Ibu bapa mana yang tidak bangga mempunyai anak yang bijak. Memang, kepandaian boleh dilatih dengan berbagai kegiatan positif namun jika ia memiliki ciri anak bijak secara alami tentu anda akan sangat bahagia.
Jadi bagaimana cara mengetahui anak yang bijak? Simaklah beberapa ciri-cirinya berikut ini!
1. Aktif
Jika si kecil senang bermain dan anda kewalahan mengejar-ngejarnya, jangan bimbang kerana itu adalah salah satu ciri kanak-kanak pintar! Gerakan fizikal yang dilakukan oleh kanak-kanak membantu perkembangan otaknya sehingga anak tumbuh lebih bijak. Kerana itu, rangsanglah anak dengan banyak kegiatan fizikal dan permainan yang mengasah otak.
2. Penumpuan
Perhatikanlah si kecil ketika sedang bermain, adakah dia begitu konsentrasi apabila bermain dengan mainannya? Ataupun dia begitu tekun memasukkan manik-manik kedalam benang? Kerana mampu berkonsentrasi adalah salah satu ciri anak yang bijak.
3. Daya ingat kuat
Jika si kecil sering menagih janji kepada anda, sebaik-baiknya parents jangan merasa terganggu. Justeru hal tersebut menandakan daya ingat si kecil yang kuat.
Apabila kanak-kanak mempunyai daya ingat yang kuat, akan lebih mudah baginya menghafaz maklumat dan menjadi mandiri dalam kehidupan sosialnya kelak
4. ‘Kaya’ kosakata
Anak yang memiliki perbendaharaan yang tinggi menandakan kemampuan verbal yang baik. Anak dengan ciri seperti ini memiliki kecerdasan berbahasa dan merupakan salah satu pertanda bahawa dia anak yang bijak. Anak yang cerdas juga biasanya mampu membaca lebih awal dibanding yang lainnya.
5. Ingin tahu
Jangan bosan menjawab pertanyaannya. Salah satu ciri bahawa anda memiliki anak yang bijak adalah ia selalu ingin tahu!
Tidak hanya ingin tahu, anak yang cerdas juga fokus pada detail. Kadang-kadang dia bertanya hal-hal yang tidak pernah terpikirkan sebelumnya.