Memanglah Comel Tapi Ada Bahayanya Mekap Pada Kanak-Kanak, Ibu-Ibu Please Take Note

Jangan sebarangan biar anak kecil main alat solek ni. Apatah lagi tekstur kulit si kecil yang masih muda, sudahlah sensitif dan lembut, apabila dicalit set makeup yang tinggi bahan kimianya habislah rosak kulit mereka yang lembut gebu itu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pantang si ibu bersolek, ada ja si kecil yang duduk memerhati. Sudah cukup sesi 'tutorial' mulalah dia berjinak-jinak nak mencuba bersolek seperti ibunya.  Habis set makeup si ibu dibeleknya satu persatu, nak-nak pula si ibu yang memang suka melihat anaknya pun bermain alat solek lantas kalau ada set makeup yang murah dibeli saja-saja beri anak main. 

Yelah mana tahu, tak mahu anak sentuh set makeup yang mahal, diberinya yang murah-murah untuk anak bermain. Jangan begitu barang yang murah ini kadang kala terkandung segala jenis toksik dan bahan kimi berbahaya. Malah samalah yang mahal pun belum tentu elok untuk anak-anak.

Apatah lagi untuk si kecil, kulit mereka sudahlah sensitif dan lembut, apabila dicalit set makeup murahan habislah rosak kulit mereka yang lembut gebu itu. 

Tidak salah jika anda nak anak tampak cantik, dan bermain dengan alat solekan. Tapi perlulah dipantau. Namun jika anak anda masih kecil dalam mempunyai kulit yang sensitif atau mengalami eczema, jika boleh elakkan sepenuhnya. 

Bukan semua kanak-kanak akan mengalami reaksi kepada alat solek, dan tidak semua kanak-kanak juga serasi bermain dengan alat solek, itulah peranan ibu bapa penting untuk memantau.

Kadang-kadang dia seronok tengok orang bersolek di YouTube, cukup lengkap dengan pemakaian bedak asas, pemerah pipi, gincu, pembayang mata dan maskara! Dan apa lagi mulalah mereka pun mahu mencuba. Tanpa disedari set makeup anda yang menjadi mangsa, tahu-tahu banyak yang dah habis!

Bagaimana dengan makeup organik?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penggunaan alat solek walaupun berformula organik tetap tidak sesuai digunakan pada anak kecil. Untuk sekejap saja mungkin tiada efek. Namun jika dipakai lama ia akan menyebabkan pori-pori wajah tersumbat. 

Memanglah pori-pori wajah anak kecil tidak sebesar orang dewasa namun pemakaian yang lama akan menyebabkan kulit tidak boleh bernafas lantas boleh mengakibatkan iritasi dan keradangan. 

Jika sesekali anda ingin ronakan bibirnya dengan gincu tidak mengapa, tapi penggunaan alat solek pada kulit kanak-kanak seeloknya dielakkan. Pakai bila perlu sahaja seperti persembahan di sekolah. Itu pun perlu cepat-cepat dicuci. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahaya bermain set makeup untuk anak

Mekap ni bila salah digunakan untuk orang dewasa pun merbahaya, boleh mengakibatkan jerawat, kulit sensitif dan sebagainya. Selain kulit anak yang lebih sensitif, baham kimia yang terkandung dalam set makeup adalah berbahaya untuk kanak-kanak. 

#1. Iritasi kulit

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Atau kerengsaan kulit akan berlaku sekiranya kanak-kanak menggunakan alat solekan untuk jangka masa yang lama. Malah ada juga sesetengah alat solek yang tidak mengambil masa lama untuk menghasilkan iritasi. Kulit anak akan tampil kemerahan lantas boleh menimbulkan jerawat di usia yang masih awal. 

#2. Kulit menjadi gelap

Ingat tak dulu-dulu anda juga sering mengoles gincu ibu anda ketika zaman kanak-kanak? Pantang ibu tiada cepat-cepat capai gincu dan oles pada bibir senyap-senyap di dalam bilik air. Apabila gincu yang memiliki bahan kimi yang tinggi dipakai selalu efeknya pada orang dewasa pun akan menjadikan bibir gelap. Apatah lagi kanak-kanak. Disebabkan seawal usia remaja bibir anda tampil sedikit gelap disekelilingnya bukan? Itu salah satu efek memakai gincu yang berbahan kimia. Selain sinaran UV yang turut menyumbang pada kegelapan kulit dan bibir, makeup pun sama ya!

#3. Kulit jadi kasar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penggunaan alat solek juga boleh merosakkan kelembapan wajah. Jadi dengan penggunaan alat solek yang lama akan menjadikan kulit tampil kasar. Kulit yang kering dan kasar akan sukar menyerap nutrisi penting. Malah penggunaan solekan akan kerap kali memerlukan anak-anak mencuci wajah, jadi setiap kali wajah dicuci dengan kasar ia akan menyebabkan kulit mudah rengsa dan lama kelamaan menjadi kering!

Itulah antara efek sekiranya anak-anak sering bermain alat solek, walaupun untuk suka-suka ibu-ibu perlu pantau, takut sekiranya ia memudaratkan seperti yang disebut di atas. Nak main boleh tapi anda juga perlu memainkan peranan untuk ketahui dulu kondisi kulit anak-anak. Jika anak anda sememangnya punyai masalah kulit tolong elakkan!

Sumber: Hello Sehat

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

my.theasianparent.com/kanak-kanak-tidak-tahu-dia-dibuli

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan