Isteri Kena Buang Mentaliti "Alah..Suami Ada", Kalau Tak Mahu SUSAH Di Masa Mendatang

Seorang wanita yang sudah bergelar isteri pada hari ini perlu kuat dan cekal malah anda juga perlu ada simpanan untuk masa depan supaya dapat besarkan anak-anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Isteri, cuba lihat dalam tabung anda atau cuba buka simpanan anda, berapakah jumlah yang anda ada? Jika ada Alhamdulillah, jika tiada apa yang harus anda lakukan? Ini kerana seorang wanita pada hari ini perlu ada simpanan sendiri untuk jangka masa yang akan datang.

Bukanlah bermaksud kita mendoakan sesuatu yang buruk berlaku, tapi tidak salahkan jika kita sediakan payung sebelum hujan? Ini kerana kita tidak tahu apakah takdir yang bakal mendatang dan menimpa kita anak beranak.

Yang paling menyedihkan jika kita kehilangan suami tercinta di kala kita sendiri tidak mempunyai apa-apa. Jadi tidak salah rasanya jika isteri sediakan segala keperluan diri dan bersiap sedia menghadapi rintangan yang bakal mendatang.

Hal ini kerana kehidupan seorang wanita yang bergelar isteri pada zaman dahulu dan sekarang adalah cukup berbeza.

Tapi pada hari yang serba moden dan kecanggihan teknologi kini isteri harus lebih bijak dan kuat serta berani menghadapi apapun dengan tindakan mereka tanpa seratus peratus mengharapkan bantuan daripada suami.

Pendek kata suami kena ada backup plan untuk menghadapi sesuatu diluar jangkauan seperti kehilangan suami atau sebagainya.

Bila terjadi kelak anda mungkin akan sesal sebab tidak menyediakan apa-apa yang penting untuk kelangsungan hidup yang seterusnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang wanita pada hari ini kena ada simpanan, ini 7 perkara yang anda kena tahu

#1. WAJIB ada simpanan sendiri

Tidak kiralah pangkat atau siapa suami anda, sama ada dia kaya raya atau tidak, tapi anda sebagai seorang wanita kena ada wang simpanan sendiri.

Tolak siap-siap apa yang anda perlu bayar sebagai komitmen pada setiap bulan. Kemudian yang lebihnya jadikan sebagai simpanan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terutamanya jika anda seorang ibu yang bekerja, duit nafkah dan duit gaji yang banyak-banyak itu simpanlah separuh daripadanya untuk di masa hadapan kelak. Mana tahu ada kecemasan bolehlah juga digunakan. Betul tak?

Sementara isteri yang tidak bekerja pula gunakan duit nafkah suami untuk dijadikan tabungan, janganlah boros sampai tiap bulan nak beli pakaian baru.

#2. Sebuah rumah untuk pelaburan dan dijadikan sebagai persediaan

Bukanlah bermaksud untuk anda berfikiran negatif kalau kata kena sediakan semua benda ini. Tapi ia hanya sebagai langkah awal sebab banyak dah yang terjadi di kalangan isteri bila suami meninggal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi untuk elakkan perkara sedemikian tidak salah jika isteri selalu beringat dan bersedia.

Jika ada rezeki lebih, apa kata anda beli sebuah rumah sebagai pelaburan supaya dapat membantu jika anda terkapai-kapai nanti.

#3. Jangan guna habis duit nafkah

Seorang wanita pada hari ini juga harus bijak berbelanja jangan guna habis simpanan sendiri. Kalau suami beri nafkah guna sedikit saja wang itu dan selebihnya simpanan untuk diri sendiri.

#4. Jangan cerita berapa simpanan anda pada suami jika suami tak disiplin untuk simpan duit

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini bukanlah kata nak suruh menipu tapi isteri kena lebih bijak untuk tidak memberitahu kepada suami tentang wang simpanan anda terutama kalau suami itu dilihat tidak bijak menguruskan kewangannya.

Apapun jangan takut kerana wang dan harta isteri adalah sepenuhnya milik isteri dan suami tidak harus tahu atau mengambilnya pun melainkan isteri benarkan.

#5. Perlu ada lesen memandu dan pandai bawa kereta

Faham, pada zaman sekarang masih ada golongan wanita dan ibu-ibu yang tidak tahu memandu hatta tidak mempunyai kereta sekalipun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi adalah penting untuk isteri pandai memandu dan ada lesen kereta kerana kelak anda tidak terlalu bergantung sepenuhnya kepada suami jika berlaku perkara yang tidak diingini.

#6. Buat catatan perbelanjaan

Sebelum menggunakan wang buat catatan terlebih dahlu selepas ditolak hutang dan komitmen yang perlu dibayar.

Dengan cara ini anda boleh tahu kemana tuju wang tersebut pergi dan di mana ia dihabiskan.

Contoh catatan yang harus dibuat seperti membeli keperluan anak, barang dapur, keperluan diri sendiri dan lain-lain.

Justeru, jangan terlalu berharap pada suami anda sepenuhnya kerana kita sebagai wanita turut boleh melakukannya.

Anda kata apa jua yang berlaku, anda mampu berdiri di atas kaki sendiri. Semoga bermanfaat.

Sumber :  Azizul Azli Ahmad 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comtanggungjawab-isteri-selepas-kematian-suami