Senarai Semak Wajib Tanya Apabila Ke Pakar Pediatrik, #4 Tu Penting!

Pastikan anda sediakan senarai semak soalan-soalan yang anda boleh bertanya pada pakar pediatrik anda bila bawa si manja nanti!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila bergelar ibu bapa baharu, pasti banyak senarai semak soalan pediatrik yang bermain di minda tentang kesihatan anak namun kadang-kala pasti ada soalan yang terlupa nak tanya. Jadi, pastikan anda sediakan senarai semak soalan-soalan yang boleh anda ajukan kepada pakar pediatrik anda apabila membawa si kecil untuk pemeriksaan kesihatan mereka.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Senarai semak soalan-soalan bagi pakar pediatrik dan apa yang perlu dibawa.
  • Vaksin anak penting untuk kekal sihat, ibu ayah perlu cakna tentang hal ini.

Soalan-soalan yang anda bertanya kepada pakar pediatrik perlulah relevan dan membawa manfaat kepada kesihatan dan tumbesaran si manja.  Ada juga beberapa perkara yang anda perlu bawa bersama ketika berkunjung ke klinik pakar pediatrik anda.

Jangan bimbang, kami akan kongsikannya di sini.

Senarai Semak Soalan Pakar Pediatrik Bagi Ibu Ayah Kali Pertama.

Sebelum membuat kunjungan ke klinik pakar pediatrik anda, ada beberapa perkara yang anda perlu sediakan dan bawa bersama.

Antaranya adalah:

  • Pasangan anda
  • Kad insurans dan dokumen-dokumen dari hospital
  • Sekiranya si manja mempunyai pakar pediatrik yang lain sebelum ini, pastikan anda membawa sejarah medikal dan carta kesihatan si manja
  • Barang-barang bayi (baju persalinan, lampin, tisu basah dan sebagainya)

Kini, anda sudah sedia untuk berjumpa dengan pakar pediatrik anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi apakah soalan-soalan yang anda boleh tanyakan kepadanya? Oleh itu, pastikan soalan yang kami kongsikan ini akan berada dalam senarai semak anda!

Senarai Semak Soalan Pakar Pediatrik.

Ini mungkin kali pertama anda membawa si manja berjumpa dengan pakar pediatrik dan anda tentulah mempunyai banyak soalan yang ingin ditanyakan. Namun, tanyalah pada pakar anda soalan-soalan yang relevan sahaja. Jangan pula tanya perkara yang 'common' dan hampir kesemua orang pun boleh jawab.

Berikut merupakan soalan-soalan yang boleh diajukan:

1. Soalan berkaitan diet/penyusuan anak

  • Perlukah saya mengikut jadual untuk memberi makan pada si manja?
  • Bagaimana untuk tahu jika anak telah makan dengan cukup?
  • Apa yang perlu dilakukan jika bayi tidak minum susu badan dengan mencukupi?
  • Adakah si manja mendapatkan vitamin D dan zat besi yang cukup?
  • Bagaimana cara menyimpan susu badan saya?
  • Bagaimana hendak tahu jika si manja tidak bertoleransi dengan laktosa?
  • Adakah sedu dan jeluak bayi itu normal dan apa cara terbaik untuk sendawakan bayi?
  • Bagaimana cara untuk memastikan si manja melekap pada puting ibu dengan betul?
  • Bagaimana untuk mengurangkan luka pada puting ibu?

2. Soalan berkaitan corak tidur bayi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Berapa jam si manja perlu tidur dalam sehari dan tidak mengapakah jika saya kejutkan si manja untuk makan?
  • Bagaimana untuk pastikan anak terus tidur?
  • Bahayakah jika anak saya tidur terlentang?
  • Bagaimana cara untuk elak SIDS?
  • Di manakah si manja saya patut tidur dan perlukah saya wujudkan rutin tidur dan apakah cara terbaik untuk memulakannya?

3. Soalan tentang najis bayi

  • Berapa banyak lampinkah yang si manja saya perlu dalam sehari?
  • Berapa kali sehari si manja saya perlu buang air?
  • Apakah warna normal najis bayi dan bagaimana hendak tahu jika bayi mengalami sembelit?
  • Normal atau tidak untuk bayi membuang air besar sebaik sahaja selepas makan?

4. Soalan tentang perkembangan bayi

  • Bilakah si manja akan memberi tindak balas kepada bunyi?
  • Bila bayi akan mula mengangkat kepala sendiri?
  • Pada usia bilakah anak sepatutnya mengecam muka dan objek?
  • Bila usia sesuai untuk meletakkan bayi secara meniarap untuk tummy time?
  • Bila saya boleh mula membaca untuk anak dan apakah mainan terbaik untuk anak pada tahap ini?
  • Apa yang saya boleh lakukan untuk bantu perkembangan si manja?

5. Soalan tentang cara memujuk anak

  • Adakah lebih baik untuk memujuk anak atau biarkan mereka menangis?
  • Bagaimana cara memujuk anak apabila mereka menangis?
  • Adakah doktor mengesyorkan penggunaan puting?
  • Adakah doktor mengesyor urutan bagi bayi? Apa cara terbaik untuk lakukannya?

6. Soalan tentang kesihatan anak

  • Apa yang perlu saya lakukan jika anak mempunyai hidung tersumbat?
  • Bagaimana cara untuk mengambil suhu badan anak?
  • Bila waktu terbaik untuk mula bawa anak keluar?
  • Apakah jadual vaksinasi yang terbaik untuk bayi?

Walaupun soalannya kelihatan banyak, namun anda akan senang hati apabila anda mendapat jawapan kepada segala persoalan tentang kesihatan dan perkembangan si manja anda.

Yang paling penting, untuk mengekalkan kesihatan anak sepanjang usianya yang kian meningkat, ibu ayah perlulah membawa si manja untuk mendapatkan cucukan vaksin bagi menambah imunisasi anak.

Terdapat beberapa jenis vaksin yang si manja perlukan ketika mereka sedang membesar supaya badan mereka dapat menghasilkan imunisasi yang secukupnya.

Vaksin Anak Penting Untuk Kekal Sihat. Ibu Ayah Perlu Cakna Tentang Hal Ini!

Umum sedia maklum bahawa setiap individu mempunyai sistem imun badan berbeza, jadi ia menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk berusaha melindungi anak-anak mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Vaksin untuk bayi penting kerana bayi mempunyai sistem imunisasi yang lemah. Dengan memberikan vaksin untuk bayi mengikut jadual yang ditetapkan, anda boleh melindungi bayi anda dari penyakit-panyakit yang boleh membawa maut, contohnya seperti:

  • Tibi (batuk kering) – Menyebabkan jangkitan yang serius pada radang paru-paru (pneumonia), radang selaput otak (meningitis) dan terus merebak kepada organ lain.Difteria – Toksik dikeluarkan oleh bakteria disebabkan oleh saluran pernafasan yang tersumbat atau pneumonia (radang paru-paru).
  • Pertusis (batuk kokol) – Ia akan menyebabkan batuk kokol dan kekurangan oksigen ke otak.Tetanus – Keracunan bakteria menyebabkan kekejangan pada otot-otot badan dan keupayaan membuka rahang (kancing gigi).
  • Haemophilus influenzae jenis (Hib) – Bakteria ini menyebabkan jangkitan kepada paru-paru (pneumonia), saluran pernafasan dan radang saraf otak (meningitis).
  • Hepatitis B – Virus ini boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada hati dan mempengaruhi individu mendapat kanser hati pada masa depan.
  • Polio – Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak dan kecacatan kekal pada otot kaki.
  • Campak – Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) and paru-paru (pneumonia).
  • Beguk – Virus ini menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) dan testis (orchitis) dan boleh membawa kepada kemandulan.
  • Rubella – Virus rubella merebak di kalangan manusia, ibu hamil, terutamanya kehamilan bagi tiga bulan yang pertama dan boleh menyebabkan bayi mengalami kecacatan pada otak, sistem pendengaran dan penglihatan serta kerosakan hati. (terutamanya PDA patent ductus arteriosus)
  • Pnemokokus – Bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan paru-paru, meningitis dan darah yang teruk.
  • Rotavirus – Virus ini boleh menyebabkan penyakit cirit-birit yang teruk, dehidrasi dan encephalitis.
  • Virus Human Papilloma – Virus ini boleh menyebabkan kanser serviks dan ketuat genital.

Walau bagaimanapun, kita masih mendapati bahawa ada segelintir kumpulan di dalam masyarakat (ibu ayah) yang memilih untuk tidak vaksin anak mereka. Mungkin mereka memiliki pandangan dan keputusan tersendiri mengapa mereka tidak membenarkan anak-anak mereka mengambil suntikan vaksin ini.

Apa yang penting, mereka juga ada cara lain untuk melindungi anak-anak mereka.

Jenis-jenis Vaksin Untuk Si Manja.

#1: Live attenuated vaccine.

Vaksin hidup yang dibuat dari bakteri atau virus yang sudah dilemahkan daya virulensinya dengan cara kultur dan perlakuan yang berulang-ulang, namun masih boleh meningkatkan reaksi imunologi yang seripa dengan infeksi alamiah.

#2: Inactivated vaccine (Killed vaccine)

Vaksin dibuat dari bakteria atau virus yang dimatikan dengan zat kimia (formaldehid) atau dengan pemanasan, dapat berupa seluruh bahagian dari bakteri atau virus, atau bahagian dari bakteria atau virus atau toksoidnya sahaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3: Vaksin toksoid

Vaksin yang dibuat dari beberapa jenis bakteria yang menimbulkan penyakit dengan memasukkan racun dilemahkan ke dalam aliran darah.

#4: Vaksin Acellular dan Subunit

Vaksin yang dibuat dari bahagian tertentu dalam virus atau bakteria dengan melakukan kloning dari gen virus atau bakteria melalui kombinasi DNA, vaksin vektor virus dan vaksin antiidiotipe.

Cadangan jadual vaksinasi bagi bayi dan kanak-kanak bermula sejak lawatan pertama ke klinik bersama pakar pediatrik anda. Terdapat beberapa jenis vaksin yang ibu dan ayah perlu pastikan si manja mendapatinya.

  • Pneumokokal. Si manja disarankan melengkapi ketiga-tiga dos vaksin pneumokokal sebaik sahaja menginjak usia 1 tahun, di mana dos pertama diberi selepas 6 minggu.
  • Meningokokal. Vaksin ini disyorkan untuk diberi kepada kanak-kanak yang melawati kawasan berisiko tinggi.
  • Rotavirus. Salah satu vaksin terpenting yang si manja anda perlu ambil ialah vaksin rotavirus di mana anak disyorkan untuk mendapat dos pertama selepas usia 6 minggu.

Sekadar info, Program Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan telah dijalankan oleh kerajaan sejak tahun 1950. Ia bertujuan untuk mencegah 12 jenis penyakit berjangkit disebabkan oleh bakteria dan virus tertentu.

Kematian kanak-kanak telah menurun sebanyak 85% bagi tempoh 1970 hingga 2000, antaranya hasil dari peningkatan skop perkhidmatan kesihatan termasuk imunisasi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semua vaksin yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Vaksin ini telah dinilai mengikut keperluan piawaian antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dari aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanannya.

Selain dari bertanya soalan-soalan di atas pada pakar pediatrik anda, anda juga boleh berbincang tentang vaksinasi anak dan kepentingan memberikan si manja suntikan vaksin pada awal usia.

Pakar pediatrik anda juga pasti akan mengesyorkan jadual vaksinasi yang terbaik untuk si manja, okay moms?

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 13 Klinik Kanak-Kanak Di Shah Alam & Doktor Pakar Pediatrik Terbaik

Baca juga: Ini Perkembangan Bayi Anda Selepas 1 Minggu, Si Kecil Dah Kenal Suara Ibu Ayah!

Baca juga: Aromaterapi Berkesan Dalam Membantu Kesihatan Bayi, Pakar Pediatrik