Perkara Ibu-ibu Baru Perlu Pertimbangkan Sebelum Membeli Set Berpantang Selepas Bersalin - Wajib Baca Ya!

Set bersalin akan digunakan semasa ibu-ibu dalam tempoh berpantang nanti. Tapi tahukah anda apa yang anda perlu tahu sebelum membeli set berpantang ini?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semasa hamil, selain sibuk membuat persiapan untuk menerima kehadiran cahaya mata, ibu-ibu juga akan sibuk mencari set pantang terbaik bagi memastikan diri kembali sihat, segar dan bertenaga.

Set bersalin atau juga dikenali sebagai set berpantang adalah penting kerana set ini akan digunakan semasa ibu-ibu berada dalam tempoh berpantang nanti. Tapi pernahkah anda terfikir, apa yang anda perlu tahu sebelum membeli set bersalin/berpantang ini?

Sebelum anda membeli set berpantang, ada beberapa perkara yang perlu anda ambil tahu. Dengan ini, anda pasti akan dapat memilih set pantang terbaik buat diri anda.

Baca juga: Faktor Penting Dalam Berpantang

Perkara Ibu Perlu Tahu Sebelum Beli Set Pantang Terbaik

1. Apakah jenama set pantang terbaik saya perlu tahu?

Kredit: Tanamera

Adakah anda sudah terbiasa dengan sesuatu jenama? Jika ya, cuba semak sekiranya jenama tersebut mempunyai set bersalin atau set berpantang yang sesuai untuk anda gunakan nanti.

Antara jenama set bersalin/berpantang yang kerap menjadi pilihan ialah Nona Roguy, Tanamera dan Mustika Ratu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebelum membuat keputusan untuk kekal dengan hanya satu jenama, lakukan kajian anda terlebih dahulu. Tanya pada teman-teman mahupun mereka yang bakal menjaga anda ketika pantang nanti. Ada sesetengah produk baunya kuat, membuatkan kita tidak selesa. Perlu tahu ya!

2. Bajet anda

Seperti barangan bayi, set bersalin juga mempunyai banyak jenis. Jadi, sebelum anda membuat keputusan untuk membeli, tetapkan dahulu bajet anda.

Apabila anda sudah mempunyai bajet, barulah anda boleh mula buat survey dan pilih set bersalin terbaik untuk anda. Bincang dengan suami elok-elok tentang ini kerana berpantang antara penjagaan diri yang penting selepas melahirkan anda.

Pastikan si dia bersetuju dengan bajet anda, ataupun minta sahaja dia bayarkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Pandangan orang yang pernah membeli

Jika anda sudah mempunyai penjaga waktu pantang atau tukang urut semasa pantang, cuba dapatkan pandangan mereka mengenai set bersalin atau set berpantang terbaik yang sesuai untuk anda.

Atau, dapatkan pendapat kawan-kawan yang sudah menggunakan set-set ini. Tetapi harus diingat, badan kita tidak sama seperti orang lain, jadi janganlah ikut bulat-bulat pandangan orang.

Penting untuk anda melakukan perkara nombor #4 ini pula untuk memilih set bersalin terbaik.

4. Semak label set bersalin itu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya anda sudah mempunyai jenama yang berkenan untuk beli, cuma semak label sekiranya bahan yang digunakan sesuai untuk anda.

Terdapat sesetengah orang mempunyai alergi terhadap sesetengah bahan. Jadi, lebih baik anda berhati-hati dengan apa yang anda bakal guna, sebelum masalah di kemudian hari.

5. Mahu beli di mana set berpantang itu?

Ada orang suka membeli dari kedai fizikal tetapi ada juga yang lebih suka membeli di atas talian.

Apa pun pilihan anda, pastikan anda membeli dari mereka yang diiktiraf dan mampu memberi konsultasi kepada anda.

6. Bandingkan set berpantang di antara satu sama lain – apa beza mereka ada?

Sekiranya anda mempunyai beberapa tempat dan jenama yang anda berminat untuk membeli set berpantang, bandingkan mereka. Dari segi harga, konsultasi dan apa yang mereka tawarkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7. Apa yang anda perlu dalam set bersalin terbaik?

Kredit: Nona Roguy

Bukan semua benda di dalam set berpantang diperlukan anda. Sebab itulah penting untuk anda mendapatkan pendapat dahulu dan senaraikan apa yang perlu anda beli.

Anda sudah tentu tidak mahu membazir membeli sesuatu yang tidak akan digunakan.

8. Set bersalin itu datang dalam pakej atau berasingan?

Kebanyakkan set berpantang dijual di dalam bentuk set. Namun ia tidak terkecuali dijual secara berasingan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setelah mengenal pasti apa yang anda perlukan, bolehlah anda membuat keputusan sama ada memilih untuk membeli pakej atau berasingan.

9. Kuantiti

Memang melihat pakej-pakej yang disediakan terasa seperti lebih berbaloi. Namun fikir dahulu, berapa lama anda akan menggunakan produk di dalam set berpantang ini?

Jika hanya seketika, elakkan membeli di dalam kuantiti yang banyak untuk mengelakkan pembaziran.

10. Tarikh luput set berpantang

Pastikan anda tidak membeli set berpantang yang sudah terlalu dekat tarikh luputkan. Semak maklumat ini sebelum membeli.

Jadi pastikan anda melalukan kajian betul-betul sebelum anda membeli set pantang terbaik buat diri anda. Namun sekiranya anda mampu, apa salahnya membeli lebih daripada satu jenama. Dengan ini, anda dapat lakukan penilaian sendiri yang mana terbaik buat anda, sekiranya anda bercadang untuk menambah cahaya mata lagi di masa hadapan.

Selamat mencuba!

Baca juga: 6 Resepi Lauk Berpantang Untuk Ibu Lepas Bersalin, Lain Dari Lain, Confirm Lebih Selera Nak Makan!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Penulis

Aqma