Satu kajian mengenai tabiat tidur pasangan pada tahun 2015 mendapati 25% suami isteri tidur berasingan dengan lain-lain katil, 10% dikatakan tidur di bilik yang berasingan. Namun, ini tidak bermakna mereka mempunyai masalah rumah tangga.
Suami isteri tidur berasingan”Ini bukan bermakna kami tidak mencintai satu sama lain”
Kebanyakan pasangan mungkin akan fikir, tidur di katil berasingan bermakna terdapat masalah rumah tangga, tetapi buat pasangan yang mengamalkan tidur di katil yang berasingan, ini lebih kepada keselesaan sendiri.
Berikut merupakan sebab mengapa pasangan-pasangan ini mengamalkan tidur di katil berasingan:
1# “Kami mempunyai jadual tidur/bangun yang berbeza – saya tidur awal dan bangun lewat, dia tidur lewat dan bangun awal”
Erin Lidia berkongsi, “Kami tidur berasingan sejak awal lagi. Saya menghidap insomia dan saya mempunyai tidur yang sangat sensitif, semua benda akan membuatkan saya terbangun. Kami mempunyai jadual tidur/bangun yang berbeza – saya tidur awal dan bangun lewat, dia tidur lewat dan bangun awal. Keadaan lebih aman bila kami mempunyai katil kami sendiri. Kami mendapat rehat yang lebih baik dan kami masih banyak berpeluk dan sangat mesra semasa berjaga. Kami berdua juga introvert jadi, kadang-kala ia adalah lebih baik untuk mempunyai ruang sendiri. Tidak akan ada cara yang lebih baik dari ini.”
Ada betulnya kerana sesetengah orang memang lebih selesa tidur bersendirian di tempat tidur mereka daripada berkongsi dengan orang lain.
2# “Kami mendapat anak kembar lelaki dua tahun yang lalu dan mula tidur berasingan sejak itu”
Brittany Hamrick Mazur berkongsi mengapa dia dan suaminya tidur di katil yang berasingan, “Kami mendapat anak kembar lelaki dua tahun yang lalu dan mula tidur berasingan sejak itu. Setiap minit untuk tidur sangat berharga dan penting. Kami masih tidur berasingan kerana kami tidur lebih lena – dan dia berdengkur umpama bunyi keretapi kargo.”
Ia lebih praktikal: lebih mudah untuk tidur bila ia adalah giliran pasangan anda untuk tidur bersama anak-anak. Walaupun dengkuran ‘seperti keretapi kargo’ bunyi seperti melebih-lebih.
3# “Ini yang berkesan untuk kami. Ini tidak bermakna kami tidak mencintai antara satu sama lain atau tidak mesra.”
“Suami saya dan saya tidur di katil yang berasingan sepanjang 15 tahun usia perkahwinan kami. Dia berdengkur, saya tidak dapat tidur. Saya banyak bergerak dan kami mempunyai tilam yang pejal, dia tidak dapat tidur. Ini yang berkesan untuk kami. Ini tidak bermakna kami tidak mencintai antara satu sama lain atau tidak mesra. Kami mempunyai dua anak perempuan dan dia masih membuatkan saya berdebar-debar,” kongsi Katie VanVleet.
Kami mula melihat dengkur sebagai punca tidur berasingan di sini, namun jika tidur berasingan berkesan untuk mereka, maka ia memang berkesan!
4# “Walaupun kami menyayangi satu sama lain, kami hargai ruang untuk diri sendiri”
“Saya dan suami telah tidur di katil berasingan selama 5 tahun,” ujar Diane Dunnington Hill. “Kami berdua tidur lebih baik! Kami mempunyai kitar waktu bangun dan perubahan suhu badan yang berbeza. Walaupun kami menyayangi satu sama lain, kami hargai ruang untuk diri sendiri.”
Hanya kerana anda berkahwin, tidak bermakna anda harus luangkan setiap waktu berjaga (dalam hal ini tidur) bersama. Sesetengah orang, terutamanya yang introvet, memerlukan waktu sendiri yang kerap. Untuk pasangan ini, tidur berasingan membuatkan hubungan mereka lebih baik.
5# “Katil yang berasingan mungkin kunci kepada perkahwinan yang berkekalan dan berjaya”
“Kami sudah berkahwin selama 35 tahun – kami tidur di katil yang berasingan di dalam bilik yang sama lebih kurang 10 tahun. Kami sering terjaga di tengah malam di waktu yang berbeza – pergi ke tandas, berdepan denga sakit dan macam-macam – dengan cara ini kami tidak kejutkan pasangan kami, kerana kami memang tidak cukup tidur.
“Ini tidak memberi kesan terhadap apa yang kami rasa terhadap satu sama lain – sebenarnya ini hanya pihak yang lagi satu bertimbang rasa. Kami tidur bila kami boleh dan kami faham dengan ini. Kami masih bersama dan itu yang penting. Katil yang berasingan mungkin kunci kepada perkahwinan yang berkekalan dan berjaya,” kongsi Robin Thomas.
Ini sudut yang menarik mengambil hal ini. Dengan memberi ruang benar-benar penting dalam hubungan. Ia bukan selalunya tentang bersama, kadang-kala meluangkan masa berjauhan benar-benar menguatkan perkahwinan itu kerana ia membolehkan setiap pasangan menjadi diri mereka sendiri.
Ia semua mengenai apa yang anda dan pasangan anda selesa
Kami rasa ia semua bergantung kepada pilihan masing-masing. Ada pasangan suka bangun tidur bersebelahan dengan pasangan mereka, dan ada juga pasangan yang lebih selesa tidur di katil malah ada suami isteri tidur berasingan (terutamanya yang kuat berdengkur).
Tiada formula tertentu dalam memastikan sesuatu perkahwinan itu berjaya. Ia memerlukan cinta, kerjasama, persefahaman, hormat dan mengetahui di mana zon selesa pasangan anda.
Akhirnya, ia semua mengenai apa yang anda dan pasangan anda selesa. Jadi jangan risau jika anda rasa anda lebih selesa tidur berseorangan di katil. Jika anda rasa anda perlu tidur di katil berasingan, cuba berbincang dengan pasangan anda mengenai ini. Mana tahu, mereka juga rasakan perkara yang sama!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Suami, Berkepitlah Sekejap Dengan Isteri – 24/7 Di Rumah, Mereka Mudah Depresi!