Memperoleh berat badan dan ketinggian yang ideal menjadi impian setiap manusia. Pelbagai petua senaman untuk tinggi yang diamalkan oleh nenek moyang dahulu.
Antaranya dengan mengatakan tabiat melompat boleh membuatkan seseorang menjadi lebih tinggi.
Hal ini sekaligus menyebabkan anda menggalakkan anak-anak untuk aktif melibatkan diri dengan sukan seperti bola keranjang, takraw atau badminton.
Praktis senaman untuk tinggi
Namun, baru-baru ini tular mengenai perkongsian sepasang suami isteri yang telah menyuruh anak lelaki mereka yang baru berusia 12 tahun untuk melakukan senaman untuk tinggi dengan melompat sebanyak 1 000 kali pada setiap hari.
Tidak cukup dengan itu, mereka telah menarik perhatian kanak-kanak tersebut dengan ganjaran sebanyak RM6.00 setelah selesai membuat 1 000 lompatan berkenaan.
Ia disebabkan oleh ketinggian yang ideal bagi kanak-kanak di China ialah 152 sentimeter, namun anak lelaki mereka hanya memiliki tinggi 145 sentimeter sahaja.
Bagi kebanyakan ibu ayah, pasti anda ingin anak-anak membesar sihat seperti orang lain dan percaya lompatan setiap hari boleh menambahkan ketinggian secara semulajadi.
Si ayah telah memberikan ‘jump-rope’ dan meminta anak kesayangannya membuat latihan tersebut.
Biarpun meletakkan syarat 1 000 kali sehari, namun kanak-kanak rendah berkenaan berjaya membuat lompatan yang begitu ekstrem sehingga 3 000 kali dalam tempoh sehari.
Setelah setahun melakukan senaman untuk ini, dia telah berjaya mengumpul ganjaran wang tunai dari ibu ayahnya sebanyak RM2 365.
Latihan senaman untuk tinggi tidak berkesan
Meskipun telah meletakkan usaha yang bersungguh-sungguh, namun ia adalah perbuatan yang sia-sia kerana kanak-kanak ini tidak mengalami sebarang perubahan dalam ketinggiannya.
Malah, lebih mengecewakan lagi dia adalah pelajar yang paling rendah di dalam kelas.
Menjadi sebuah tanda tanya kerana ia langsung tidak memberikan apa-apa kesan meskipun kanak-kanak ini boleh dianggap sebagai ”aktif” bersukan.
Setelah diteliti, dia telah hilang selera untuk makan ketika makan malam keluarga dan berat badannya pula telah meningkat secara mendadak.
Misteri telah berjaya dirungkai. Rupa-rupanya wang ganjaran yang diberikan oleh ibu ayahnya telah digunakan bagi mendapatkan makanan ringan seperti keropok kentang! Aduhai, anak..
Pada awalnya, pasangan suami isteri berkenaan menyangka anak lelaki mereka menghadapi kesukaran dalam pembelajarannya di sekolah.
Menurutnya, dia menyangka bahawa kaedah ini berkesan untuk meningkatkan ketinggian anaknya.
”Saya memilih latihan lompatan ini kerana ingin melihat anak lelaki kami membesar dengan lebih tinggi,”
”Namun, hakikat yang kami terpaksa terima adalah ia tidak seperti yang disangkakan dan membuatkan dia tetap menjadi pendek.” ujarnya.
Cara menambah ketinggian anak
Dalam menentukan ketinggian anak, ia sebenarnya bergantung kepada genetik, kesihatan dan pemakanan sepanjang tempoh tumbesaran mereka.
#1. Elak makanan yang tidak berkhasiat
Pengambilan makanan dalam seharian dengan kuantiti yang secukupnya dan sihat dapat mengelakkan dari gangguan terhadap proses ketinggian.
Dalam hal ini, anda sepatutnya memastikan anak mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak dan kerap kerana ia boleh membuatkan bentuk badan anak sedikit gempal dan kelihatan pendek.
Bukan itu sahaja, jangan sesekali membenarkan anak menyentukan makanan ringan, kafein atau minuman berkarbonat kerana ia tergolong dalam makanan yang mengandungi begitu banyak gula.
Hal ini sekaligus memberikan ancaman yang terbesar jika ingin tinggi dan kandungan pelbagai bahan yang tidak baik menjejaskan tumbesaran tulang.
#2. Memastikan tidur berkualiti
Tidur yang berkualiti sangat penting bagi setiap anak.
Dalam hal ini, anda perlu sedar bahawa 2 jam pertama sewaktu anak tidur adalah sangat penting kerana hormon tumbesaran dilepaskan dalam sistem oleh kelenjar pituitari.
Namun, jika anak tidak mendapat tidur yang mencukupi, maka hormon yang dilepaskan akan berkurangan. Antara tempoh tidur yang berkualiti yang dicadangkan adalah antara 8 hingga 9 jam pada setiap hari
#3. Aktif dengan aktiviti yang sihat
Terdapat pelbagai aktiviti yang jika dilakukan boleh meningkatkan peluang untuk menjadi tinggi. Antaranya dengan aktiviti berenang, hanging exercise, toe touching atau super stretch
Yang penting, ibu ayah perlu memastikan anak sentiasa cergas sepanjang hari dan tidak memenuhi masa terluang mereka berada di hadapan televisyen dan gajet.
#4. Jauhkan tabiat yang tidak sihat
Malnutrisi adalah penyebab paling utama di kalangan kanak-kanak yang tidak dapat berubah menjadi tinggi secara normal.
Ia berpunca daripada pemilihan makanan yang tidak berkhasiat mahupun amalan pemakanan yang buruk sehingga menyebabkan makanan tidak dapat dihadam dan diserap nutrisinya.
Masalah berat badan yang berlebihan atau pendedahan terhadap rokok juga akan menjejaskan proses ketinggian.
#5. Amalkan diet seimbang
Salah satu cara cepat dan berkesan untuk menambah ketinggian adalah dengan menekankan aspek pemakanan.
Oleh itu, anda perlu banyakkan pengambilan makanan yang tinggi dengan protein seperti susu, ikan, telur dan daging. Bukan itu sahaja, anda perlu memastikan anak memperoleh kalsium yang mencukupi atau memberikan mereka vitamin D.
Sumber: World Of buzz , Sirap Limau
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
5 Ciri-Ciri Yang Menunjukkan Anak Anda Akan Jadi Tinggi Bila Besar Nanti