktor

Baca juga: 5 senaman ringan ibu hamil WAJIB buat untuk senang fit lepas bersalin

Penulis

Lala Annuar