Senarai Hospital Swasta di Selangor Dengan Pakar Kesihatan Berkaliber, Bakal Ibu Boleh Pilih Untuk Bersalin di Sini!

Senarai hospital swasta di Selangor ini menyediakan rawatan termasuk kepakaran pelbagai disiplin sekali gus menjadi antara pilihan pelanggan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkhidmatan yang ditawarkan memuaskan hati ditambah dari segi fasiliti dan kemudahan yang lengkap dengan pelbagai kepakaran menjadikan hospital swasta turut menjadi pilihan pelanggan. Di bawah ini adalah senarai hospital swasta di Selangor yang menjadi antara pilihan pelanggan di negeri itu.

Layanan yang baik daripada kakitangan dan warga hospital juga antara faktor lain menjadikan hospital ini pilihan pelanggan. Oleh sebab itu, jika anda bakal bersalin tahun ini dan anda bercadang untuk melahirkan anak di hospital swasta Selangor, anda boleh melihat di senarai ini.

Senarai Hospital Swasta Selangor

Columbia Asia Hospital di Klang, Selangor

Lebih 20 tahun beroperasi dan kini mempunyai 13 cawangan hospital di Malaysia dengan setiap satu cawangan mempunyai kepakaran khusus serta kakitangan yang terlatih.

Perkhidmatan yang ditawarkan ialah perkhidmatan perubatan komprehensif seperti kemalangan dan perkhidmatan kecemasan, pemeriksaan kesihatan, kardiologi, ortopedik, pembedahan am, perubatan dalaman, obstetrik dan ginekologi, pediatrik, telinga, hidung dan tekak (ENT), oftalmologi, dermatologi dan radiologi.

Setiap lokasi pembinaan hospital ini adalah di kawasan perumahan yang strategik, lebih dekat dengan tempat tinggal komuniti bagi memenuhi keperluan kesihatan penduduk.

Disenaraikan tempat ke-3 kedudukan hospital swasta terbaik di Malaysia. Ramai yang memuji hospital ini kerana perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan cemerlang dan terbaik.

Alamat: Jalan Mahkota 1 / KU 2, Mutiara Bukit Raja 2, KM2 off Jalan Meru, 41050 Klang Selangor Darul Ehsan

Talian: 03 3346 7999

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

E-mel: customercare.klang@columbiaasia.com

Sentosa Specialist Hospital

Menyediakan penjagaan pesakit yang berkualiti dengan pelbagai perkhidmatan disediakan, jadi tidak hairanlah ia antara pilihan pesakit untuk ke sini. Sentosa Specialist Hospital merupakan hospital komuniti yang menyediakan khidmat pesakit luar dan pesakit dalaman dengan pasukan kesihatannya berpengalaman dan profesional.

Maklum balas daripada pelanggan, hospital ini menawarkan harga yang berpatutan sejajar dengan tawaran perkhidmatannya menjadikan ia pilihan pesakit menerima rawatan di sini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mempunyai pakar perunding dalam pelbagai displin antaranya perubatan dalaman, pembedahan am,  obstetrik dan ginekologi, pediatrik, ENT, ortopedik, oftalmologi, urologi, radiologi dan anestesiologi. Kedudukan ke-5 hospital swasta terbaik di Malaysia.

Alamat: No. 27-29, Lorong Temenggung 15-A, Taman Sentosa Perdana, 41200 Klang, Selangor.

Talian: 03 5162 8814 / 03 5162 8819 / 03 5162 8820

E-mel: info@sshmedicare.com

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hospital Assunta

Hospital ini mempunyai lebih daripada 100 pakar, jadi tidak hairanlah ia antara pilihan pesakit untuk menjalani rawatan di sini.

Antara kepakaran yang ada di sini termasuk anestesiologi, ENT, perubatan dalaman, neurologi, pediatrik, urologi, laparoskopi, kolorektum, dermatologi, rinologi, pembedahan penggantian sendi, pembedahan plastik dan tulang belakang.

Berada di kedudukan ke-7 sebagai hospital swasta terbaik di Malaysia 2021/2022. Antara hospital swasta bertapak lama di Malaysia namun ramai memuji hospital ini kerana perkhidmatan ditawarkan memuaskan hati.

Alamat: Jalan Templer, Pjs 4, 46990 Petaling Jaya, Selangor

Talian: 03-7872 3000

E-mel: enquiries@assunta.com.my

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

KPJ Damansara Specialist Hospital

Lebih 29 tahun berpengalaman dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan, menjadikan antara hospital pilihan pesakit untuk mendapatkan rawatan di sini.

Menyediakan pelbagai rawatan perkhidmatan selain mempunyai kepakaran sendiri. Antara perkhidmatan tersebut ialah pusat penjagaan kesihatan wanita, kanak-kanak, ortopedik, penjagaan untuk kanser, penjagaan bagi kardiovaskular, dietetik, audiologi dan pemulihan.

Hospital ini juga menawarkan pelancongan kesihatan dengan pesakit dari luar negara kebanyakannya mendapatkan rawatan bagi  kardiologi, pembedahan bariatrik, onkologi,  In Vitro Fertilisation (IVF), ortopedik, pediatrik, neonatologi dan saringan kesihatan.

Alamat: 119, Jalan SS 20/10, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor

Talian:03-7718 1000

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

E-mel: prdsh@kpjdamansara.com

Sunway Specialist Centre Damansara (SSCD)

SSCD adalah pusat pakar pembedahan siang yang moden dengan pelbagai klinik pakar, diagnosis, perkhidmatan dan prosedur yang komprehensif di bawah satu bumbung.

Jika mahu mencari khidmat konsultasi, diagnosis, pencegahan atau rawatan yang tidak memerlukan pesakit untuk bermalam (kemasukan ke hospital), SSCD menyediakan khidmat tersebut.

Antara perkhidmatan ditawarkan termasuklah dermatologi, kesihataan pencernaan dan hati, ENT, fertility, obstetric dan ginekologi, oftalmologi, dermatologi paediatrik, oftalmologi paediatrik dan paediatrik.

Alamat: Sunway Nexis Ground Floor, South Entrance, B-G-01, B-G-02, B-G-03, B-G-03A, B-G-05 and B-G-06, Sunway Nexis Retail, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara 47810 Petaling Jaya, Selangor

Talian: 03-64119191

E-mel: sscd@sunway.com.my

Avisena Specialist Hospital

Hospital ini memfokuskan untuk menyediakan khidmat penjagaan kesihatan berkualiti premium kepada pelanggan. Hospital swasta Selangor ini juga mempunyai kepakaran dalam pelbagai displin yang ditawarkan kepada pesakit. Ia juga antara pilihan pelanggan dan kebanyakan turut berpuas hati dengan layanan diterima di sini.

Alamat: No. 4, Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Talian: 03- 55151888

Emel: careline@avisena.com.my

Pantai Hospital Klang

Hospital ini menyediakan kepakaran seperti kardiologi, dermatologi, perubatan dalaman dan pembedahan saraf serta lain-lain perkhidmatan rawatan. Hospital ini turut menyediakan khidmat eHealth iaitu nilai tambah perkhidmatan bagi membantu pesakit yang tidak dapat hadir ke hospital atas sebab-sebab tertentu.

Melalui perkhidmatan tersebut, doktor dan pesakit akan berhubung menerusi video atau telefon. Malah, pesakit juga boleh berhubung dengan pakar selama 30 menerusi video dan jika memerlukan ubat selepas itu, pesakit boleh memilih sama ada mengambilnya di hospital atau ia akan dihantar ke rumah.

Alamat: Lot 5921, Persiaran Raja Muda Musa, 41200 Klang, Selangor, Malaysia

Talian: 03-32585500

Sekiranya anda pernah kunjungi hospital swasta Selangor yang menawarkan khidmat yang bagus dan berkualiti, jangan kongsikan kepada kami.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Diarah Balik Ketika Bukaan 2cm, Ibu & Bayi Bertarung Nyawa Dalam Kereta Kerana SOP Hospital

Baca juga: Ibu Ini Sempat Menjawab Final Exam Di Hospital Ketika Tengah Sakit Kontraksi Nak Bersalin!

Baca juga: Bapa Ini Terpaksa Sambut Bayi Dalam Kereta Tengah Highway, Tak Sempat Sampai Hospital!