Variasi Resepi Shell Out Homemade Yang Mudah & Berbaloi, Buat Sendiri Lagi Puas Hati

Hidangan shell out antara menu pilihan penggemar hidangan seafood. Nak lebih jimat, apa kata buat sendiri di rumah guna resepi ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Shell out merupakan salah satu sajian popular suatu ketika dahulu kerana dilambakkan ke atas meja dengan nasi putih yang tidak beralas pinggan.

Bukan sahaja namanya unik, hidangan yang dipenuhi dengan variasi makanan laut dengan rasa kuahnya yang cukup rasa masam, manis dan pedas menambahkan lagi selera makan. 

Hidangan ini sesuai dimakan dengan seisi keluarga kerana kena dengan citarasa untuk peringkat umur yang berbeza.

Walaupun sajian ini bukan selalu sangat pun kita nak makan, tetapi kalau rasa teringin apa kata cuba resepi shell out yang kami kongsikan, buat sendiri lebih jimat dan berbaloi. 

Variasi Resepi Shell Out Boleh Cuba Di Rumah

Resepi shell out sweet sour

Bahan-bahan untuk direbus:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Ketam
  • Udang
  • Kupang
  • Sotong
  • Brokoli
  • Lobak
  • Tomato ceri
  • Jagung

Cara penyediaan:

  1. Rebus semua bahan seafood & sayur. Ketepikan dulu. Anda boleh menggunakan apa-apa seafood atau sayur yang disukai.

Bahan-bahan untuk membuat sos:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 1 biji bawang holland (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 inci halia (dikisar)
  • Cili kering (dikisar)
  • 2 sudu besar serbuk kari (dibancuh dengan air)
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 sudu besar sos cili
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar cooking cream (atau susu cair tin)
  • 1 ½ cawan air panas

Cara penyediaan:

  1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
  2. Tumis bahan kisar hingga naik bau wangi.
  3. Tambahkan tiga sudu cili kering dan bancuhan serbuk kari. Tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos tiram, sos cili dan 1 cawan air.
  5. Biarkan mendidih. Anda boleh tambahkan air kalau nak kuah banyak. Biarkan masak hingga kuah agak pekat.
  6. Tambahkan daun kari, cooking cream & garam.
  7. Kacau sebati. Siap!
  8. Boleh masukkan seafood & jagung dalam kuali untuk gaul dengan sos. Sayuran lain boleh diletakkan masa dihidang dan tidak digaul dengan kuah.

Resepi shell out buttermilk

Bahan-bahan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 1 kg udang/ketam/udang
  • 3 sudu besar tepung goreng bestari
  • 1 biji bawang besar dicincang halus
  • 1 labu bawang putih dicincang halus
  • 5 tangkai cili api dihiris halus
  • 125 g buttercup
  • 4 sudu besar serbuk kari ayam dicampur dengan sedikit air
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 tin susu cair

Cara penyediaan:

  1. Mula-mula sekali, goreng atau rebus seafood yang telah digaul sebati dengan tepung goreng bestari. Ketepikan.
  2. Cairkan butter di atas kuali dengan api sederhana, campur sedikit minyak.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih, cili api dan daun kari.
  4. Tumis serbuk kari hingga pecah minyak.
  5. Kemudian, tuang 1 tin susu cair dan kacau sehingga mendidih.
  6. Perasakan dengan garam dan gula.
  7. .Gaul rata sos dengan seafood tadi.
  8. Tambahkan brokoli, carrot dan jagung yang direbus sebagai hiasan.

Seafood ala shellout versi Khairul Aming

Bahan-bahan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Ketam
  • Udang
  • Sotong
  • 2 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • Segenggam lada kering
  • 1 sb serbuk kari
  • 2 sb sos tiram
  • Daun limau purut
  • Gula
  • Garam
  • Jagung
  • Brokoli

Cara-cara:

  • Pertama sekali, rebus ketam terlebih dahulu. Air rebusan ketam disimpan.
  • Tumis bahan yang dikisar halus seperti bawang besar, halia, bawang putih, serai dan lada kering.
  • Tumis sehingga pecah minyak. Letakkan air rebusan ketam tadi. Ulang semula hingga kuah betul-betul masak.
  • Masukkan serbuk kari, sos tiram dan daun limau purut.
  • Perasakan dengan gula dan garam.
  • Masukkan udang, sotong dan ketam.
  • Tambah jagung dan brokoli.
  • Siap.
 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Lengkap Cara Buat Mee Celup Ala Thai, Betul-Betul Rasa ‘High Level’ Punya!

Baca juga: Resepi Ayam Bakar Yang Mudah Dan Sedap, Anak-Anak Pasti Suka!

Baca juga: Resepi Variasi Dengan Telur Mata Yang Boleh Anda Cuba, Menu Mudah Paling Digemari Ramai!

Penulis

Noorhidayah