Ketika memiliki waktu terluang, anda mungkin akan tercari-cari drama best dan mempunyai unsur nilai kehidupan yang baik. Justeru, kami cadangkan beberapa senarai drama Korea sesuai untuk santapan minda seisi keluarga.
Setelah mendirikan rumah tangga, rutin harian dan cara anda menjalani kehidupan pastinya akan berubah. Perkara-perkara berkaitan dengan hubungan, keluarga atau anak kecil menjadi pilihan utama setelah bergelar seorang isteri.
Senarai drama korea bertemakan konflik hubungan suami isteri
Dalam artikel ini, kami ingin berkongsikan senarai drama korea tentang suami atau isteri yang curang. Ia antara drama yang mampu menyentuh perasaan dan memberikan seribu satu pengajaran untuk setiap pasangan berumah tangga.
#1. I Have A Lover
Drama ini mengisahkan tentang seorang peguam Hae Gang (Kim Hyun-Joo) yang berjaya dan memiliki cita-cita tinggi. Keadaan ini sekaligus memberikan kesan pada hubungan antara dia dan suami, Jin-Eon (Ji Jin-Hee).
Pada masa sama, suaminya telah berkenalan dan menjalinkan hubungan dengan Seol Ri (Park Han Byul) yang memiliki personaliti seperti isterinya ketika awal bercinta dahulu.
Hae Gang telah terlibat dalam kemalangan sehingga hilang ingatan. Kemudiannya dia hidup sebagai kakak kembar dan terserempak dengan suaminya yang curang berkenaan.
#2. The Last Empress
Drama ini lain sedikit kerana mengisahkan seorang suami sudah memiliki kekasih, kemudian berkahwin dengan wanita lain dan masih meneruskan hubungan sulitnya tanpa pengetahuan isteri.
Oh Sunny (Jang Na Ra) merupakan pelakon teater yang ceria dan comel berkahwin dengan kerabat diraja, Emperor Lee Hyuk. Namun selepas kahwin rahsia suaminya telah terbongkar seperti hubungan sulit, salah guna kuasa dan pembunuhan.
#3. Woman Of Dignity/ The Lady In Dignity
Ia mengisahkan Woo A-Jin yang memiliki kehidupan mewah kerana kekayaan keluarga mentua, namun tidak kekal lama setelah suaminya berlaku curang. Hidupnya menjadi kucar kacir apabila skandalnya mengakui mereka berdua mempunyai hubungan.
#4. VIP
Drama ini mengisahkan pasangan suami isteri, Na Jung-Sun (Jang Na-Ra) dan Park Sung-Joon (Lee Sang-Yoon) bertugas dalam jabatan sama. Mereka perlu berurusan dengan pelanggan VIP di Sung Un Department Store.
Pasangan ini sangat bahagia meskipun belum memiliki anak. Namun ia tidak kekal lama apabila Na Jung-Sun menerima mesej misteri yang mengatakan suaminya curang dan mempunyai hubungan sulit dengan salah seorang dalam jabatan sama di tempat mereka bekerja.
#5. Ms Perfect
Drama ini mengisahkan Sim Jae-Bok telah berkahwin dan mempunyai dua orang cahaya mata. Akibat tuntutan kerja yang banyak, dia berdepan masalah dengan suami, Koo Jung Hee.
Rupanya dalam diam lelaki berkenaan telah curang dengan seorang perempuan muda dan cantik, Na Mi. Ia bukanlah cerita berkisarkan kecurangan 100 peratus, tetapi berlaku plot twist kehadiran wanita lain, Lee Eun ingin cuba merampas lelaki yang sama.
#6. Want A Taste?
Drama ini mengisahkan Hae Jin, wanita yang berkahwin dengan seorang lelaki berusia 6 tahun lebih muda. Mereka memiliki seorang anak perempuan. Hae Jin bekerja di restoran bapa mentuanya dan berusaha menanggung kos pengajian suaminya di universiti.
Namun malangnya lelaki berkenaan, Jin Sang telah menjalinkan hubungan dengan anak orang kaya, Joo-Ri. Apabila terbongkar rahsia ini, Hae Jin memintanya untuk bercerai.
#7. The World Of The Married
The World Of The Married mengisahkan tentang Ji Sun-Woo adalah seorang doktor. Dia menyangkakan kehidupan yang sempurna bersama suami dan anak lelaki. Namun akhirnya mendapat tahu suaminya curang dengan seorang perempuan muda.
Paling menyedihkan, rakan-rakannnya juga mengetahui hubungan sulit berkenaan dan masih boleh keluar bersama-sama dengan suami dan skandalnya.
#8. Birth Of Beauty
Sa Geum-ran seorang isteri yang baik telah berkahwin dengan Lee Kang Joon tetapi tidak tinggal bersama hampir 7 tahun kerana bekerja di US. Jadi Sa Geum-ran tinggal bersama ibu mertua dan adik ipar yang melayannya sangat teruk.
Kemudian dia dapat tahu, suaminya curang dengan pembaca berita yang popular. Dia kemudiannya membawa diri dan ditimpa kemalangan. Semua ingat dia dah mati and paling sedih, suami dan ahli keluarga mertua dia tak datang pun ke hari perkebumian dia. Sa Geum-ran merayu dekat doktor bedah plastik, Han Tae-Hee untuk mengubah dirinya menjadi jelita demi membalas dendam pada suaminya.
#9. My Mister (2018)
Drama ni mengisahkan tentang Dong-Hung (Lee Sun-Kyun) yang mempunyai 2 orang abang. Kalau dari luar nampak macam hidup dia okay tapi sebenarnya banyak yang dia hadap tapi tak kongsikan dekat orang walaupon isteri dia sendiri.
Lagi malang sebab isteri Dong-Hung curang dengan orang yang paling dia tak benci iaitu naib presiden di tempat kerja dia.
Sumber: Sayaiday
Kredit foto: nbc news
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Tidak Hanya Lelaki, Ini 5 Sebab Perempuan SANGGUP Curang Dengan Pasangan!