Membesarkan anak sudah tentu ada cabaran dan ujiannya yang perlu dihadapi. Tambah lagi jika dikurniakan rezeki zuriat selang setahun sekali, boleh digambarkan betapa penatnya ibu melayan mereka.
Namun tetap rasa bersyukur apabila suami turut menjalankan tanggungjawab menjaga zuriat bersama-sama.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Jarak anak setahun sekali
- Rezeki Allah tak pernah putus
Seperti yang dikongsikan oleh seorang ibu, Nuraliah Salehudin pada hantaran Facebook tentang situasi dihadapinya dalam melayan karenah dua anak iaitu lelaki dan perempuan.
Jarak anak setahun sekali, ibu ini kongsikan realiti setiap hari
Membaca perkongsian wanita tersebut, dapat digambarkan betapa sibuknya ibu ini menguruskan anak dan dalam masa sama, mencari rezeki dengan perniagaan. Malah dia turut berkongsi video bersama dua anaknya.
“Macam ni lah dekat rumah ni, bukan berlakon. Ini real dan record nak kata hari-hari macam ni lah.
“Berniaga jalan, jaga anak jalan, ada masa lari kemas rumah, ada masa pergi buat kerja-kerja berniaga (macam-macam business run, bukan produk sahaja tumpu)
“Orang tanya suri rumah syok tak payah buat apa, bukan macam tu. Ini lah rutin harian aku dan lagi satu, orang cakap buat apa beranak ramai-ramai.
“Dia macam ni, anak-anak ni rezeki Allah dah bagi. Setiap anak rezeki berbeza Allah hantar dekat kita. Alhamdulillah Alya bersyukur, jadi tugas kita bukan takat tahu beranak saja, kena tahu jaga dan tahu handle cara macam mana semua,” demikian perkongsian tersebut.
Rezeki Allah tak pernah putus
Dalam pada itu, wanita itu turut mengucapkan rasa syukur atas kurniaan dua cahaya mata malah, rezeki mereka sekeluarga tidak pernah putus.
“Ya memang penat tapi penat itu bukan masalah untuk kita cakap tak boleh buat apa. Bohong lah kadang kalau tak menangis, mesti ada sebab kita penat dengan emosi. Penat dengan lelah dengan manusia yang suka busuk hati dengan kita.
“Mereka tak nampk apa yang kita tengah lalui dan struggle. Struggle aku, penat aku Allah saja tahu macam mana dan aku berniaga bukan satu tapi banyak,” ujarnya.
Tegasnya sekali lagi, setiap anak adalah berbeza rezeki yang dikurniakan Allah kepada kita. Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Anak Ramai Tidak Susah Untuk Dijaga, Ibu & Ayah Ini Buktikan Mereka Mampu Lakukannya!
Baca juga: Murah Rezeki Anak Ramai, Wanita 38 Tahun Ini Viral Setelah Disahkan Hamil Kali Ke-16!