Panduan Senaman Untuk Mudah Bersalin, No 4 Paling Senang!

Walaupun perut kian membesar saban waktu, ibu-ibu jangan terlalu malas untuk melakukan senaman kerana ia perlu untuk memudahkan bersalin nanti.

Senaman untuk mudah bersalin ada banyak jenis yang boleh dipraktikkan oleh ibu yang sedang menghitung hari untuk bersalin.

Bahkan, ibu tidak perlu membataskan aktiviti seharian, kerana dengan aktiviti yang mengeluarkan sedikit peluh, badan ibu akan bertambah kuat dan bertenaga. Justeru itu, ibu hamil mampu untuk tetap kuat bagi terus bersenam.

Berikut 5 jenis senaman yang ibu boleh lakukan di rumah atau boleh juga ajak suami atau teman rapat untuk beriadah di taman. Gerakan yang penulis kongsikan ini antara yang bagus untuk proses bersalin.

Jom lihat apakah ia!

5 Senaman Untuk Mudah Bersalin

#1 Senaman mudah bersalin: Angkat punggung ke atas

Senaman untuk mudah bersalin pertama adalah mengangkat punggung ke atas. Ia mampu melatih dan menguatkan otot-otot dasar punggul yang membuatkan proses kelahiran bayi menjadi mudah.

Gerakan ini boleh dilakukan sambal berbaring. Lakukan selama 3 ke 10 minit. Dan ulangi sebanyak 4 kali sehari. 

#2 Senaman mudah bersalin: Berjalan kaki

Selain itu, senaman untuk mudah bersalin juga boleh dilakukan dengan berjalan kaki. Ia akan membuatkan pembukaan pintu rahim menjadi cepat dan bersalin jadi mudah.

Lakukan senaman berjalan kaki ini pada trimester ketiga kerana ia mampu membantu posisi bayi agar masuk ke laluan keluar ke pintu servik.

#3 Senaman mudah bersalin: Duduk bercangkung

Senaman untuk mudah bersalin yang seterusnya adalah melakukan posisi duduk bercangkung, di mana punggung diluruskan dan perlahan-lahan anda menurunkan badan sehingga duduk bercangkung.

Kemudian, tahan sehingga ke 10 saat (buat kiraan sendiri) dan kembali duduk ke posisi asal. Ulangi senaman dan gerakan ini yang boleh membantu memperkuatkan otat paha dan pinggul.

#4 Mengiring badan ke kiri dan ke kanan

Langkah yang seterusnya, ibu juga boleh mengiringkan badan ke sebelah kiri dan kanan. Hal ini terbukti untuk meningkatkan kekuatan otot perut dan meredakan sakit pinggang kala anda sedang menyusuri di trimester ketiga.

Mulakan dengan posisi merangkak dengan kepala sebaris dengan punggung. Angkat kepala ke atas dan tahan nafas serta hembus perlahan-lahan.

Senaman untuk mudah bersalin ini boleh dilakukan secara santai dan ulangi beberapa kali.

#5 Duduk dalam posisi yoga

Posisi ini dipanggil sebagai kupu-kupu dalam senaman yoga, di mana aktiviti senaman ini dilakukan sambil duduk di lantai dan punggung lurus ke dinding.

Seterusnya kedua telapak kaki menyentuh rapat dan lutut pula menyentuh lantai. Kebaikannya untuk melatih otot paha dari menghilangkan tekanan punggung kala ibu sedang mengandung.

Senaman ini boleh dilakukan 10 hingga 20 kali sehari.

Pesanan ringkas tentang senaman mudah bersalin

Walaupun begitu, pastikan ibu-ibu tidak melakukan aktiviti senaman lasak yang lain, bimbang sekiranya ibu akan cepat lelah dan penat hingga membuatkan bayi yang berada dalam kandungan turut terkesan dek kerana ibu terlalu kuat bersenam.

Jadi lakukan setakat yang terdaya dan jangan terlalu memaksa diri  untuk bersenam. Ok! Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca jugaKalau Nak Cepat Bersalin Sebelum Due Date, Amalkan 17 Petua Berguna Ini